Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikarang

Puisi
 

Bismilah mula dikarang,
     Syairlah pantun sajanya kurang;
Laksana kainlah jarang,
     Tidak boleh dibagi orang.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Tidak kekal bunga dikarang.

Bermaksud :

Kekayaan (kemuliaan, persahabatan) sewaktu-waktu akan hilang.

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? 1. Karangan itu dikarang oleh beliau. atau 2. Karangan itu dikarangkan oleh beliau.Ayat yang betul ialah "Karangan itu dikarang oleh beliau"Tatabahasa14.04.2009
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasihYang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385.  Tatabahasa22.04.2008
Adakah gegantung atau papan tanda di Malaysia dibenarkan untuk dikarang dalam bahasa Cina atau Inggeris atau bahasa bukan kebangsaan sepenuhnya? Jika tidak dibenarkan, ke mana orang awam perlu salurkan aduan?Untuk makluman tuan, papan tanda yang dipasang di premis perniagaan dan tempat awam perlu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya yang baik dan betul atau jika bahasa lain digunakan mesti ada padanan dalam bahasa Melayu (buat dwibahasa) dan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi susunan dan saiz (bahasa Melayu di bahagian atas teks bahasa lain dan saiz teks hendaklah lebih besar). PBT mengenakan syarat untuk permohonan lesen, setiap papan tanda perniagaan yang hendak dipasang di premis perniagaan perlu mendapat sijil pengesahan bahasa Melayu yang baik dan betul daripada DBP. Aduan boleh dibuat melalui http://kndbp.dbp.gov.my (klik Pantau Tegur Bahasa/Aduan Pelanggan).
Lain-lain21.10.2022
apa konsep dan definisi kata tugas berpandukan lima ahli bahasa?Untuk melihat pendapat ahli bahasa tentang sesuatu konsep, maka saudara perlu merujuk buku yang dikarang oleh mereka. Contohnya buku Tatabahasa Dewan disusun oleh empat orang tokoh bahasa, iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, Dr. Farid Onn, Prof. Dr. Hashim Haji Musa  dan Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. Buku Nahu Mutakhir dikarang oleh Prof. Emeritus. Dato' Dr. Asmah Haji Omar. Saudara boleh melihat persamaan dan perbezaan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut dan perlu diingat penyusun buku Tatabahasa Dewan bersetuju dengan konsep tatabahasa yang dijadikan pegangan oleh kebanyakan ahli bahasa.Tatabahasa10.11.2012
Saya sedang membuat kajian tentang cerpen bertajuk "Pisang untuk Beruk Merdeka" yg dikarang oleh Tie Camar dikeluarkan oleh majalah Pelita Bahasa Aprril 2008. Saya kena ulas dari aspek bahasa sastera seperti bhs kiasan. Dalam bahasa kiasan ada 9 item yg perlu sy komen .... boleh tolong saya bagaimana saya nak huraikan dengan baik.Bahasa kiasan mempunyai sembilan (9) aspek. Berdasarkan karya tersebut, sdr buatkan bandingan atau contoh teks (berdasarkan cerpen berkenaan) dan kaitkan dengan aspek  yang mendasari bahasa kiasan. Sebagai contoh, pisang kiasannya untuk makanan atau pengisian kepada pengertian kemerdekaan berdasarkan kepada watak beruk. Dalam hal ini, untuk lebih jelas sdr. perlulah berbincang dengan guru yang memberi arahan kerja projek tersebut. Sekian dan salam.Lain-lain21.02.2009
Saudara/saudari, Saya ingin menerbitkan sebuah buku kesihatan berkaitan dengan urologi. Setakat ini, buku itu telah dikarang, tetapi kita ingin medapatkan nombor ISBN. Dimana dan bagaimanakah nombor ini boleh didaftarkan? Terima kasih atas petunjuk saudara/saudari, Yang Ihklas, TongSoalan saudara kurang jelas namun saya rasa apa yang saudara mahukan ialah dimanakah boleh mendapat Nombor ISBN (International Serial Book Number). Nombor ISBN perlu dimohon kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Jalan Tun Razak dan didaftarkan dengan PNM. Tugas ini selalunya dilakukan oleh Penerbit.Lain-lain13.12.2009
Saya merupakan seorang pelajar yang berminat dalam mengarang sajak.Walaubagaimanapun,saya mempunyai masalah untuk berkongsi karya saya bersama pembaca. Saya juga khuatir sekiranya sajak yang dikarang itu terdapat kesalahan kerana penghasilan sajak tersebut tanpa panduan dan bimbingan sesiapa.saya juga berminat untuk menyertai sebarang pertandingan bermotifkan sajak anjuran mana-mana pihak tetapi saya jarang menjumpai iklan-iklan mengenai pertandingan sajak melainkan pertandingan esei.Saya harap pihak DBP dapat membantu saya dalam menangani masalah ini.

Untuk menjadi seorang pengarang atau penyair yang baik, sdr. digalakkan membeli atau memiliki buku Panduan Menulis Sajak karya Rahman Shaari, terbitan DBP. Amat pasti - untuk menghasilkan sesebuah sajak yang bermutu memerlukan seorang penyair/penulis yang dapat menguasai bahasa dengan baik.

Sekian dan salam.

Lain-lain02.04.2009
1. Pertandingan karangan atau pertandingan mengarang? 2. mengikut ekspedisi meredah / merempuh hutan belantara? Terima kasih.Frasa yang lazim digunakan ialah pertandingan mengarang, namun perlu dilengkapkan objek yang dikarang seperti "pertandingan mengarang esei".Tatabahasa17.10.2014
assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarangSarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara.Lain-lain07.06.2011
saya telah menulis beberapa puisi dan saya berminat untuk menerbitkan puisi saya itu tetapi saya tidak tahu bagaimana dan dimana harus saya kemukakan semua puisi nukilan saya sendiri untuk disiarkan atau diterbitkan

Sdr. boleh mengirimkan puisi yang telah siap dikarang itu kepada pihak akhbar dan majalah untuk tujuan penerbitan. Pada kebiasaannya, akhbar mingguan tempatan menyediakan ruangan untuk menyiarkan puisi. Sdr. boleh mengirimkannya  kepada Editor Sastera dan Budaya, (pilih akhbar mana yang difikirkan perlu dan dapatkan alamat akhbar tersebut - yang pada kebiasaanya tertera di sudut kaki bahagian belakang akhbar tersebut).

Pihak sdr. juga boleh mengirimkan puisi tersebut di majalah terbitan DBP kepada: Editor, Majalah Dewan Pelajar/Majalah Dewan Siswa/Majalah Dewan Sastera/Majalah Pelita Bahasa (pilih yang mana difikirkan perlu), Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.  

Akhirnya, selamat mencuba! Menulis teruskan menulis! Selamat berjaya!

Lain-lain17.12.2008
12

Kembali ke atas