Perkataan yang ditakrifkan diikuti oleh (dengan?) maklumat tambahan. Yang manakah tepat: “diikuti oleh” atau “diikuti dengan”? Wassalam. | Frasa yang betul ialah "diikuti dengan" | Tatabahasa | 29.12.2012 |
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung | Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut: Nama penulis (diikuti dengan tanda koma) Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah) Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah) Jilid (diikuti dengan tanda noktah) Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah) Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih) Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma) Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170. | Lain-lain | 27.02.2008 |
Apakah cara terbaik untuk menerangkan penggunaan imbuhan me- kepada pelajar-pelajar? Contoh: beza antara me-. me-kan, me-i dan me-kan | me-…-kan ( mesti diikuti oleh Objek Bergerak me-….-I ( mesti diikuti oleh Objek Tidak Bergerak Huraian: Apitan men-…-kan dan men-…-i yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek kebanyakannya diikuti oleh objek bergerak dan objek tidak bergerak. Dalam situasi ini, apitan men-…kan diikuti oleh objek bergerak, manakala apitan men-…-i diikuti oleh objek yang tidak bergerak. Contoh: Dia menghadiahkan sehelai kain batik kepada ibu. (Kain batik ialah objek bergerak). Dia menghadiahi ibu sehelai kain batik. (Ibu ialah objek tidak bergerak Me---kan --> (mesti diikuti oleh Objek Bernyawa) Me-… --> (mesti diikuti oleh Objek Tak Bernyawa) Huraian: Apitan me----kan dan awalan me- yang berpasangan dalam ayat yang mempunyai dua objek sahaja kebanyakannya diikuti oleh objek bernyawa dan objek tidak bernyawa. Dalam situasi ini, apitan men-…-kan diikuti oleh objek bernyawa dan awalan me- .. diikuti oleh objek tidak bernyawa. Contoh: Ibu menjahitkan adik sehelai baju kurung. (Adik ialah objek yang bernyawa). Ibu menjahit sehelai baju kurung untuk adik. (Baju kurung ialah objek yang tidak bernyawa) | Tatabahasa | 07.10.2019 |
Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. Saya masih keliru.Bukankah dalam soalan saya sebelum ini , menghidangkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa iaitu rakan-rakan. Minta penjelasan lebih lanjut.terima kasih. | Kata kerja menghidangkan mesti diikuti dengan objek tidak bernyawa dalam contoh yang diberi sebelum ini '... menghidangkan makanan ...', atau contoh lain 'Emaknya menghidangkan makanan di atas meja'. - kata kerja menghidangkan tidak boleh diikuti dengan objek bernyawa seperti '... menghidangkan kakak ...', sebaliknya kata kerja yang sesuai ialah '... menghidangi kakak ...'. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 192. | Tatabahasa | 16.01.2011 |
meN-...-kan : diikuti objek tidak bernyawa meN-...-i : diikuti objek bernyawa konsep di atas diterangkan dlm prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bernyawa&d=10 Persoalannya , adakah ayat benefaktif tidak mengikut konsep spt di atas? saya keliru krn penggunaannya berlainan spt yg terdpt dlm tatabahasa dewan edisi ketiga (ms/ 197). cth ayat 'Ayah membelikan adik buku'. Dlm ayat tersebut perkataan 'adik' ialah objek bernyawa. Mohon penjelasan yang selengkapnya. | Penggunaan meN-..-kan diikuti objek tidak bernyawa, manakala meN-...-I diikuti objek bernyawa hanya pada kata kerja tertentu sahaja, dan bukan untuk semua kata kerja. Itu pun untuk menentukan penggunaan apitan men-...-kan atau men-...-i yang sesuai dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya. Contohnya: Memberi 1. Ali memberi kucing makanan. 2. Ali memberikan makanan kepada kucing Sila lihat Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207 perenggan bertanda (II) Manakala contoh ayat "Ayah membelikan adik buku" tidak termasuk dalam penerangan di atas. Ayat ini dibawah tajuk aspek makna apitan men-...-kan yang menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud benefaktif atau manafaat. Contoh: 1. Ayah membelikan adik buku. (memberi manfaat kepada adik) 2. Saya memasakkan tetamu gulai ikan (memberi manfaat kepada tetamu) | Lain-lain | 27.08.2014 |
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah boleh sekiranya selepas perkataan "diperoleh" diletakkan perkataan "oleh"? Terima kasih. | Kata kerja pasif "diperoleh" yang diikuti oleh pelaku boleh diikuti oleh kata sendi nama "oleh" atau digugurkan seperti dalam ayat "Kejayaan yang diperoleh oleh Aminah ..." atau "Kejayaan yang diperoleh Aminah ...". | Tatabahasa | 25.09.2020 |
erkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan. Oleh itu ayat "Sejumlah RM50000 diberi kepada pesakit jantung yang akan menjalani pembedahan secepat mungkin" adalah betul. terima kasih, tuan.. tetapi kalau memberikan diikuti dengan kata nama tidak bernyawa. maka, jawapan sepatutnya sejumlah wang diberikan kepada pesakit dan bukannya diberi kepada pesakit. ) terima kasih kerana kekeliruan semakin kurang. | Perkataan 'memberi' dan 'memberikan' merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Dan begitulah juga dalam bentuk pasif. Oleh itu, ayat "Sejumlah wang diberikan kepada pesakit" adalah gramatis. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 23.07.2011 |
Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah DBP menyimpan sebarang maklumat terperinci mengenai gaya penulisan ilmiah (Gaya Dewan) khususnya dalam menulis nota kaki dan bibliografi? Terima kasih. | Saudara Ronil, bibliografi ditulis mengikut kaedah ini: i. Nama penulis, editor, atau penyusun diikuti dengan tanda koma. ii. Tahun terbit diikuti dengan tanda noktah. iii. Judul dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah. iv. Jilid, diikuti dengan tanda noktah. v. Edisi dan cetakan, diikuti dengan tanda noktah. vi. Tempat terbit diikuti dengan tanda titik betindih. vii. Nama penerbit diikuti dengan tanda noktah. viii. Nama penterjemah, diikuti dengan tanda noktah. ix. Judul penerbitan berkala, diikuti dengan tanda noktah. x. Kata singkatan "dlm." dan "hlm." . xi. Bilangan siri, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. xii. Bentuk penerbitan, jika berkaitan, diikuti dengan tanda noktah. Nota kaki ditulis di sebelah bawah ruang teks, pada halaman yang sama. Nota kaki dipisahkan daripada teks, oleh satu garis pemisah mendatar dan ditulis santak kiri. Teks nota hendaklah ditulis sebaris dengan nombor nota. Baris berikutnya hendaklah selajur dengan ayat pertama nota itu. Nombor rujukan nota kaki di dalam teks hendaklah dalam bentuk superskrip dan ditulis berurutan, bermula dengan nombor satu bagi setiap bab. Jika di dalam sesebuah buku itu terdapat banyak nota yang panjang, bahan ini bolehlah disusun sebagai nota bab atat nota hujung. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 04.03.2010 |
Apakah perbezaan antara " melawat" dengaan "melawat ke"? | Perbezaannya ialah kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
memberi perhatian diikuti dengan "kepada" atau "terhadap"? Jika kedua-dua boleh digunakan, apakah perbezaannya? Sekian, terima kasih. | Walaupun terhadap juga bermaksud kepada, namun lazimnya kita menggunakan frasa "memberi perhatian kepada". Kata sendi nama kepada digunakan untuk sasaran, maka frasa perhatian kepada + sasaran. | Tatabahasa | 21.02.2013 |