Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi. | Saudara, Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. | Lain-lain | 19.12.2009 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang terjemahan yang sesuai bagi "Policy Last Updated", yang mana antara berikut sesuai digunakan? 1. Kali Terakhir Dasar Dikemas Kini 2. Kali Terakhir Dikemas Kini Dasar Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dicadangkan padanan bahasa Melayu ialah Tarikh Akhir Dasar Dikemaskinikan. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.12.2017 |
Karya net tidak boleh diakses | Karya net sedang dikemas kini | Tatabahasa | 15.07.2008 |
Salam... saya dah cuba buat carian di laman web pihak tuan tapi tak jumpa cara ejaan yg tepat... utk perkataan berikut sama ada dieja rapat atau jarak: 1.dikemas kini /dikemaskini? 2.mengemas kini / mengemaskini? 3.pengemaskinian? ( wujud ke ayat tu). Terima kasih | Ejaan yang betul ialah dikemas kini, mengemas kini dan pengemaskinian. Perkataan kemas kini apabila menerima imbuhan pada awal atau akhir perkataan sahaja, ejaannya dua perkataan dan apabila menerima imbuhan pada awal dan akhirnya seperti pe-...-an dalam pengemaskinian baharulah dieja satu perkataan. | Ejaan | 22.11.2012 |
adakah laman arkib soalan sudah ditutup? | Untuk makluman saudara medan arkib sedang dikemas kini untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pengguna bahasa Melayu. | Lain-lain | 21.09.2011 |
Berapa kerapkah korpus DBP dikemas kini dan adakah semua terbitan bahasa Melayu dimasukkan ke dalam korpus tersebut? | Korpus DBP telah dibangunkan beberapa tahun dahulu dan belum lagi dibuat kemas kini. Kami berpandangan tidak semua terbitan berbahasa Melayu dimasukkan dalam korpus, lebih-lebih lagi terbitan terkini. Sumber korpus boleh dilihat melalui http://sbmb.dbp.gov.my/korpusdbp/Report/SenaraiBahan.aspx. Korpus DBP merupakan antara fungsi Bahagian Peristilahan, DBP. | Lain-lain | 01.06.2020 |
IMBUHAN 'MENCONTOH' ATAU 'MENCONTOHI' YANG LEBIH TEPAT. KERAP JUMPA DALAM BUKU RUJUKAN SEJAK AKHIR-AKHIR INI TETAPI BELUM PERNAH JUMPA SEJAK BILA DIUBAH ATAU DIKEMAS KINI. TERIMA KASIH. | kedua-dua perkataan tersebut betul dan boleh digunakan mengikut situasi mencontoh bermaksud mengambil jadi contoh, meneladan, meniru, mencontohi pula bermaksud membuat sesuatu dgn mengikut contoh, meneladani. Untuk keterangan lanjut sila lihat Kamus Dewan Edisi 4 | Makna | 24.07.2007 |
Salam Sejahtera. Saya telah pun menghantar semula Iklan syarikat saya 9 Lautan dan diharap pihak DBP dapak menyimak semula. Pembetulan telah pun di hantar melalui permohonan yang dikemas kini. Terima kasih. | Iklan tersebut telah diluluskan pada 14 April 2017 dan tuan/puan boleh mencetak sijil pengesahan. | Lain-lain | 13.04.2017 |
Salam, Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan "penforum" dalam kamus dewan edisi terbaru kerana saya telah semak secara online di website ini dan hasil carian "tiada di dalam kamus" atau mungkin tidak dikemas kini. Saya juga ingin bertanya, adakah "Anugerah Penforum Terbaik" masih digunakan dalam Pertandingan Forum Remaja Sekolah ? Jika perkataan "penforum" tidak wujud dan masih dikekalkan penggunaannya dalan Pertandingan berprestij tersebut, saya kira, nama anugerah itu wajar diubah kepada "Anugerah Ahli Panel Terbaik". Terima kasih. | Pertandingan Forum Remaja Peringkat Kebangsaan (anjuran DBP) menyediakan hadiah kepada "Ahli Forum Terbaik". Kami tidak menggunakan perkataan Penforum Terbaik. Sebarang cadangan nama baharu untuk hadiah dalam pertandingan tersebut akan kami majukan kepada pihak urus setia di Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera. | Tatabahasa | 15.02.2013 |
apakah kesalahan atas permohonan saya? | Jika pertanyaan tuan berkaitan dengan permohonan pengesahan iklan, sila layari portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan lihat ulasan yang diberi. Setelah dibuat pembetulan, sila hantar semula visual yang telah dikemas kini. | Lain-lain | 19.08.2016 |