Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikecilkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan DBP, adakah wujudnya cerita (predikat) yang berbentuk klausa? Klausa sebegini dinamai klausa predikat oleh Tuan Asraf di dalam buku beliau Petunjuk Bahasa Melayu KBSM (1989) pada halaman ke-210. Contoh ayat yang bercerita klausa: Pelita itu sudah dikecilkan apinya. Benda (subjek) frasa nama "pelita itu" dan cerita "sudah dikecilkan apinya". Cerita berbentuk klausa kerana mempunyai benda "apinya" dan cerita "sudah dikecilkan". Keterangan tentang cerita klausa tidak ada di dalam Tatabahasa Dewan, tetapi bolehkah kita kira bahawa cerita klausa tidak wujud di dalam nahu bahasa Melayu? Keterangan Tuan Asraf waras pada saya. Pohon tuan meneliti ayat-ayat contoh yang saya berikan dalam WordPad, adakah cerita-cerita di dalam ayat contoh WordPad berbentuk klausa?Tuan, soalan yang memerlukan penyelidikan dan kajian ini sebaiknya diajukan kepada ahli bahasa yang lebih pakar.
Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.12.2016
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'sang'. Contoh : '...oleh Sang ....'. Perkataan sang itu harus dikecilkan atau harus menggunakan huruf besar? Sekian terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.Tatabahasa20.01.2015
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan 'ala' dalam tajuk, harus menggunakan huruf kecil atau besar? Contoh: 'Resepi Hebat Ala Barat' atau 'Resepi Hebat ala Barat'? Sekian, terima kasih.Perkataan yang dikecilkan dalam tajuk ialah jenis kata sendi seperti dan, untuk , kepada dan sebagainya.  "Ala" pula berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud menurut gaya.  "Ala" bukan kata sendi.  Jadi perkataan "ala" tidak perlu dikecilkan.Lain-lain19.12.2014
"diperkecilkan" atau "diperkecil" oleh golongan masyarakat. yang manakah betul?Kata terbitan yang betul ialah memperkecil dan mengecilkan, bentuk pasifnya diperkecil dan dikecilkan.Tatabahasa01.06.2015
IKLAN PAPAN TANDA SAYA MELEBIHI 2MB, IAITU 4.3 MB. JADI APAKAH SAYA PERLU LAKUKAN UNTUK DAPATKAN PENGESAHAN BAHASA DR DBP?Saiz iklan tuan hendaklah dikecilkan mengikut saiz yang telah ditetapkan. Sila kemukakan visual dalam bentuk jpeg atau gif.Lain-lain23.02.2015
Adakah wujud perkataan "dipecahkecilkan" atau "dipecah kecil"? Contoh ayat: "Peruntukan ini tidak boleh dipecahkecilkan". Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai untuk digunakan?Untuk makluman tuan, kami tidak mempunyai data bagi perkataan tersebut. Akan tetapi, kami mencadangkan supaya digunakan ayat, "Peruntukan ini tidak boleh dikecilkan" kerana maksudnya masih sama.
Lain-lain08.07.2015

Kembali ke atas