| Di halaman rumah,terdapat guni/karung yang diisi dengan tin-tin kosong dan botol-botol kosong. *Adakah ayat ini gramatis? *Guna guni atau karung lebih sesuai? Terima kasih. | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat. Ayat yang lebih gramatis ialah “Di halaman rumah, terdapat guni yang diisi dengan tin dan botol kosong” atau “Di halaman rumah, terdapat karung yang diisi dengan tin dan botol kosong”. | Tatabahasa | 09.08.2024 |
| Pembida adalah dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak. .... soalan di dalam ayat ini,adakah penggunaan "Tertolak" berada di tempat yang betul? | Penggunaan perkataan “tertolak” dalam ayat “Pembida dikehendaki mengisi dan menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak diisi dan ditandatangani, tawaran pembida menjadi tidak sah dan dengan sendirinya tertolak”, betul. | Tatabahasa | 18.08.2022 |
| penggunaan YH. (yang hormat) perlu diisi noktah atau tidak. contoh YH. atau YH sahaja. terima kasih. | Istilah YH tiada dalam kata sapaan. Kata sapaan yang betul ialah Yang Berhormat. Orang yang bergelar Dato' tetapi bukan Yang Berhormat disapa sebagai Yang Berbahagia Dato', manakala Yang Berhormat khusus kepada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. | Tatabahasa | 13.08.2015 |
| Yang manakah satu perkataan sesuai diisi di ayat di bawah ? beta, tuanku, baginda " Laksamana, ________ sultan akan berangkat ke negara China pada minggu hadapan.: kata bendahara. | Jawapan yang betul ialah baginda. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
| Bagaiamana untuk menggunakan nombor / satu tempoh dalam syarat-syarat / dalam borang yang digunakan sebagai Panduan Umum sesuatu permohonan Contoh : 3.Borang Ini Perlu Diisi Lengkap Dan Dihantar Ke Jabatan Pengurusan Dan Sumber Manusia Dalam Tempoh EMPAT BELAS (14) HARI Dari Tarikh Bencana. | Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan) atau kedua-duanya sekali, manakala nombor 10 dan ke atas hendaklah dieja. Contohnya: Borang Ini Perlu Diisi Lengkap dan Dihantar ke Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia dalam Tempoh 14 hari dari Tarikh Bencana. | Ejaan | 13.02.2020 |
| Salam, saya ingin bertanya sekiranya terdapat pekerjaan yang boleh diisi. Terima kasih. Mohd Irfan Mohd Sharif B.A Ekonomi Universiti Al-azhar | Sila kerap layari www.dbp.gov.my untuk pengumuman Jawatan Kosong | Lain-lain | 09.01.2014 |
| Salam, boleh saya nak tahu berapakah standard saiz untuk petak kosong (satu petak diisi satu huruf) dalam persuratan? | Standard saiz untuk petak kosong ialah saiz satu aksara. | Lain-lain | 09.04.2015 |
| Kelapa sawit merupakan tanaman _____ di negara itu. Isi tempat kosong di atas diisi dengan' kedua penting' ATAU 'kedua terpenting' ATAU kedua-duanya boleh diterima ? Terima kasih. | Kedua penting atau kedua terpenting, kedua-dua frasa tersebut boleh menjadi jawapan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2009 |
| 1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan. | Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir. | Tatabahasa | 10.10.2011 |
| apakah maksud wadah paling berkesan? | wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan. | Makna | 16.10.2007 |