Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diiktiraf


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat "Telah Diiktiraf" atau "Telah Diiktirafkan", yang mana satu lebih tepat?Yang betul ialah telah diiktiraf.Ejaan30.01.2009
memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas?Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih.Lain-lain09.01.2007
1. apakah istilah indie ini telah diiktiraf oleh DBP? 2. Bolehkah indie juga diiktiraf sebagai salah satu cabang atau genre sastera.Dalam pangkalan data kami indie bagi maksud independent diterjemahkan kepada bebas. Penggunaan perkataan indie tiada dalam data kamus atau istilah, tetapi banyak ditemukan dalam data korpus. Hal ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut lagi dengan pihak yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi DBP sama ada menerima penggunaan indie atau sebaliknya.Istilah08.05.2017
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.)Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan.Tatabahasa02.02.2013
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "Arab Spring", yang merujuk kepada kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir dan negara-negara Arab yang lain?
Konsep "Arab Spring" yang berlaku di beberapa negara Arab seperti Mesir dan Tunisia membawa maksud penukaran kerajaan secara tidak sah melalui gerakan revolusi dan keganasan. Gerakan revolusi membawa maksud perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan, seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.
Istilah05.07.2013
1. Adakah ranking merupakan perkataan rasmi yang telah diiktiraf oleh pihak DBP? Jika ya, dalam Kamus DBP yang ke berapa? 2. Apakah perkataan sinonim untuk ranking? 3. Apakah perkataan ranking universiti dunia diiktiraf oleh DBP? Atau ada cadangan nama lain yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih.Kamus Dewan masih melabelkan ranking sebagai bahasa percakapan, maka perkataan ranking tidak digunakan dalam konteks rasmi. Padanan yang diterima pakai bagi maksud ranking ialah pemeringkatan, seperti project ranking diterjemahkan kepada pemeringkatan projek.Istilah14.11.2014
Salam sejahtera tuan/puan. Saya di sini ingin mengajukan soalan tentang apakah perkataan-perkataan baharu bahasa Melayu yang diiktiraf oleh DBP? Sekian, terima kasih.Untuk mengetahui senarai perkataan bahasa Melayu baharu yang diiktiraf DBP, sila rujuk Kamus Dewan PerdanaMakna03.11.2022
Apa terjemahan yang diiktiraf oleh DBP bagi "key stakeholders"?"Key stakeholders" merujuk individu atau pihak utama yang berkepentingan.Makna12.11.2014
Apakah terjemahan yang diiktiraf oleh DBP untuk "bubble tea" ke dalam Bahasa Melayu? https://en.wikipedia.org/wiki/Bubble_teaUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "bubble tea" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah teh buih.Ejaan04.06.2013
adakah istilah "multiculturalism" diiktiraf dalam bahasa Melayu standardPadanan bahasa Melayu untuk "multiculturalism" ialah faham pelbagai budaya.Istilah11.06.2012
123456

Kembali ke atas