salam. apakah tatabahasa yang betul? 1-dihubungkan ke/kepada? 2-dipautkan@pautan ke/kepada? terima kasih | Cadangan jawapan yang betul ialah: 1. Dihubungkan kepada 2. Dipautkan kepada | Tatabahasa | 22.09.2020 |
makna sejarah manuskrip lama | Tulisan masa lampau yang merakamkan budaya manusia. Konsep budaya di sini dihubungkan antara lain dengan buah fikiran, perasaan, kepercayaan, adat kebiasaan dan nilai-nilai yang berlaku pada waktu itu di dalam sesebuah masyarakat. Untuk melihat tahap sejarah sesebuah manuskrip diperlukan ilmu filologi. | Lain-lain | 23.09.2008 |
apa maksud estetik dari semua aspek? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna estetik ialah berkenaan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan (terutamanya dlm bidang seni): sebenarnya, pertelingkahan ini adalah antara nilai ~ yg dihubungkan dgn akademi abad ke-19. | Istilah | 02.10.2009 |
laras bahasa merupakan unsur bahasa dan bukannya unsur makna.sejauh manakah anda bersetuju dengan kenyataaan tersebut.berikan contoh laras yang sesuai bagi menyokong pendapat anda | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, laras bahasa ialah variasi bahasa menurut penggunaan yang dihubungkan dengan sesuatu keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan antara pembicara, dan situasi pembicaraan. Contoh laras bahasa umum: Dilarang memijak rumput, contoh laras bahasa undang-undang: Tertakluk pada terma dan syarat | Lain-lain | 17.03.2009 |
Bagaimana cara menggunakan kata hubung yang betul dalam ayat majmuk? | Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Sila lihat contoh di bawah: 1. Ayat majmuk gabungan: i. Murid-murid berlari dan bernyanyi. ii. Ahmad kurus tetapi adiknya gemuk. iii. Encik Ali hendak ke sekolah atau hendak ke pejabat? 2. Ayat majmuk pancangan: i. Ayat relatif: Saya membeli baju yang berwarna merah. ii. Ayat komplemen: Murid yang sakit itu telah pulang. iii. iii. Ayat keterangan: Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 497 - 519. | Tatabahasa | 20.04.2025 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit — tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi. Terima kasih. | tentang penggunaan kata "ruang" dalam frasa seperti "ruang pengesahan identiti" atau "ruang digital pelanggan", yang merujuk kepada kawasan fizikal sementara atau tetap di tempat awam seperti pusat membeli-belah, kafe, atau hab transit — tempat di mana pengguna dir untuk menjalankan prosess seperti pengesahan identiti biometrika atau janji temu digital yang dihubungkan dengan aplikasi mudah alih. Adakah penggunaan "ruang" dalam konteks ini betul dan sesuai, atau adakah "ruangan" lebih tepat digunakan? Mohon pandangan tuan/pan berdasarkan konteks penggunaan semasa dan gaya bahasa rasmi. Berdasarkan konteks penggunaan tuan, kedua-dua kata 'ruang' dan 'ruangan' sesuai dalam gaya bahasa rasmi. Data peristilahan kami menunjukkan ketekalan kata ruang dipadankan dengan terjemahan space manakala kata ruangan dipadankan dengan terjemahan spatial. Dengan dapatan ini, saya bersetuju frasa tuan betul dan sesuai mengekalkan penggunaan kata ruang. | Istilah | 13.04.2025 |
Mengapakah Hikayat Hang Tuah dianggap sebagai genre epik Melayu ? | Epik sebagaimana diketahui dapat dibahagikan kepada dua, iaitu Epik Rakyat (Folk Epic) dan Epik Seni (Art Epic). Epik Rakyat biasanya dihubungkan dengan sifat lisannya. Ia kadang-kadang dipanggil juga Epik Primer (Primary Epic). Epik ini biasanya memakan masa beberapa generasi untuk muncul dalam bentuknya seperti sekarang. Ia mungkin bermulai dari legenda dan saga keperwiraan yang kemudian ditokok tambah menjadi sebuah epik yang lengkap. Epik Rakyat bukanlah seorang pengarang, ia adalah himpunan daripada khazanah negara, oleh itu ia tiada mempunyai nama pengarang. Epik Rakyat boleh diturunkan dalam bentuk prosa mahupun bentuk puisi. Jika melihatkan kepada HHT, ciri-ciri epik rakyat ada pada HHT. Kita lihat kebanyakan tokoh sarjana Barat tidak menganggap HHT sebagai sebuah karya sastera khasnya epik kecuali Kassim Ahmad. Adakah hal ini disebabkan hikayat ini sebuah karya prosa tidak sebagaimana definisi yang diberikan oleh C. High Holman dan J.A Cuddon, epik merupakan, “sebuah puisi yang panjang”. Sebuah epik mengikut beberapa kamus tidak semestinya dalam bentuk puisi (Webster’s New World Dictionary,Third College Edition, 1984). Ciri-ciri HHT dikenali sebagai sebuah epik ialah seperti yang berikut: 1) Wiranya seorang tokoh yang benar-benar wujud dalam sejarah dan diangkat menjadi tokoh legenda 2)Latar tempatnya yang luas, merangkumi berbagai-bagai negara, bahkan ke seluruh dunia, iaitu dunia yang diketahui oleh pengarangnya pada masa itu. Di dalam hikayat ini Hang Tuah memainkan dua peranan. 3)Wiranya seorang yang gagah dan mempunyai beberapa keistimewaan termasuk ilmu sakti 4)Ilmu Sakti Pembantu Wira 5)Epik ditulis dalam gaya bahasa yang tersendiri yang penuh dengan sifat-sifat kesederhanaan bagi mengangkat keperwiraan wiranya. | Lain-lain | 21.04.2008 |
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih | Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa; Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; | Makna | 14.09.2009 |
assalamualaikum, bagaimanakah caranya untuk membezakan antara kata sendi nama 'untuk', 'bagi', dan 'demi' dengan kata hubung keterangan tujuan yang membentuk ayat majmuk pancangan keterangan? | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen, dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Contoh kata hubung keterangan ialah kerana, kalau, hingga, tatkala, apabila, supaya, untuk, sementara, ketika dan walaupun. Contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 2. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 3. Ia bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. 4. Tatkala hujan turun, mereka masih di sawah. 5. Apabila senja tiba, kelawar berterbangan keluar mencari makanan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 11.09.2011 |
bagaimanakah membezakan kata sendi nama dengan kata hubung? kesemuanya hampir sama | Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contohnya, di, bagi, ke, dari, demi, untuk, kepada, dan dengan. Kata hubung ialah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubungpancangan. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu kata hubung pancangan relatif, kata hubung pancangan komplemen dan kata hubung pancangan keterangan. Kata hubung pancangan keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 251-254 dan 497-519. | Tatabahasa | 24.04.2019 |