salam sejahtera,saya ingin bertanya sekiranya saya mempunyai hasil karya,bagaiman saya menghantar karya saya tersebut dan dijadikan sebagai satu karya dan boleh dijadikan sebagai hasil karya jualan kepada masyarakat? | Soalan sdr kurang jelas. Walau bagaimanapun DBP boleh menerima karya sdr untuk diterbitkan. Pihak sdr boleh menghantar karya tersebut ke Jabatan Penerbitan, Tingkat 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun sdr perlu menyatakan hasil karya tersebut. Jamlah halaman manuskrip, bidang tulisan dan menyatakan biodata diri penulis. Jabatan Penerbitan terdiri dari bebarapa bahagian penerbitan iaitu Bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan, Bidang Sains dan Teknologi dan Agama. | Lain-lain | 07.12.2009 |
Adakah perkataan `adalah` boleh dijadikan sebagai permulaan ayat?mengapa?bagaimana? apakah maksud bagi seperti katak diharung ular? | Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 11.09.2008 |
perkataan english 'feacal', 'fecal' dan 'feces', apakah perkataan bahasa melayu paling tepat untuk menterjemahkan setiap satu nya? mengapa tidak dijadikan sebagai salah satu bahasa melayu terutamanya perkataan 'faecal'? | Ketiga-tiga kata yang diberikan mempunyai makna yang sama,iaitu tahi atau tinja. | Makna | 24.01.2008 |
Boleh saya dapatkan terjemahan perkataan ini dalam bahasa Melayu: 1. 4-aminophenazone 2. Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate 3. Catalyses Bolehkah saya menambah imbuhan untuk dijadikan sebagai kata kerja bagi perkataan yang diterjemahkan sperti di bawah: 1. Dikatalisiskan (daripada catalyse) 2. Dihomogenkan (daripada homogenous) 3. Divorteks (daripada vortex) | 1. Aminophenazone - aminofenazola 2. Istilah Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate tidak ada dalam sumber rujukan, cadangan kami Asid etilenediaminetetra dinatrium garam dihidrat. 3. Boleh diletak imbuhan asalkan sesuai dengan konteks makna istilah tersebut. | Istilah | 06.08.2012 |
salam sejahtera, Saya ingin kepastian tentang pengguanaan tanda koma(,) sebelum perkataan 'dan'. Adakah setiap kali sebelum 'dan' mesti diletak koma atau terdapat kriteria tertentu yang boleh dijadikan sebagai panduan sama ada perlu letak koma atau tidak. Adakah menjadi kesalahan jika tidak meletak koma sebelum 'dan'? | Penggunaan tanda koma sebelum "dan" lebih kepada gaya penulisan, boleh ada atau tiada. Penggunaan koma sebelum "dan" biasanya digunakan apabila menyenaraikan kategori, contohnya Emak ke kedai membeli, ikan, sotong, dan surat khabar. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Saya dapati kebanyakan data yang dijadikan sandaran untuk dijadikan sistem tatabahasa Melayu bukannya bersandarkan kepada korpus bahasa, tetapi lebih kepada pembentukan data yang "dicipta" sendiri. Mengapakah korpus bahasa Melayu tidak dijadikan sebagai premis utama dalam pembentukan sistem tatabahasa bahasa Melayu? | Untuk makluman saudara korpus bahasa Melayu merupakan antara bahan utama yang digunakan dalam proses penyusunan pedoman,kamus dan juga tatabahasa bahasa Melayu. Buku-buku tentang tatabahasa dan ilmu linguistik terbitan pihak luar juga dijadikan bahan rujukan sebelum sesuatu rumusan dibuat. | Lain-lain | 17.07.2008 |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya menghadapi kemusykilan tentang perkataan 'sudut pandang'. Adakah perkataan ini merupakan satu istilah yang sudah mantap? Jika perkataan ingin dijadikan sebagai satu tajuk tentang suatu petikan/teks, bolehkah dieja seperti ini; 'Sudut Pandang' atau 'Sudut pandang'? Saya mohon jasa baik pihak tuan agar adpat memberikan pengesahan berkaitan dengan hal ini. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Sudut Pandang sebagai sebuah tajuk artikel atau wacana. Perkataan ini banyak digunakan dalam media terutama dalam membabitkan pandangan individu tertentu dalam sesuatu isu. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
Salam, bagaimana sekiranya tagline kami adalah di dalam Bahasa Inggeris, contohnya "Lessons Beyond Classroom" | Cadangan kami slogan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun jika slogan tersebut dijadikan sebagai tanda dagangan (trademark) syarikat tuan, kami tiada halangan dalam penggunaannya. Namun apabila syarikat tuan (berserta slogan) diiklankan hendaklah ada keterangan iklan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.11.2012 |
Apakah faktor kesalahan tatabahasa dalam akhbar-akhbar tempatan dan apakah cadangan untuk mengatasinya? | Kebanyakan kesalahan tatabahasa berlaku dalam akhbar-akhbar tempatan kerana kebanyakan penulis kurang memahami fungsi atau kegunaan kata yang digunakan. Namun demikian, bagi membantu, Buku Tatabahasa Dewan boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk menghasilkan tulisan yang baik. Selain itu, bagi mengurangkan kesalahan ini, kesedaran pada penggunaan bahasa kebangsaan yang betul perlulah ada demi mewujudkan rasa cinta pada bahasa kebangsaan ini. | Lain-lain | 31.07.2007 |
SEKADAR BERTANYA. MASYARAKAT SABAH DAN SARAWAK KAYA DENGAN DIALEK TEMPATAN. ADAKAH DIALEK INI DIGUNA PAKAI SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU WALAUPUN TIDAK TERDAPAT DI DALAM KAMUS DEWAN. KALAU TIDAK, CADANGAN SAYA ADALAH LEBIH BAIK KITA GUNAKAN DIALEK TEMPATAN INI DIKAJI DAN DIJADIKAN SEBAGAI BAHASA MELAYU BAKU AGAR TIDAK PUPUS DIALEK INI. WALAUPUN KITA TAHU INI MERUPAKAN KEKUATAN SESUATU ETNIK, NAMUN INI LEBIH BAIK DARIPADA DIALEK INI PUPUS SUATU HARI NANTI. LAGIPUN ADALAH LEBIH MUDAH DARIPADA KITA MENGGUNAKAN BAHASA ASING UNTUK DISERAPKAN KE DALAM BAHASA MELAYU... TERIMA KASIH | Beberapa kosa kata Sarawak ada digunakan dalam bahasa Melayu , contohnya merarau. Namun, penggunaannya belum meluas. Pihak kami akan mengemukakan cadangan ini kepada pihak atasan untuk mendapatkan pandangan. | Lain-lain | 03.11.2008 |