Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dijanjikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya masih lagi menunggu jawapan daripada pihak KNDBP berkenaan saolan saya. Diharapkan agar mendapat maklum balas dan kerjasama tuan secepat mungkin seperti yang dijanjikan. kndbp1@dbp.gov.my Actions To: Nor Idahyah Ismail Wednesday, 1 June, 2016 11:12:50 AM You replied on 9/6/2016 2:15:12 PM. Soalan tuan telah diterima dan sedang diproses.Jawapan akan diperoleh selewat-lewatnya dalam tempoh dua(2) hari bekerja. -------------------------------------------------------------------------------- Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. -------------------------------------------------------------------------------- Soalan : Salam. Bahagian kami akan menerbitkan ikon digital book bagi laman web Jabatan Penerangan Malaysia. Jadi, ingin minta nasihat untuk penulisan perkataan digital book yang betul. Adakah ditulis sebagai:- a)d-book b) D-Book c)D-book atau d)d-Book Mohon pencerahan dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Tarikh dan Masa Pertanyaan : 01/06/2016 11:14:59 AM Sekian, terima kasih.Salam,

Buku digital adalah penerbitan buku elektronik (e-buku) yang menggunakan teknologi digital. Buku tersebut dicipta dan dibaca menggunakan peranti elektronik. Oleh sebab itu, singkatan yang sesuai digunakan ialah e-buku. DBP tidak menggunakan istilah buku digital kerana buku digital telah terangkum dalam e-buku.

Terima kasih.
Lain-lain09.06.2016
Salahhuddin Salleh Askm... sya tak tau nak tnya mana.. tp sya cuba di sini dulu... anak saya pemenang johan bercerita cerita2 rakyat peringkat kbgsaan thun lepas.. kami dijanjikan hadiah tiket utk sekeluarga ke bkt merah lake town resort. ... tp shgga skrg tiada apa2 berita.. di mana boleh saya rujuk ya?Waalaikumussalam. Untuk makluman saudara, untuk pertandingan tersebut DBP hanya menyediakan hadiah wang tunai, dan urusan penyerahan hadiah telah diselesaikan pada tahun lepas lagi. Manakala hadiah tiket ke Bukit Merah disediakan oleh Kolej Perkembangan Awal Kanak-kanak. Mohon hubungi pegawai projek, Puan Nor Hidayah Ilias di talian 03-21479703. Terima kasih.Lain-lain18.04.2014
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian)Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian.Tatabahasa14.01.2011

Kembali ke atas