Salam, saya ingin bertanya mengenai senarai novel kanak-kanak dan antologi cerpen yang diiklankan di DBPNiaga. Ia akan amat membantu sekiranya DBP meletakkan juga lebih banyak informasi mengenai buku-buku yang diiklankan di DBPNiaga kerana terdapat pensyarah yang inginkan pelajar mengkaji karya yang diterbitkan pada tahun-tahun tertentu. Terima kasih. | Salam sejahtera, senarai novel kanak-kanak dan antologi cerpen yang diiklankan di DBPNiaga. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Terlebih dahulu, pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan yang diberikan. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami mengambi maklum tentang cadangan untuk meletakkan lebih banyak informasi mengenai buku-buku yang diiklankan di DBPNiaga bagi memudahkan urusan pelanggan melihat senarai judul buku kanak-kanak yang terdapat dalam DBPNiaga. 2. Oleh itu, bersama-sama ini dilampirkan senarai judul buku kanak-kanak untuk makluman selanjutnya. Sekian, terima kasih.
| Lain-lain | 27.10.2020 |
"Peniaga boleh memuat naik gambar-gambar produk untuk diiklankan *pada/dalam* media sosial." Apakah kata sendi nama yang betul bagi ayat ini? | Ayat yang betul ialah "Peniaga boleh memuat naik gambar-gambar produk untuk diiklankan melalui media sosial." | Lain-lain | 09.10.2024 |
Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada mac 2020 lalu iaitu sebelum PKP dilaksanakan, adakah iklan jawatan kosong tersebut telah pun ditutp atau dilanjutkan untuk permohonan. Jika dilanjutkan bolehkah pihak DBP update tarikh lanjutan permohonan yang baru di laman web.harap maklum Terima Kasih. | Salam sejahtera, Iklan jawatan kosong DBP. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada Mac 2020 lalu, iaitu sebelum PKP dilaksanakan, tidak dilanjutkan dan telah pun ditutup pada 22 MAC 2020 (AHAD). Sekian, harap maklum. Terima Kasih. | Lain-lain | 31.05.2020 |
1. Bolehkan digunakan perkataan berdiploma dalam ayat 'Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan.' 2. Perkataan 'sastera dan Sains Sosial' mesti dimulakan dengan huruf besar atau kec il dalam ayat berikut: Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang sastera dan sains sosial menunjukkan .... | 1. Ber + kata nama antaranya membawa pengertian mempunyai, seperti dalam ayat: Ramai graduan yang berdiploma memohon pekerjaan yang diiklankan. 2. Ejaan yang betul ialah Sorotan kadar bekerja graduan berijazah pertama dalam bidang Sastera dan Sains Sosial menunjukkan... | Tatabahasa | 30.11.2010 |
pertanyaan jawatan kosong | Kekosongan jawatan diiklankan dari semasa-semasa oleh DBP dalam akhbar-akhbar tempatan dan juga laman web DBP. Mohon disemak. | Lain-lain | 24.11.2007 |
Bagaimanakah cara saya ingin memohon jawatan yang diiklankan? | Salam sejahtera puan budiman, Borang permohonan jawatan kosong DBP boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong yang telah lengkap diisi, perlulah dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) | Lain-lain | 22.06.2019 |
salam tuan, bilakah pengambilan munsyi dewan 2017 akan diiklankan?, mohonlah pihak DBP usahakan mencari penaja/peruntukan bagi pengambilan munsyi dewan 2017. Tidak perlulah pemohon/calon mengeluarkan kos. selayaknya munsyi dewan dihargai kerana memperjuangkan bahasa melayu. | Kami ambil maklum cadangan tuan. Dalam hal ini pihak yang berwenang telah mengambil kira pelbagai aspek untuk melaksanakan program Munsyi Dewan dan perancangan yang dipilih berkemungkinan langkah paling praktikal pada masa ini. | Lain-lain | 12.09.2017 |
Jika ingin berkhidmat dengan DBP, di manakah biasanya iklan jawatan kosong diiklankan? Bagaimana untuk memohon sebarang jawatan jika ingin berkhidmat dengan DBP? Terima kasih. | Sdr Shafarila, Bagi setiap jawatan kosong, kami akan mengiklankannya di dalam akhbar Mingguan Malaysia. Di samping itu, perincian butiran iklan juga akan kami paparkan di dalam laman web kami. Sdr boleh mengemukakan permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web kami, atau datang sendiri ke pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh mendapatkan borang permohonan jawatan dengan mengemukakan sampul surat berukuran 38cm x 25cm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pertimbangan akan dibuat berasaskan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam skim perkhidmatan bagi sesuatu jawatan. | Lain-lain | 24.10.2009 |
assalamualaikum....sya ingin bertanya tentang bagaimana untuk mendapatkan borang memohon jawatan kosong yang diiklankan di dbp. sekian, mohon pencerahan | Untuk semakan dan pengesahan iklan, Sila layari laman web lamanweb.dbp.gov.my dan klik MUAT TURUN BORANG | Lain-lain | 24.01.2019 |
saya ingin membuat Pengesahan penggunaan bahasa iklan iaitu " Hidangan Supreme untuk Kepuasan Maksimum" untuk diiklankan kepada umum. | Kami cadangkan: Hidangan Utama untuk Kepuasan Maksimum atau Hidangan Istimewa untuk Kepuasan Maksimum. | Lain-lain | 30.04.2012 |