| Dimakbulkan doa / Dikabulkan doa? | Kedua-dua frasa tersebut betul. | Tatabahasa | 10.04.2012 |
| Saya ingin memohon jasa baik tuan/puan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ayat "hasrat dikabulkan" hanya sesuai digunakan untuk membawa maksud keagaaman, sebagaimana dalam konteks "doa dikabulkan". Menurut pemahaman saya, dan menurut Kamus Dewan, perkataan "kabul" bererti "tercapai", "terlaksana", "tertunai". Harap mendapat penjelasan dan pengesahan DBP. Terima kasih atas bantuan yang diberikan. | Kata kabul atau frasa hasrat dikabulkan bukan istilah khusus yang hanya digunakan dalam bidang agama. Oleh itu, kata dan frasa tersebut boleh digunakan dalam konteks umum. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
| assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus? | Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+ | Makna | 13.11.2015 |