Penggunaan dari/daripada yang mana paling tepat? a) Kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen daripada England. b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. | Ayat yang gramatis ialah: b) kenderaan berkuasa stim pertama berjaya dihasilkan oleh pemuda bernama Thomas Newcomen dari England. Kata sendi nama dari hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, adakah perkataan 'bagaimana' boleh digunakan dalam situasi selain daripada pertanyaan? Contohnya: Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami bagaimana bahan kimia dihasilkan. Adakah ayat ini gramatis? Atau adakah perkataan 'bagaimana' perlu digantikan dengan 'cara'? Contoh: Modul ini dihasilkan agar para pelajar boleh memahami cara bahan kimia dihasilkan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "bagaimana" ialah kata tanya dan digunakan dalam ayat Tanya, bukan ayat penyata. Ayat itu boleh dibetulkan menjadi "Modul ini disediakan agar para pelajar boleh memahami proses bahan kimia dihasilkan". | Tatabahasa | 06.11.2015 |
kELESTARIAN INOVASI - Produk (inovasi) yang dihasilkan mampu memberi impak secara berterusan. Perkataan impak berterusan boleh tidak membawa maksud sesuai untuk kelestarian yang digunakan. | Untuk makluman, kelestarian bermaksud keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain) yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal, keaslian. Contoh: Kelestarian hutan kita mesti diutamakan. Ini bermakna, frasa impak berterusan tidak sesuai jika digunakan bagi merujuk kepada perkataan kelestarian. | Makna | 28.02.2017 |
Sudahkah DBP menerbitkan antologi cerpen yang dihasilkan melalui peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru pada tahun 2007 hingga 2009? Saya adalah salah seorang penulis cerpen itu dan berharap dapat memperolehi sebuah buku antologi cerpen itu. Bolehkah saya ingin menyertai hanya peraduan menulis novel saja tapi tidak peraduan menulis skrip drama yang dianjurkan oleh DBP itu? | Saya mohon maaf sekiranya terpaksa bertanya kepada saudara penganjur sebenar peraduan menulis cerpen sempena Hari Guru 2007 - 2009, kerana Dewan Bahasa dan Pustaka rasanya tidak ada menganjurkan peraduan tersebut. Boleh saudara memberikan nama bahagian yang menganjurkan peraduan tersebut dan nama pegawai yang perlu dihubungi. Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan menyatakan mereka tidak pernah menganjurkan peraduan tersebut. Ya, saudara boleh menghantar novel sahaja dan tidak perlu menghantar skrip drama untuk peraduan menulis novel dan skrip drama anjuran Pusat Penyelidikan Pengembangan dan Penyelidikan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 12.07.2010 |
APAKAH KATA MAJMUK? CONYOHNYA: | Kata majmuk ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses yang merangkaiakan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contohnya, jalan raya, daya serap, campur aduk, tunjuk ajar dan ambil alih. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Bagaimana cara memohon untuk membuat semakan dan pengesahan bagi gegantung yang dihasilkan oleh Bahagian ini sebelum memohon pas pelepasan daripada Majlis Bandaraya Seremban (PBT) | 1. Untuk mendapatkan pengesahan iklan, tuan/puan boleh kemukakan permohonan melalui portal “DBP SAH BAHASA” (Proses pengesahan melalui dalam talian, tempoh masa 3 hari bekerja). 2. Untuk pengesahan segera, tuan/puan boleh hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di Lobi DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur dan DBP Wilayah Utara. Tuan/puan perlu membawa 2 atau lebih salinan visual iklan yang hendak disahkan. Satu salinan untuk simpanan fail DBP dan salinan selebihnya dibawa PTB berkenaan. | Lain-lain | 07.10.2019 |
APakah definis glokal yang digunakan dalam PIPP | Glokal merupakan satu istilah yang dihasilkan dari kata global yang bermaksud meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat dan digabungkan dengan kata lokal yang bermaksud setempat. Gabungan dua kata itu telah menghasilkan glokal dengan maksud mengambil sesuatu nilai yang baik, inovatif, kreatif, profesional, dan disesuaikan dengan nilai-nilai lokal atau tempatan. Terima kasih. | Makna | 30.10.2008 |
alan : Ayat mana yang betul ? a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif telah dapat dihasilkan. ATAU b)Penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena telah menjelmakan pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif. | Ayat yang betul. a) Melalui penahapan kemahiran dan eksplorasi minda dalam menghasilkan rekaan berasaskan buah sena, pelbagai reka bentuk barang kemas yang unik dan eksklusif dapat dihasilkan. | Tatabahasa | 25.08.2014 |
bahasa romantis dalam karya moden | Istilah ini ditujukan kepada karya seni dan sastera yang dihasilkan berdasarkan perasaan semata-mata, bukan intelek; karya yang cenderung kepada keagugan, perasaan dan kecantikan. Salam. | Lain-lain | 12.07.2008 |
Di manakah saya boleh dapatkan buku cerita digital interaktif kanak-kanak dalam bentuk CD-ROOM yang dihasilkan dari tahun 2003 hingga kini. Terima kasih. | Puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi talian telefon 03-21479000 dan disambungkan ke Bahagian Multimedia. Terima kasih. | Lain-lain | 04.03.2019 |