Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihargai

Peribahasa

Jikalau tiada rial di pinggang,
     saudara yang rapat menjadi renggang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah ejaan sapaan yang betul? 1. Kepada Pelanggan Yang Dihargai 2. Kepada Pelanggan yang Dihargai 3. Kepada pelanggan yang dihargai

Penggunaan huruf yang betul dan tepat adalah seperti yang berikut:

“Kepada pelanggan yang dihargai …”

Lain-lain30.04.2024
Di atas kerjasama tuan amat dihargai....atau kerjasama tuan amat dihargai.... yang mana lebih tepat dalam penulisan surat rasmiUngkapan yang lazim digunakan ialah "Perhatian dan kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih".Tatabahasa01.04.2013
yang mana yang betul? Kerjasama YBhg Dato' amatlah dihargai. atau, Kerjasama daripada YBhg Dato' amat dihargai. Apa beza "kerjasama Dato'" dengan "kerjasama daripada Dato'"?

Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa26.11.2009
Mohon pencerahan berkenaan didahului: Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah dihargai dan "didahului" dengan ucapan ribuan terima kasih. kerjasama tuan dalam hal ini amatlah di dihargai dan pihak kami mendahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semakan saya menggunakan kamus dewan 4 ,perkataan didahului tidak wujud. Mohon Juga pencerahan sama ada perkataan mendahului, didahulukan ....wujud.Sekian, terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, terdapat perkataan “didahului”, “mendahului” dan “didahulukan”. Antara maksud perkataan “didahului” dan “mendahului” seperti yang berikut:
  1. Melepasi (seseorang atau sesuatu) dan berada di hadapan.
  2. Melebihi atau mengatasi seseorang atau sesuatu dari segi bilangan, markah, prestasi dan sebagainya yang diperoleh.
  3. Melakukan sesuatu lebih awal atau lebih cepat daripada seseorang atau sesuatu.
  4. Berlaku atau wujud sebelum atau lebih awal daripada sesuatu yang lain.
  5. Menduduki tempat paling atas dalam (senarai, carta dan sebagainya).
  6. Memberikan keutamaan pada sesuatu berbanding dengan yang lain.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, muka surat 466.

Makna10.12.2023
Kerjasama dan perhatian pihak "Tuan atau tuan" dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Yang manakah yang lebih tepat? "Tuan" atau "tuan"Kerjasama dan perhatian pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih.Tatabahasa30.10.2017
1. Zakry sering mengambil berat akan / terhadap / tentang Basirah walaupun pengorbanannya tidak dihargai. Yang manakah betul? 2. Sebagai contoh atau Sebagai contohnya? 3. Adakah perkataan Contohnya boleh digunakan untuk memulakan ayat?Salam sejahtera,

1. Zakry sering mengambil berat terhadap Basirah walaupun pengorbannya tidak dihargai. - ayat yang tepat.
2. Sebagai contoh yang betul.
3. Permulaan ayat dengan menggunakan perkataan Contohnya tidak menjadi masalah dan boleh digunakan.

Sekian.

Tuan/puan boleh melayari pusat rujukan persuratan melayu atau www.prpm.dbp.gov.my
Tatabahasa22.02.2020
Pemergian Sultan Johor dalam programm Kembara Mahkota ke kawasan pedalaman itu amat dihargai oleh penduduk di situ. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mencemar duli ke kawasan pedalaman itu untuk bersama-sama dalam program Kembara Mahkota Johor amatlah dihargai oleh penduduk di situ.Tatabahasa01.11.2021
Yang manakah cara yang betul untuk mengakhiri surat rasmi kerajaan : Di atas segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atau Segala kerjasama tuan berikan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Ungkapan yang lazim digunakan ialah "Atas segala kerjasama yang tuan berikan di dalam hal ini, saya/kami dahului dengan ucapan terima kasih".Tatabahasa20.06.2011
di hargai atau dihargai diseluruh atau di seluruh? apakah jenis kesalahan tatabahasa di atas?

Awalan “di” boleh berfungsi sebagai kata sendi nama dan imbuhan. Awalan “di” sebagai kata sendi nama hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, seperti “di” Kuala Lumpur dan “di” rumah serta dieja terpisah. Awalan “di” sebagai imbuhan atau “di” yang bergabung dengan kata dasar golongan kata kerja dan kata nama dieja rapat, contohnya dibekukan, ditulis, dijerat dan dihukum. 

 

Oleh yang demikian, penggunaan awalan “di” yang betul ialah “dihargai” dan “di seluruh”.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 176 dan 265-266.

Tatabahasa19.04.2024
Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronakan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat. Tuan saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan dalam ayat ini?Bolehkah Tuan menerangkan kenapa imbuhan sudah silap.

Penggunaan imbuhan dalam contoh tersebut ayat betul.  "Penulis akan mendapat kepuasan dan keseronokan jika hasil tulisan mereka dihargai oleh masyarakat."   

Tatabahasa08.01.2021
12345678910...

Kembali ke atas