Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihubungi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aswt.Saya dihubungi oleh pihak DBP tentang penerbitan semula sastera Kanak-Kanak siri Tidurlah Intan pada tahun 2008.Saya nak dapatkan maklumat bilakah bayaran royalti dibayar kepada penulis/karyawan.Jawapan awal tuan adalah sangat dihargai.Sekian,terima kasih.

Buku Siri Tidurlah Intan telah diterbitkan semula pada tahun 2009 dengan judul Bacalah Sayang sebanyak 12 jilid. Bahagian Harta Intelek DBP sedang menguruskan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti kepada penulis yang terlibat.

Lain-lain22.08.2010
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya.Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412.Badan Penulis28.01.2011
Tuan, dalam surat menyurat ada perenggan ayat yang ditulis" pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail di talian 019 4536027. Soalannya bolehkah penggunaan kata " di talian" kita gunakan sebabnya nombor telefon ini bukannya menggunakan talian (kabel). Apakah kata yang sesuai?

Ayat yang betul ialah pegawai yang boleh dihubungi ialah En. Ismail melalui talian 019-4536027.

Tatabahasa10.02.2015
1. SIAPAKAH YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK MANDAPATKAN PERKHIDMATAN "PROOF READING" VERSI ENGLISH? 2. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DI AMBIL UNTUK PROSES BERKENAAN? 3. BERAPAKAH BAYARAN YANG AKAN DIKENAKAN?

Puan,

Sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia e-mel s.rafiah@itnm.com.my atau saodah69@yahoo.com.

 

Lain-lain21.05.2010
Assalamualaikum. Saya memerlukan maklumat seperti biodata, nombor yang boleh dihubungi dan foto penulis yang bernama A. Rahman CM atau nama sebenarnya ABDUL RAHMAN b CHE MAT Terima kasihTidak ada maklumat tentang penulis berkenaan dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.07.2016
Saya berminat menghantar manusktip novel, siapakah pihak DBP yang boleh dihubungi?Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara untuk bacaan dewasa, jika untuk kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepaa Ketua, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.Lain-lain11.11.2010
Adakah penggunaan kata sendi "di" bagi ayat berikut betul? 1. pegawai yang boleh dihubungi berkaitan perkara di atas adalah.... 2. ...memanjangkan perkara tersebut kepada semua kakitangan di bawah seliaan tuanSalam sejahtera,

Penggunaan kata "di" bagi contoh ayat satu dan dua adalah tepat.

Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa04.03.2020
sya mahu menghubungi Dewan SasteraPuan, Editor Dewan Sastera (Muhammad Fadhli Al-Akiti) bolehlah dihubungi melalui e-mel  fadhli@dbp.gov.my atau talian 03-2147 9261.Lain-lain20.03.2015
As Salam, Mohon rujukan dan cadangan penceramah bagi Kursus Penulisan Minit Mesyuarat no hp boleh dihubungi beserta alamat lengkap. Terima kasih.

Maklumat lanjut berkaitan dengan kursus boleh diperoleh di Akademi DBP melalui talian 03-2147 9226 atau 03-2147 9227.

Lain-lain27.01.2015
Saya mahu tukar nama pengenalan dan juga e-mel untuk akaun Gerbang Kata saya, bagaimana? Siapa yang sepatutnya dihubungi? Tiada maklumat 'Hubungi Kami' dalam laman itu.Aduan tuan tentang masalah teknikal Gerbang Kata telah kami salurkan kepada pihak yang berkenaan. Untuk sebarang pertanyaan tentang Gerbang Kata, hubungi Tuan Haji Abu Bakar Buyong melalui talian 03-21479388.Lain-lain20.04.2019
12345678

Kembali ke atas