Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dihuraikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
nettle @ stinging nettle, sejenis tumbuhan, tiada dalam carian kata. harap dapat dihuraikan maksudnya sekali. kerana semua kategori dalam carian kata mempunyai jawapan yang tidak memuaskan langsung. terima kasih.Padanan nettle/stinging nettle ialah netel tetapi tidak ada huraian bagi istilah tersebut.Istilah27.10.2008
Asalamualaikum. 1.Perkataan ORANG UTAN -apakah maksud UTAN?Adakah UTAN itu bermaksud HUTAN. Kenapa dalam Kamus Dewan tidak ada perkataan UTAN KenDapa perkataan ORANG tidak dihuraikan pengertian ORANG UTAN dalam Kamus Dewan. 2. Seolah-olah satu trend pada masa ini, kebanyakan premis perniagaan menggunakan kata D seperti Kafe Santai D Saga, D Intim Tomyam, Spa D Indah dan sebagainya.Soalannya bolehkah kata tersebut diterima pakai dalam Bahasa Melayu. Rasionalnya. terima kasih. ISMAIL HASHIM BALINGUtan meruapakn varian dan sama makna dengan hutan. Istilah orang utan memang tidak dimasukkan dalam Kamus Dewan tetapi di bawah entri orang ada oran hutan iaitu  makna keduanya sejenis kera besar, mawas.Istilah28.05.2009
Tuan, tolong lihat keterangan saudara yang bernama Petualang Bahasa dalam fail yang saya lampirkan di bawah. Saudara Petualang Bahasa berpendapat bahawa tugas dan cara penggunaan kata hubung komplemen "untuk" dalam ayat tidak dihuraikan dalam Tatabahasa Dewan. Dia meminta tuan memberitahu kumpulan penulis Tatabahasa Dewan tentang perkara ini. Untuk pemahaman lanjut, sila rujuk fail yang saya sertakan.Maklumat yang dilampirkan akan dikemukakan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu panel penyusun buku Tatabahasa Dewan. Khidmat yang kami berikan bergantung pada keterangan yang ada dalam buku Tatabahasa Dewan.Lain-lain26.12.2014
1.apakah perbezaan antara kalau atau sekiranya?adakah kalau digunakan di depan ayat manakala sekiranya tidak dapat?Kalau boleh berfungsi sebagai kata hubung (kata sendi) untuk menyatakan syarat (sebagaimana yg dihuraikan berikutannya), seperti contoh ayat: pekerja-pekerja akan berhenti mogok kalau pihak majikan menerima tuntutan mereka; dan kalau juga boleh bermaksud seandainya, sekiranya, contoh: kalau/sekiranya/seandainya begitu tentu Ahmad tak akan lama tinggal di rumah bukan? ...Tatabahasa25.08.2009
Saya bertanyakan tentang 'spacewalk' dan telah disuruh untuk kemukakan konsep dan bidang istilah. Konsep: angkasa lepas Bidang istilah: AeroangkasaMelalui semakan kami belum ada lagi padanan kata spacewalk dalam bahasa Melayu. Tiada terjemahan khusus, lazimnya dalam wacana digambarkan atau dihuraikan keadaan atau perbuatan spacewalk tersebut seperti terapung di angkasa.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2014
Bagaimanakah cara untuk membezakan kata nama khas yang tunggal dan kata nama khas yang majmuk? Kemukakan beberapa contoh bagi memudahkan pemahaman saya.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata nama khas dan kata nama dihuraikan seperti yang berikut:

1.     Kata Nama Khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar.  Kata nama khas dibahagikan kepada: (i) kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia); (ii) kata nama khas tak hidup. Contoh kata nama khas hidup ialah Tun Abdul Razak, Belang, Vanda Diana (orkid); kata nama khas tak hidup ialah Kuala Lumpur, Ahli Mangku Negara, Proton Preve.

 

2.    Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nama terbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak.

 

3.    Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas.

Tatabahasa02.01.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin meminta bantuan untuk istilah yang tepat bagi istilah inggeris 'turnover' atau pemberhentian pekerja/ahli dalam sesebuah organisasi. Terima kasih.

Dalam istilah perniagaan  istilah 'turnover' diberi padanan 'pusing ganti' yang dihuraikan sebagai 'amaun urus niaga perniagaan bagi sesuatu tempoh masa, seperti sejam, sehari sebulan dan sebagainya. Terdapat istilah 'labour turnover' yang diberi padanan ' pusing ganti buruh' yang dihuraikan sebagai 'aliran keluar masuk pekerja dalam sesuatu organisasi dalam tempoh tertentu'.
Istilah29.05.2013
Terima kasih atas maklumbalas kepada soalan terawal. Pan fry adalah kaedah memasak tanpa menggunakan minyak, sebagai contoh ikan salmon akan dipan fry sebab kandungan minyaknya tinggi, dan ia akan masak dengan minyak sendiri. Sekian, terima kasih.Dalam data rujukan kami, terdapat istilah pan frying yang dipadankan sebagai goreng tohor dalam bahasa Melayu. Goreng tohor dihuraikan sebagai kaedah menggoreng dengan minyak yang sedikit. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Pan+frying&d=129316&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan24.09.2017
(Saya menghantar WordPad soal ini sekali lagi kerana tuan mengatakan bahawa lampiran tidak terbuka) Salam pemerjuangan bahasa Melayu, tuan. Adakah ayat seperti: (1) Makalah ini menghuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu, waras pada akal? Benda ayat "makalah" bukan manusia, bagaimanakah makalah dapat berlaku seperti manusia yang menghuraikan sesuatu hal dengan mengarang? Yang dimaksudkan sebenarnya: (1) (a) Dalam makalah ini, dihuraikan kepentingan bahasa Melayu di Kepulauan Melayu. Penulis makalah tidak disebut dalam ayat. Untuk pemahaman lanjut, sila dalami isi WordPad yang telah saya karang. Minta tuan tahkikkan (sahkan) ayat-ayat teladan yang beserta ulasan. Jikalau ada kesilapan, mohon dianjurkan dan ditegur serta dibetulkan.Kami menerima pendapat tuan. Hal yang dikemukakan berkaitan dengan unsur semantik dalam konteks ayat tersebut. Tuan boleh sahaja menggantikan perkataan lain yang bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan.Sastera13.12.2016
Baru-baru ini ditemui istilah 'kebersihatan' daripada gabungan 'kebersihan' dan 'kesihatan', terjemahan daripada perkataan 'hygiene'. Istilah ini turut digunakan oleh beberapa agensi dan persatuan (seperti tertera dalam talian). Adakah istilah ini sudah diterima oleh DBP dan boleh digunakan?Melalui pencarian kami tidak ditemukan perkataan "kebersihatan". Kami berpandangan perkataan kebersihan dan kesihatan ialah dua elemen yang berbeza walaupun saling berkaitan, dan kedua-dua perkataan ini dihuraikan secara berasingan. Istilah19.05.2022
123

Kembali ke atas