Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijalankan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TUan/Puan, Penggunaan perkataaan ADALAH Bolehkah perkataan adalah digunakan dalam ayat seperti berikut: 1. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH BAGI menentukan keberkesanan.....; atau 2. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH UNTUK menentukan keberkesanan.....; atau 3. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH menentukan keberkesanan.....; atau 4. Tujuan pengauditan dijalankan BAGI/UNTUK menentukan keberkesanan.....; Mohon pencerahan tuan/puan.Kata pemeri "adalah" mesti diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif, seperti dalam contoh ayat pertama dan kedua. Dalam ayat ketiga kata sendi nama "untuk/bagi" perlu hadir selepas kata "adalah" bagi melengkapkan ayat, namun dalam ayat keempat kata pemeri "adalah" boleh digugurkan.Tatabahasa28.02.2014
Papan tanda sekolah terpapar 1.Peperiksaan sedang dijalankan 2.Peperiksaan sedang berjalan. Frasa mana yang betul?mohon pencerahan .TQ.Tuan MunsyiPerkataan dijalankan bermaksud dilaksanakan, dan perkataan ini merupakan bentuk pasif bagi menjalankan. Menjalankan/dijalankan ialah kata kerja transitif yang mesti diikuti objek. Berjalan bermaksud berlangsung dan merupakan kata kerja tak transitif. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah "Peperiksaan sedang berjalan" atau "Peperiksaan sedang berlangsung".Tatabahasa18.10.2018
Antara ayat "Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah pertandingan menulis esei tentang sains." dan "Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah Pertandingan Menulis Esei Tentang Sains." Yang manakah betul? Atau kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan?

Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.

1. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah pertandingan menulis esei tentang sains.

2. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah Pertandingan Menulis Esei  Sains. (Gugurkan perkataan Tentang. Ayat merujuk kepada tajuk program)

Makna05.04.2020
Yang mana lebih tepat : 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ..." atau "Dari soal selidik yang dijalankan didapati ...." 2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....." atau "Daripada aspek kemudahan masyarakat pula" 3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" atau "... dengan diameter di antara 7 hingga 8 meter"Yang betul ialah - 1. "Daripada soal selidik yang dijalankan didapati ...",  2. "Dari aspek kemudahan masyarakat pula ....."  3. "... dengan diameter antara 7 hingga 8 meter" .Tatabahasa15.04.2009
Pertandingan itu dijalankan dua bulan lalu. Dalam ayat di atas, 'lalu' tergolong sebagai kata apa?Kata adjektif waktu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan muka surat 229. Harap maklum.Tatabahasa23.07.2008
Kajian yang dijalankan oleh Huat lebih berkecenderungan kepada/pada penulisan biografi Li Bai. Apakah kata sendi yang sesuai selepas "berkecenderungan" dalam konteks ini? Terima kasih.Dalam contoh ayat di atas, kata sendi bagi berkecenderungan lebih sesuai digunakan "pada".Tatabahasa05.03.2007
1) Antara langkah yang boleh dijalankan 'adalah' atau 2) Antara langkah yang boleh dijalankan 'ialah' ------ 1) warga tua penting untuk pembangunan negara atau 2) warga tua penting untuk membangunkan negara Terima kasih.1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam dan sebagainya.

2. Warga tua penting dalam pembangunan negara.
Tatabahasa07.03.2015
Mana 1 yang betul, Pendalam atau Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan. Kenapa?Yang betul ialah Pendalaman Sungai Langat akan dijalankan.Tatabahasa19.07.2010
mana yang betul,peperiksaan sedang dijalankan atau peperiksaan sedang berjalan, mengapa?yang betul dan tepat ialah Peperiksaan sedang berlangsung. Kata 'jalan' (sesuatu yang bergerak) , mestilah dipadankan dengan sesuatu/perkara yang kita nampak, tetapi di sini peperiksaan bukanlah perkara yang kita nampak. Jadi perkataan dijalankan tidak sesuai. Terima kasih.Makna30.08.2007
Saya ingat bertanya mengenai tatabahasa. Boleh ke imbuhan di-an digunakan pada akhir ayat? cth: 1. aplikasi itu sedang dijalankan. 2. Benarkan item untuk dimuatkan.
Ayat yang betul ialah i. Aplikasi itu sedang dijalankan ii. Item untuk dimuatkan.
Lain-lain02.05.2018
12345678910...

Kembali ke atas