Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijadualkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah menggunakan kata ganti nama diri ketiga ia bagi menunjukkan sebarang situasi, undang-undang dan benda abstrak. Contoh, Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi 'ia' telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020.Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda atau subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda atau subjek yang dibicarakan.Tatabahasa15.01.2021
Bolehkah kita menggunakan kata ganti nama diri ketiga 'ia' bagi menunjukkan sebarang situasi, undang-undang dan perkara abstrak. Contoh ayat: Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi 'ia' telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020. Perkataan 'ia' merujuk kepada PKPP. Seperti kita tahu, PKPP merupakan undang-undang membendung penularan penyakit. Soalan ini pernah ditanya bulan 12 pada tahun 2020 tetapi masih tidak mendapat sebarang respons daripada pihak DBP.
Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan
Tatabahasa31.01.2021
Tuan/Puan, Apakah terjemahan yang betul bagi 'next scheduled dose' di dalam ayat di bawah. Continue with the next scheduled dose = Teruskan dengan dos berikutnya yang dijadualkan. Sekian, terima kasih.Pihak kami mencadangkan terjemahan bahasa Melayu bagi "next scheduled dose" ialah dos yang berikutnya mengikut jadual.Lain-lain25.11.2021
ADAKAH DISYIF ATAU DI SYIF?Dalam data kami, tiada perkataan disyif. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan syif yang bermaksud kumpulan yang bekerja (misalnya di kilang) bergilir-gilir dengan kumpulan lain; 2. tempoh kerja yang dijadualkan: minggu depan saya bekerja syif malam.

Bagi penggunaan kata hubung, penggunaan yang boleh digunakan ialah kata hubung pada.
Tatabahasa16.02.2017
shif atau syuf

Ejaan yang betul ialah Syif :

Kamus Dewan mentakrifkan kata syif ; 1. kumpulan yg bekerja (mis di kilang) bergilir-gilir dgn kumpulan lain; 2. tempoh kerja yg dijadualkan: minggu depan saya bekerja ~ malam.

Makna06.04.2009
SAYA INGIN TAHU MENGENAI KEKOSONGAN JAWATAN PEMBANTU TADBIR RENDAH KERANA SAYA TELAH APPLY JAWATAN TERSEBUT. BOLEH KAH SAYA MENGETAHUI KEPUTUSANNYA. SAMA ADA SAYA LAYAK @ TIDAK ??

Salam,

Dimaklumkan kami sedang membuat tapisan akhir untuk memilih calon yang layak untuk dipanggil menduduki ujian pra perkhidmatan. Ujian tersebut dijadualkan akan diadakan pada akhir Februari 2008 ini. Sekiranya terpilih sdr akan dihubungi melalui telefon/surat dalam tempoh terdekat ini.

Terima kasih.

Lain-lain02.02.2009
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan.Lain-lain06.08.2007
Apakah maskud pre-launching dan grand launching dalam Bahasa? Contoh penggunaan pre-launching dan grand launching dalam ayat Bahasa. terima kasih.Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

pre-launching - prapelancaran
grand launching - pelancaran perdana

Berikut merupakan contoh ayat bagi padanan isitilah yang diberikan:

i. Majlis Prapelancaran Jubli Emas Kejora berlangsung dalam suasana penuh semangat dan ceria dengan norma baharu biarpun diadakan secara maya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang masih berkuat kuasa di Johor.

ii. Majlis Pelancaran Perdana Malaysia Year of Festivals 2015 atau MyFest 2015, yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2015, ditangguh ke satu tarikh lain.

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain21.06.2021
Adakah proses dan acara berbeza?Ya, proses dan acara mempunyai makna yang berbeza. Proses bermaksud:

1. satu siri tindakan atau operasi yang dilakukan atau yang perlu diikuti untuk membuat atau melaksanakan sesuatu. Contoh ayat: Proses pelantikan perunding hendaklah dibuat mengikut prosedur. 
2. perubahan yang biasanya berlaku secara semula jadi atau tanpa disedari, biasanya melibatkan tempoh yang panjang. Contoh ayat: Kekurangan nutrisi boleh mengganggu proses tumbesaran kanak-kanak.
3. kaedah atau teknik untuk membuat atau menghasilkan sesuatu barangan, khususnya dalam industri. Contoh ayat: Proses pembuatan coklat bermula dengan mengadunkan likuor koko, gula, susu dan sebahagian lemak koko selama kira-kira 5 minit pada suhu 45°C.

Manakala acara bermaksud:

1. jenis permainan dalam sukan yang dipertandingkan, misalnya lari berganti-ganti, badminton atau menembak. Contoh ayat: Acara lompatan ialah lompat tinggi, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah.
2. perkara yang dilaksanakan oleh masyarakat mengikut adat atau kebiasaan, misalnya semasa majlis perkahwinan atau dalam kehidupan. Contoh ayat: Pengantin lelaki menyempurnakan acara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan sebentuk cincin.
3. bahagian atau seluruh kegiatan yan
g disusun dan dijadualkan untuk dilaksanakan bagi menjayakan sesuatu upacara, persembahan, sambutan dan sebagainya. Contoh ayat: Acara ini bermula dengan ucapan Ketua Pengarah.
4. kegiatan, program atau majlis khusus yang diadakan untuk tujuan tertentu. Contoh ayat: Acara Forum Remaja akan diadakan di Balai Budaya Tun Syed Nasir.

Terima kasih.
Makna08.11.2024

Kembali ke atas