Kata sendi nama “dari” untuk tempat. Bagaimana dalam konteks Syurga sebagai sumber asal Adam dalam ayat ini. Adam dikeluarkan dari syurga atau Adam dikeluarkan daripada syurga kerana melanggar perintah Allah SWT. Mana yang betul? | Adam dikeluarkan dari syurga kerana merujuk kepada tempat (syurga). | Tatabahasa | 20.03.2018 |
Yang manakah pengunaan ayat yang betul: 1- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai daripada tarikh surat kelulusan dikeluarkan ATAU 2- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut mulai dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan ; ATAU 3- pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan. | Ayat yang betul ialah, "pemohon diberi kebenaran mengunakan kenderaan tersebut bermula dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan", seperti dalam ayat kedua. | Tatabahasa | 05.02.2014 |
Apakah maksud perkataan "dikeluarkan oleh"? adakah perkataan ini membawa maksud diperbuat oleh ataupun diedarkan oleh atau sebaliknya... | Dikeluarkan oleh boleh membawa maksud diperbuat oleh, walau bagaimanapun diedarkan oleh tidak membawa maksud diperbuat oleh. | Makna | 05.07.2007 |
Yang mana paling tepat: a) Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan dari / daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Dikeluarkan daripada kekejaman agama-agama kepada keadilan Islam, dan daripada dunia yang sempit kepada keluasan dunia serta akhirat. | Tatabahasa | 22.03.2012 |
salam.Saya ingin bertanya adakah sesuatu surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan-badan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapat pemantauan daripada pihak DBP? hal ini kerana, beberapa bulan yang lepas, saya terbaca surat yang dikeluarkan oleh pihak bomba terdapat banyak kesalahan bahasa termasuk ejaan lama. bukankan surat tersebut merupakan surat rasmi dan sebagai satu badan yang dikenali umum, saya berpendapat kesalahan tersebut tidak wajar dilakukan. diharap pihak DBP dapat memantau hal ini.terima kasih. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peyemak atau memantau surat daripada mana-mana agensi secara langsung. Walau bagaimanapun, Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa untuk masyarakat pengguna bahasa di sektor awam dan swasta untuk menyemak penggunaan bahasa yang digunakan di jabatan masing-masing. | Lain-lain | 24.10.2008 |
kamus dewan akan keluar edisi kelima ke? bila?betulkah kamus ini setiap tahun akan dikeluarkan? | Buat masa ini belum ada cadangan untuk menghasilkan Kamus Dewan Edisi Kelima kerana Edisi Keempat baru dikeluarkan pada 2005. Kamus Dewan tidak diterbitkan setiap tahun, tetapi bergantung kepada pertambahan kosa kata bahasa Melayu yang semestinya memerlukan penyelidikan yang teliti bagi setiap entri. Walau bagaimanapun, pihak kami mengalu-alukan sebarang cadangan serta komen daripada pengguna bahasa untuk memantapkan lagi pengisian kamus akan datang. | Lain-lain | 04.01.2007 |
Adakah DBP terlibat sebagai penyemak ayat-ayat peraturan Kerajaan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia? Mohon DBP menyemak pekeliling Kerajaan kerana ayat dalam pekeliling mengelirukan dan tidak sampai maksud.... Mohon bantuan DBP berhubung isu ini. | Untuk makluman puan, setiap pekeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan telah melalui proses penyediaan yg ditetapkan dan disemak oleh pihak-pihak yg berkepentingan. Setakat ini, tidak diwajibkan pekeliling disemak dan disahkan penggunaan bahasanya oleh DBP. Walau bagaimanapun, pihak JPA telah melantik perujuk bahasa atau pegawai bahasa di setiap kementerian dan DBP bersedia membantu mana-mana pihak yang memerlukan nasihat berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. | Lain-lain | 24.10.2023 |
Assaalamualaikum... Bagaimana untuk mendapatkan borang biasiswa DBP. dan apakah syarat-syarat untuk memohon biasiswa tersebut? Bilakah borang akan dikeluarkan? | Borang biasiswa DBP boleh diperolehi di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia Tingkat 7 Menara DBP.Iklan biasiswa akan dikeluarkan dalam akhbar tempatan sekitar bulan Mei/Jun 2008.Syarat-syarat tawaran ialah telah mendapat tempat untuk ijazah pertama dalam bidang bahasa/sastera/penerbitan di IPT tempatan dan lulus dengan cemerlang dalam STPM. | Lain-lain | 10.03.2008 |
assalamualaikum, dalam telegram ada dbp dalam tu ada banyak istilah baru dikeluarkan , saya nak tanya dimana saya boleh cari istilah istilah itu secara dalam talian, saya mahu search dengan mudah? | Selain daripada media sosial rasmi DBP, saudara boleh mendapatkan istilah-istilah bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh DBP melalui: 1) Portal Jendela DBP (jendeladbp.my) melalui ruangan Peka Bahasa 2) Portal Gerbang Kata (ekamus.dbp.gov.my) melalui ruangan Istilah Semasa dalam Talian | Istilah | 27.03.2023 |
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman. | Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan". | Tatabahasa | 03.11.2015 |