Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diitalikkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan istilah bahasa Arab dalam tajwid seperti Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya perlu diitalikkan? Bagaimana pula dengan ejaan huruf Jawi seperti Ro, Hamzah, 'Ain dan sebagainya. Adakah perlu diitalikkan juga?

Istilah bahasa Arab dalam tajwid perlu diitalikkan. Contohnya, Mad, Qasr, Ibtida' dan sebagainya.

Untuk ejaan Rumi bagi huruf Jawi juga perlu diitalikkan. Contohnya, ro (ر), hamzah (ء), ain (ع) dan sebagainya.

Lain-lain04.04.2022
Salam. Saya ingin mendapatkan kepastian jika perkataan -perkataan di bawah ini perlu diitalikkan atau dicondong. 1) Fragile Forest ( nama tempat ) 2) istilah 'boring' dalam sebiah ayat yang memberikan makna perkataan itu Perlukah Fragile Forest dan boring dicondong atau diitalikkan? Terima kasih.1. Nama tempat tidak perlu diitalikkan.
2. Perkataan boring ialah bahasa Inggeris dan banyak digunakan dalam bahasa percakapan, ejaannya perlu diitalikkan.
Penyemakan dan penterjemahan17.03.2015
Salam sejahtera, Dalam penulisan, perlukah nama atau jenis ubat diitalikkan? Contohnya, fentanyl, percocet, metformin, paracetamolBerdasarkan Pedoman Pembentukan Istilah Perubatan, nama dagang ubat tidak akan bertukar bentuk dan tidak perlu diitalikkan seperti Paracetamol dan Percocet. Nama umum ubat-ubatan tidak bertukar bentuknya dan tidak perlu diitalikkan kerana nama ini timbul daripada kombinasi nama kimia atau daripada nama pokok seperti Metformin dan Fentanyl.Istilah14.11.2022
Perkataan platform perlu diitalikkan atau tidak dan mengapa?"Platform" perkataan bahasa Melayu, tidak perlu diitalikkan.Ejaan13.06.2023
Assalamualaikum saya ingin bertanya, kebiasaannya dalam penulisan melibatkan komputer penggunaan perkataan selain Bahasa Melayu perlu diitalikkan seperti person in charge (PIC). Tetapi akronim kepada Bahasa Inggeris tersebut PIC adakah perlu diitalikkan dalam ayat Bahasa Melayu? Begitu juga penggunaan Bahasa Arab dalam ayat Bahasa Melayu.Dalam bidang teknologi maklumat PIC merujuk kepada  Picture Image Compression (PIC). Sekiranya singkatan (PIC)  digunakan dalam bahasa Melayunya, singkatan tersebut  tidak perlu diitalikkan.Istilah12.02.2020
Assalamualaikum, Saya difahamkan bahawa tajuk buku perlu diitalikkan dalam sesuatu artikel atau penulisan. Tetapi jika tajuk buku tersebut ada dalam sub tajuk, perlukah diitalikkan juga? Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam,
Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung penulisan atau tajuk buku, mohon tuan hubungi Bahagian Penerbitan di talian 03-21479428.
Lain-lain20.01.2015
Adakah setiap kata nama khas meskipun yang merupakan perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan dalam penulisan rasmi?Tidak perlu dicondongkan/diitalikkan nama khas walaupun dalam bahasa Inggeris.Lain-lain30.10.2015
Cara penulisan yg betul bagi kata nama khas Umum mengetahui bahawa perkataan dalam Bahasa Inggeris perlu diitalikkan sekiranya dicampurkan dengan teks dalam Bahasa Melayu. Soalan saya, adakah yg dalam kurungan juga perlu diitalikkan? Sebagai contoh, Bachelor of Engineering Technology (Electrical & Electronic) (Honours). Terima kasih.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (2023)halaman 153, huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan.

Contoh:

1. Bachelor of Engineering Technology (Electrical and Electronic) (Honours)
2. suai padan (copy fitting), kebebasan seni (poetic licence) dan kos sut (marginal cost).

Ejaan05.09.2024
Assalamualaikum, saya ingin bertanya tentang penggunaan akta undang-undang di dalam bahasa Inggeris, haruskah diitalikkan? Contoh : menurut Common Law... Sekian, terima kasih.Common Law diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu, namun akta-akta lain seperti Akta Dewan Bahasa dieja sepertimana biasa.Penyemakan dan penterjemahan13.04.2015
Bagi penulisan dialog dalam sesebuah artikel, perlukah perkataan yang diringkaskan seperti "kau", "tak", "kan" diitalikkan? Terima kasih.Untuk makluman, kependekan seperti kau, tak, kan dan sebagainya tidak perlu diitalikkan.Karya26.10.2016
12345678910...

Kembali ke atas