"Hukuman zina kepada yang bukan muhsan adalah dijilid seratus kali dan dibuang negeri sebagimana firman Allah yang bermaksud" Adakah perkataan jilid dalam ayat di atas sesuai dengan konteks ayat ataupun tiada perkataan jilid yang membawa maksud yang sesuai dalam konteks ayat? | Dalam data PRPM kami, maksud perkataan "jilid" merujuk buku yang dijahit dalam proses penerbitan dan tiada maksud lain. Oleh itu perkataan "jilid" tidak sesuai untuk konteks ayat tersebut. | Makna | 22.04.2016 |
Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Ini adalah berkaitan dengan cara sesebuah buku itu dijilidkan. Terima kasih. | Adakah perkataan 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' ini betul untuk 'perfect bind with spine'? Betul iaitu 'jilidan sempurna dengan tulang belakang' bermaksud blok buku dijilid secara perfect sama ada di jahit benang terlebih dahulu atau terus secara jilidan sempurna atau perfect binding. Sekian terima kasih. | Lain-lain | 28.01.2010 |
assalamualaikum dan salam 1malaysia. saya ingin bertanya, Apakah yang harus saya lakukan sekiranya saya mahu karya saya seperti novel di terbitkan dan dibukukan serta di edarkan di kedai. bagaimanakah cara yang sepatutnya saya lakukan? sekian, terima kasih. | Salam. Sekiranya sdr sudah menyiapkan manuskrip novel, hantar sahaja kepada penerbit yang sdr pilih, untuk dipertimbangkan penerbitannya. Jika manuskrip sdr diperakui untuk diterbitkan, tugas penerbit itu untuk mengedarkan buku tersebut di kedai. Jika sdr ingin menghantar manuskrip sdr ke DBP untuk dipertimbangkan penerbitannya, perkara utama yang perlu dilakukan ialah manuskrip perlu ditaip langkau dua baris, menggunakan perisian Microsoft Word, dipecahkan mengikut bab dan fail, setiap fail tidak melebihi 30 halaman, penaipan kemas, dan dijilid. Manuskrip novel hendaklah antara 300-500 halaman. Manuskrip yang lengkap, hendaklah disertakan dengan disket/CD/surat iringan dan dihantar menggunakan sampul yang selamat melalui pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Manuskrip sdr akan dinilai terlebih dahulu sebelum diberi jawapan sama ada sesuai diterbitkan atau tidak. Terima kasih. | Lain-lain | 13.01.2010 |
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |