Ting Sin Mee Jul 31st, 4:57pm Apakah beza pernggunaan perkataan "disemadikan" dan dikebumikan"? | Perkataan disemadikan dan dikebumikan, kedua-duanya membawa maksud yang sama, iaitu bertujuan untuk menguburkan jenazah/mayat yang telah meninggal dunia. Untuk lebih jelas, mohon rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Istilah | 31.07.2015 |
"Pusara Pak Long, Mak Long dan sepupu mereka berdua dikebumikan secara sebelah-sebelah." Betulkah ayat ini? | Cadangan ayat yang betul ialah: 1. Jenazah Pak Long dan Mak Long dikebumikan bersebelahan dengan sepupunya. 2. Pusara Pak Long dan Mak Long bersebelahan dengan sepupunya. | Tatabahasa | 25.03.2021 |
Yang manakah antara ayat di bawah yang lebih tepat dari segi penggunaannya? Ayat 1: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada keesokan hari iaitu 29 Oktober 2010. Ayat 2: Ah Chong telah meninggal dunia semalam, 27 Oktober 2010 dan akan dikebumikan pada hari esok iaitu 29 Oktober 2010. Terima kasih. | Kedua-duanya tepat betul, penggunaannya bergantung pada penegasan. | Tatabahasa | 28.10.2010 |
Salam sejahtera tuan, Jenazah negarawan yang terkenal itu akan ______________ pada tengah hari esok. A dikuburkan C disemadikan B ditanamkan D dikebumikan Mana satukah jawapan yang sesuai? Adakah jawapan C dan D, kedua-dua boleh diterima? Terima kasih atas bimbingan tuan. Daripada Sin Mee, Sibu | Salam sejahtera, Jenazah negarawan terkenal itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. | Lain-lain | 31.07.2015 |
1.tapak tangan dlm rungus 2.Upacara memindahkan tulang dari keranda atau tajau untuk dikebumikan dlm lundayeh | Soalan yang diberi tidak difahami. Sila kemukakan semula soalan dengan lebih jelas. | Lain-lain | 06.11.2020 |
apa makna mumia | Mumia bermaksud mayat manusia atau bangkai binatang yang diawet sebelum dikebumikan (seperti yang diamalkan pada zaman Mesir kuno); memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput degan cara melumurkan minyak khas dsb. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 25.07.2012 |
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. | 1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan. | Tatabahasa | 05.10.2008 |
1.Beberapa unit bangunan baharu akan membina sebagai pusat rekreasi untuk orang ramai berkelah 2.Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh cabaran dan mereka tidak pernahmenyerah kalah selain memiliki semangat juang yang kekal. 3.Kawasan tanjung berpasir putih itu berpotensi untuk bermaju sebagai kawasan pelancongan dan riadah 4.Raja kecil mengarahkan supaya jenazah ayahandanya dikebumikan di makam diraja 5.Ibu membeli tiga tangkal rambutan daripada kedai Pak Usin 6.Pada masa ini,anak-anak remaja tidak mengisahkan teguran dan lendapat orang tua terutamanya dalam aspek keagamaan Tuan,Saya nak tanya apakah kesalahan imbuhan di atas? | 1. Rujuk perkataan membina. Imbuhan yang betul ialah dibina. 2. Rujuk perkataan kepunyaan. Imbuhan yang betul ialah mempunyai. 3. Rujuk perkataan bermaju. Imbuhan yang betul ialah dimajukan. 5. Rujuk perkataan daripada. Perkataan yang betul ialah dari. Sila betulkan juga ejaan tangkal kepada tangkai. 6. Rujuk perkataan mengisahkan. Perkataan yang betul ialah mengendahkan. Sila betulkan juga ejaan lendapat kepada pendapat. | Tatabahasa | 10.01.2021 |
Kerajaan mengambil keputusan agar jenazah bekas menteri kabinet itu dimakamkan di Makam Pahlawan Adakah ayat ini betul? | Penggunaan perkataan 'dimakamkan' hanya digunakan untuk orang yang dihormati seperti para nabi, para wali dan keluarga diraja. Menerusi penggunaan ayat di atas penggunakan perkataan 'dimakamkan' tidak sesuai bahkan terdapat perkataan yang lebih tepat iaitu 'dikebumikan' | Tatabahasa | 02.09.2012 |