Ayat di bawah, yang mana satu adalah benar? "Adalah juga" atau "juga adalah" atau "juga"? Contoh : 1)Pihak tuan "adalah juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 2)Pihak tuan "juga adalah' dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. 3)Pihak tuan "juga" dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. | Ayat yang betul ialah : 3)Pihak tuan juga dikehendaki mengemukakan Akaun Perbadanan Pengurusan A. Untuk makluman, kata pemeri 'adalah' hadir di hadapan farasa adjektif dan frasa sendi nama.Penggunaan kata pemeri 'adalah' amat terbatas dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu.Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. | Tatabahasa | 31.10.2011 |
Anda dikehendaki menyediakan 5 contoh kata aluan dr 5 org yg berbeza bagi program tersebut : Persidangan bahasa dan sastera Kolokium sejarah, bahasa dan budaya melayu. Boleh tak tlg bg contoh kata aluan bg program tersebut. | Untuk makluman puan, sebelum membuat kata alu-aluan, puan hendaklah mengetahui tetamu jemputan. Setiap tetamu mempunyai kata sapaan yang tersendiri yang bersesuaian dengan pangkat. Puan boleh merujuk lama sesawang prpm.dbp.gov. my untuk carian kata sapaan/alu-aluan yang bersesuaian dengan pangkat tetamu tersebut. | Tatabahasa | 06.11.2013 |
Saya dikehendaki membuat satu kertas kerja mengenai latar belakang Dewan Bahasa dan Pustaka. Masalah saya sekarang, sukar bagi saya untuk mendapatkan maklumat berkenaan DBP walaupun saya sudah melayari laman web serta menjankan usaha mencari maklumat dalam buku-buku ilmiah yang lain. Diharap DBP boleh memberi saya jalan untuk mencari maklumat berkenaan. | Sdr dinasihat agar menulis surat kepada Pengarah Komunikasi Korporat, Aras 11, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Bersama-sama ini dilampirkan bahan rujukan tentang DBP yang dipetik daripada Katalog Awam dalam Talian Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Jikalau sdr ahli Rakan Dewan, sdr boleh meminjam atau membuat penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka | Syed Nasir Ismail | Dewan Masyarakat Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dalam perkembangan Bahasa Melayu di Sabah | Zaini Oje dan Hjh. Asmiah Hj. Ajamain | Wadah Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka: ka-arah mengembangkan bahasa Melayusa-chara lebeh progresif Citra Dewan Bahasa dan Pustaka | Abdul Rahman Yaakub | DBP 2003 | Lain-lain | 28.02.2008 |
Salam, yang manakah yang benar "dikehendaki oleh mereka" atau "mereka kehendaki" ? | Kedua-dua "dikehendaki oleh mereka" dan "mereka kehendaki" adalah betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
yang mana satukah ejaan yang betul, "dikehendaki" atau "dikehendakki"? | Ejaan yang betul ialah dikehendaki. | Ejaan | 28.08.2009 |
pengusaha restoran itu dikehendaki -------------- daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. apakah jawapan yg paling sesuai.. memberhentikan atau menghentikan.. | Perkataan yang paling tepat ialah "berhenti". Pengusaha restoran itu dikehendaki berhenti daripada berniaga berhampiran longkang yang tersumbat itu. | Tatabahasa | 28.10.2013 |
Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. | Adakah kereta Proton Saga,(kereta) dikehendaki huruf besar?kalau tidak,mengapa? Dalam Buku Aktiviti Jilid 2(m/s 73),kereta Proton Perdana,(kereta)ditulis huruf kecil. Perkataan 'kereta' termasuk dalam kategori kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit maka ditulis dengan huruf kecil. Untuk maklumat lanjut rujuk Tatabahasa Dewan, bab 6- Kata Nama. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Tolong betulkan ayat berikut: 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menjerat ikan. 2. karim sedang memperbaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai di sekolah kerana keinggalan bas. terima kasih | 1. Para nelayan pantai dikehendaki mempelbagaikan cara menangkap ikan. 2. Karim sedang membaiki basikal. 3. Aimin memaklumkan dia terlambat sampai ke sekolah kerana ketinggalan bas. | Tatabahasa | 03.05.2011 |
dapat memanjang dan mengecut | Untuk makluman saudara entri kamus rujukan kami ialah perkataan bukan makna perkataan yang dikehendaki. Sila rujuk entri kamus satu per satu untuk melihat dan mendapatkan maksud yang dikehendaki. | Lain-lain | 07.04.2010 |
Salam, Saya ingin bertanya yang mana adalah betul " beserta ' atau ' berserta' Contohnya ayat : Pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan 'beserta/berserta' bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Ejaan yang betul ialah berserta. Contoh ayat uang betul pula ialah pemohon dikehendaki mengemukakan borang permohonan berserta bayaran sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus. | Lain-lain | 02.02.2010 |