Apakah jawapan yang sesuai untuk soalan di bawah ini, Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus jawapan yang dicadangkan ialah mulus tetapi menurut Kamus Dewan Edisi 4, mulus bermaksud putih bersih, ikhlas, suci murni di mana saya berpendapat tidak sesuai digunakan. | Daging panggang yang ............. itu dihiris nipis-nipis oleh Puan Ainon sebelum dihidangkan di atas meja. A. padat B. kenyal C. kental D. mulus Jawapan yang lebih sesuai ialah kenyal. Menurut Kamus Dewan kenyal bererti; 1. keras menganjal apabila ditekan (spt bola getah), keras tetapi empuk (bkn daging yg telah dimasak dll), agak liat; 2. mudah berubah (menjadi bertambah atau berkurang), elastik; mengenyal berbalik semula ke keadaan asal setelah ditekan (spt bola getah, daging manusia, dll), menganjal; kekenyalan perihal (sifat) kenyal. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Penjodoh bilangan untuk rebung yang belum dikuliti (belum dihiris dan belum dicencang): sepucuk, seketul atau sebatang? Terima kasih. | Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang rebung. | Tatabahasa | 25.08.2011 |
Selamat sejahtera. Bolehkah saya tahu sama ada llabu boleh digunakan sebagai penjodoh bilangan? Terdapat dua _______ bawang putih yang belum dihiris. Adakah ayat berikut betul ? Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah. Terima kasih. | Labu boleh digunakan untuk penjodoh bilangan bawang. Ayat "Ahmad seorang diri berjalan kaki ke sekolah" adalah betul. | Tatabahasa | 18.07.2006 |
Mana satu yang betul? Penjodoh bilangan untuk REBUNG Apabila saya rujuk dalam arkib soalan ada jawapan batang dan pucuk. Harap tuan dapat membantu | Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebatang rebung.(rebung yang belum dihiris dan dicencang) | Tatabahasa | 25.05.2012 |
Apakah definisi kesalahan penggunaan golongan kata menurut ilmuan bahasa melayu ? | Kesalahan penggunaan kata lazimnya dikaitkan dengan pemilihan kata yang kurang tepat dalam konteks ayat tersebut. Contohnya, Aini mencencang bawang. Dalam konteks ayat tersebut penggunaan kata yang tepat ialah menghiris kerana perbuatan mencencang menggunakan bawang sedangkan bawang dihiris menggunakan pisau. | Tatabahasa | 16.06.2013 |
Mengapakah papadom ditakrifkan sebagai sejenis 'keropok' dan bukannya kerepek walhal ramuan utamanya berasaskan nabati (selalunya tepung kacang kuda). Bukankah keropok digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan haiwan seperti keropok udang/ikan/lekor manakala kerepek digunakan untuk produk makanan rangup berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti kerepek pisang/ubi/beras? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, keropok ialah makanan yang berkeping-keping yang dibuat daripada adunan tepung dengan ikan atau dengan udang dan lain-lain dan digoreng manakala kerepek ialah ubi kayu, pisang dan sebagainya yang dihiris tipis-tipis, dijemur dan digoreng. Berdasarkan definisi keropok dan kerepek seperti di atas, popadom lebih sesuai dikategorikan sebagai keropok kerana dibuat daripada adunan tepung (tidak semestinya berasaskan haiwan sahaja). | Makna | 19.06.2018 |