Kedua-dua orang penjenayah itu terpaksa___di bilik berasingan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini. A dimasukkan C ditempatkan B diikatkan D dipasungkan MUNSYI, APAKAH JAWABAN YANG LEBIH TEPAT? tq | Keempat-empat perkataan tersebut boleh menjadi jawapan, namun yang paling tepat ialah 'ditempatkan'. | Tatabahasa | 20.02.2012 |
Apakah perbezaan antara "tengkolok" dan "tanjak"? | Salam sejahtera, TENGKOLOK 1. kain penutup kepala, bulang hulu, destar, setangan kepala, tanjak 2. kain penutup kepala atau selubung (drpd sutera dll) yg dipakai oleh wanita TANJAK kain yg diikatkan pd kepala; tengkolok; destar. Untuk keterangan lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 12.08.2017 |