Adakah ada pengunaan ayat "dikecualikan" ? Contoh ayat : Semua pekerja mulai hari ini "dikecualikan" bertugas akibat wabak Covid-19. | Perkataan "dikecualikan" berasal daripada perkataan "kecuali" yang membawa maksud melainkan, selain, lain daripada; yang menyimpang daripada kebiasaan, yang tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali; ada kecualinya; tidak berpihak kepada(bersekutu dengan) mana-mana pihak, berdiri sama tengah. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, cadangan ayat yang gramatis ialah: Mulai hari ini, semua pekerja dikecualikan daripada bertugas akibat wabak Covid-19. | Tatabahasa | 12.01.2021 |
Ayat yang manakah betul? (a) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak dikecualikan. (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Ayat yang betul: (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Makna | 28.10.2015 |
Tuan, 1. Setiap insan pasti mempunyai kawan yang baik, saya juaga tidak (terkecuali / dikecualikan / dikecuali)? Adakah ayat di atas gramatis? apakah imbuhan yang betul bagi perkataan 'kecual' dalam ayat di atas? Terima kasih. | Menurut data kami, ayat yang gramatis ialah setiap insan pasti mempunyai kawan yang baik, saya juga tidak terkecuali. | Tatabahasa | 06.02.2017 |
Adakah "murid-murid sekalian" betul? "Sekalian" membawa maksud semua, adakah kata ganda hendak dikecualikan? | Perkataan sekalian bermaksud semua, oleh itu memadai dengan murid sekalian. | Tatabahasa | 07.09.2013 |
Apa terjemahan untuk perkataan "Errors and omissions excepted"? Ia digunakan dalam bidang undang-undang. | "Errors and omissions excepted" diterjemahkan sebagai "kesilapan dan kelalaian dikecualikan". | Makna | 13.12.2018 |
Cikgu Dewan, Tatabahasa Dewan mengatakan bahawa kata sendi nama "kepada" boleh digunakan untuk makna menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Perhatikan bahawa unsur mujarad tidak dikecualikan untuk menjadi sasaran kepada sesuatu kata kerja. Jadi, mengapakah bentuk frasa "tertumpu pada pelajaran" betul, sedangkan kata sendi nama "kepada" digunakan untuk menyatakan sasaran unsur mujarad? Saya rasa bentuk frasa yang betul patutlah "tertumpu kepada pelajaran". Dalam frasa ini, kata nama "pelajaran" ialah unsur mujarad yang menjadi sasaran kepada perbuatan kata kerja "tertumpu". Apakah pendapat DBP tentang soal bahasa ini? Contoh yang lain: 1. bergantung pada/kepada semangat ketabahan 2. memberikan penegasan pada/kepada bahagian itu dalam predikat 3. menumpukan perhatian pada/kepada bidang sintaksis 4. memberikan pengkhususan pada/kepada bidang morfologi Tolong tentukan penggunaan kata sendi nama yang tepat dalam keempat-empat ayat yang saya berikan. Saya memerlukan satu penjelasan tentang isu kata sendi nama ini. Terima kasih DBP! | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 275, kata sendi nama "pada" antaranya berfungsi sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Maka, kata sendi nama yang sesuai dengan konteks ayat yang tersebut ialah: 1. bergantung pada semangat ketabahan 2. memberikan penegasan pada bahagian itu dalam predikat 3. menumpukan perhatian pada bidang sintaksis 4. memberikan pengkhususan pada bidang morfologi
| Tatabahasa | 20.07.2014 |
DBP, Terima kasih atas makluman tersebut. Menerusi pemerhatian, terdapat surat-surat, terutamanya surat rasmi khusus yang mempunyai kepala surat ketua agensi/menteri, rujukan fail dan tarikh ditulis di ruang atas sebelah kiri. Apakah pandangan DBP terhadap amalan yang tidak mematuhi PP Bil. 5/2007? Adakah surat sebegini dikecualikan daripada PP tersebut? Sekian, terima kasih. Ngoo | Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. Pihak DBP menggalakkan jabatan dan agensi awam mematuhi garis panduan ini. Pihak DBP bersedia untuk memberikan kursus penyediaan surat rasmi supaya penulisan surat rasmi lebih berkualiti dari segi penggunaan bahasa dan format. | Lain-lain | 13.10.2010 |
Salam sejahtera. Senaraikan 16 pola kekecualian keselarasan huruf vokal serta contoh penggunaan setiap pola pada perkataan Daripada, rajes | Keselarasan huruf vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal di suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Contoh: alih, untung, tidor, lebih, dsb.. Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Terdapat 18 pola keselarasan vokal, iaitu: 1. a-a (asah, balak) 2.a-i (alih, balik) 3. a-u (asuh, datuk) 4. e pepet - a (emas,kelam) 5.e pepet -i (lebih, betik) 6. e pepet - u (telur, tempuh) 7. e taling - a (elak, dewan) 8. e taling - e taling (leceh, gelek) 9. e taling - o (esok, telor) 10. i - a (ingat, kilang) 11. i - i (intip, sisih) 12. i - u (riuh, tidur) 13. O - a (otak, borang) 14. O - e taling (oleh, boleh) 15. O - o (obor, borong) 16. u - a (ubat, tumpang) 17. u - i (usik, kuih) 18. u - u (untuk, tunduk) Perkataan daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris dikecualikan daripada sistem keselarasan huruf vokal. Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dilakukan melalui penyesuaian huruf dengan mementingkan bentuk ejaan dan bentuk visual perkataan tersebut. Kata serapan daripada bahasa Arab/Inggeris/nusantara kebiasaannya tidak mengikut pola keselarasan vokal, kata serapan ini ada pola khas untuk mengejanya. Saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu (halaman 10-14). | Tatabahasa | 23.01.2013 |
Apakah perbezaan antara hari kelepasan am dan hari pelepasan am. Apakah perbezaan dan penggunaannya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "kelepasan" membawa maksud keadaan lepas (bebas); kebebasan; waktu rehat atau hari cuti, manakala "pelepasan" pula bermaksud perbuatan atau hal melepaskan; perihal dikecualikan daripada sesuatu (cukai dan lain-lain). Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, cadangan penggunaan yang betul ialah "kelepasan am". | Makna | 01.02.2022 |
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan penggunaan singkatan dalam istilah islamik. Mengapakah SAW dieja rapat tanpa titik tetapi R.A. dieja ada titik? Bukankah konsepnya sama, iaitu singkatan? Sefaham sy, jika akronim memang dieja tanpa titik dan menggunakan huruf besar. Namun, SAW, SWT, RA merupakan kata singkatan. Bolehkah pihak DBP terangkan? Sekian, terima kasih. | Ejaan perkataan SWT dan SAW dikecualikan daripada dieja bertitik kerana perkataan ini merupakan kalimat khusus untuk mengagungkan dan memuliakan hanya untuk Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Perkataan lain seperti r.a. dan a.s. dieja bertitik. | Ejaan | 01.02.2021 |