Pencuri itu dikejar oleh "orang ramai" atau"ramai orang"??? Yang manakah betul dan mengapa jawapan tersebut betul? | Ayat yang betul - Pencuri itu dikejar oleh orang ramai. 'orang ramai' dalam ayat tersebut merupakan frasa nama yang merujuk kepada masyarakat. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?) | Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.
| Tatabahasa | 19.05.2013 |
contoh ayat aktif dan ayat pasif | Contoh ayat aktif - Ia menyepak bola, contoh ayat pasif - Ahmad dikejar anjing | Tatabahasa | 05.10.2007 |
1. kain itu (berlatar, berlatarkan ) warna gelap. 2.pihak Badan Pencegah Rasuah telah ( mengumpul , mengumpulkan ) maklumat tentang pembelian kereta itu.yang mana satukah yang betul? 3.tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu kerana prinsip perjuangannya berbeza. Apakah kesalahan ayat ini? 4. i)mangsa kemalangan itu dikejar ke hospital oleh pemandu teksi itu. ii) mangsa kemalangan itu dikejar oleh pemandu teksi itu ke hospital. yang mana satukay yang betul? sila beri tunjuk ajar. terima kasih. | 1. Kain itu berlatar warna gelap. 2. Pihak Badan Pencegah Rasuah telah mengumpulkan maklumat tentang pembelian kereta itu. 3. Ayat yang betul ialah: Tidak mustahil kumpulan itu akan bersatu walaupun prinsip perjuangannya berbeza. 4. Ayat yang betul ialah : Mangsa kemalangan itu dikejarkan ke hospital oleh pemandu teksi itu. Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 25.05.2010 |
Apakah ciri-ciri ayat pasif? | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan bermula muka surat 411. | Tatabahasa | 07.05.2007 |
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih | 1. Ayat yang betul ialah ayat (ii) 2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memutarbalikkan. | Tatabahasa | 03.08.2010 |
Bagaimana penggunaan imbuhan ber- ke atas kata kerja membawa perubahan apa kepada makna asal kata dasar tersebut? dan mengapa perlu menggunakan imbuhan ber- ke atas kata kerja? contoh seperti kata dasar kata kerja: tindik, tari, mandi Contohnya: Lari ialah sejenis kata kerja. Bagaimana imbuhan ber- membawa pengaruh kepada maksudnya? Contoh ayat: Dia lari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing. Dia berlari sekuat-kuat hati kerana dikejar anjing. | Awalan beR- diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 161 - 170: Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar. Namun begitu, terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu. Perbincangan tentang aspek makna pada perkataan yang berwalan beR- akan dibuat mengikut jenis golongan kata bagi kata dasar yang bergabung dengannya, iaitu sama ada kata kerja, kata nama atau kata adjektif. Contohnya, beR- yang memberi makna melakukan perbuatan dengan maksud seperti yang terkandung dalam kata dasar, tukar - bertukar, pekerja itu sudah bertukar ke Ipoh. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman berkenaan. | Tatabahasa | 06.11.2014 |
Selamat petang. Saya Cikgu Yew dari SJKC Desa Jaya , Kepong. Saya menghadapi masalah dari segi tatabahasa. 1. sekumpulan kunang-kunang. Adakah penjodoh bilangan ini betul? Dalam Kamus Dewan ada tertulis "sekumpulan semut". Adakah "kumpulan" merujuk kepada haiwan kecil seperti serangga ? 2. berlari tunggang-langgang ketika dikejar anjing. Adakah kata ganda berentak ini salah? Saya sudah rujuki Kamus Dewan, jawapannya betul. Namun, guru-guru BM di sekolah saya kata tak sesuai. | 1. Kumpulan bukan penjodoh bilangan, sebaliknya unit untuk dirangkaikan dengan kata nama yang sesuai dengan maksudnya. 2. Perkataan "tunggang-langgang" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2016 |
Saya Nik-azfar Nikdeha sedang belajar Bahasa Melayu dasar, di Pusat Bahasa Antarabangsa ingin bertanya.Tentang tatabahasa melayu ayat pasif yang saya tidak faham.Terima kasih. | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing).Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 483. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
Mohon bezakan aspek pasif dengan songsang. Agak mengelirukan. Apakah panduan atau kata kunci untuk bezakan kedua-dua aspek. Terima kasih. | Ayat Pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya: Kucing dikejar oleh anjing (daripada: Anjing mengejar kucing). Bagi membantu saudara mendapatkan ciri-ciri ayat pasif, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan, halaman 458. Manakala Ayat Songsang pula terbentuk melalui proses pendepanan atau penjudulan seluruh predikat atau sebahagian predikat. Walau bagaimanapun proses pendepanan secara berasingan boleh berlaku,iaitu pendepanan frasa adjektif, pendepanan frasa kerja dan pendepanan frasa sendi nama. Untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 478. | Tatabahasa | 20.10.2010 |