Beca yang dihiasi/dihiaskan dengan Jalur Gemilang tampak cantik dan menarik ketika membawa pelancong. Jawapan manakah yang paling sesuai dihiasi atau dihiaskan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut. 2) Beberapa orang murid sedang menjalani/menjalakan latihan lumba lari di padang sekolah. Jawapan manakah yang paling sesuai menjalani atau menjalankan....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut.. 3) murid-murd yang bertugas sibuk menghias/menghiasi pentas dengan kain renda yang cantik. Jawapan manakah yang paling sesuai menghiasi atau menghias....bagaimana cara mengenal pasti jawapan tersebut... | Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Apitan meN...i perlu diikuti objek yang bernyawa, contohnya; Ayah mengirimi Ali surat, manakala apitan meN...kan diikuti objek yang tidak bernyawa, contohnya; Ayah mengirimkan surat kepada Ali. Dalam hal ini penggunaan apitan meN...i dan meN...kan akan menentukan objek yang mengikutinya sama ada objek bernyawa atau tidak bernyawa. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak), dan apitan meN...i menunjukkan objek yang mengikutinya itu tidak bergerak, contohnya Ayah menaiki tangga (tangga - tidak bergerak). Contoh frasa yang diberikan ialah 'menjalankan kehidupan' men-...-kan perlu diikuti objek yang tidak bernyawa iaitu 'kehidupan'. Jadi jawapan yang tepat ialah 'Menjalankan kehidupan'. Jawapan yang betul ialah; 1. dihiaskan dengan beca... 2. menjalankan latihan... 3. menghiaskan pentas... | Tatabahasa | 10.04.2013 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata 'dihias' dan 'dihias dengan'..Betulkah ayat ini? 1. Di bahagian dalamnya pula dihias dengan bunga yang cantik @ 2. Di bahagian dalamnya pula dihiasi dengan bunga yang cantik @ 3. Di bahagian dalamnya pula dihiasi bunga yang cantik. Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: 1. ... dihias dengan bunga yang cantik. 2. ... dihiasi bunga yang cantik. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
apakah makna gundi? Contoh ayat: Tenggiling itu disimpan di dalam gundi dan disorok di dalam keretanya. | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, gundi ialah sejenis buah; kembal gundi (Perak) kembal yang berbentuk buah dan dihiasi dengan kertas berwarna. Daripada contoh ayat yang diberikan, perkataan gundi tidak tepat digunakan. Perkataan yang hampir dan sesuai digunakan dengan konteks ayat ialah guni. | Makna | 08.07.2013 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |
Salam Lebaran... Apakah perbezaan segi tiga dengan tiga segi? | Menurut data kami, segi tiga ialah rajah yang mempunyai tiga sempadan dan tiga sudut yang berjumlah 180o. ~ bersudut cakah segi tiga yang salah satu sudutnya melebihi 90o. ~ bersudut tirus segi tiga yang setiap sudutnya bernilai kurang daripada 90o tetapi jumlah keseluruhannya ialah 180o. ~ dua sama segi tiga yang mempunyai dua sempadan yg sama panjang. ~ sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya sama panjang. ~ serba sama dua segi tiga atau lebih yang sama ukuran sempadan dan sudutnya. ~ tak sama segi tiga yang ketiga-tiga sempadannya tidak sama panjang. ~ tepat segi tiga yang mempunyai satu sudut tepat, iaitu yang bernilai 90o. Manakala contoh ayat bagi tiga segi ialah rumahnya dihiasi rumput tiga segi. | Makna | 10.07.2016 |