Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan borang permohonan yang perlu ditandatangan oleh pihak tuan dan mohon dikembalikan semula kepada pentadbiran ini sekiranya pihak tuan bersetuju dengan permohonan 'tersebut'.Dimaklumkan juga di sini tuan adalah Pegawai Pengawal bagi permohonan 'tersebut'.(bolehkah perkataan tersebut itu diulang 2 kali? | Cadangan kami: Dimaklumkan bahawa tuan ialah Pegawai Pengawal bagi permohonan .... Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan borang permohonan yang perlu ditandatangani oleh pihak tuan dan mohon dikembalikan semula kepada pentadbiran untuk urusan selanjutnya. | Tatabahasa | 09.10.2012 |
Di sini saya sertakan dokumen yang berbahasa Inggeris yang telah digunakan. | Dokumen yang dilampirkan dalam proses semakan dan akan dikembalikan kepada tuan melalui e-mel dalam tempoh seminggu. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.12.2015 |
Assalam/Salam sejahtera. Boleh tahu istilah yang betul untuk cashback dalam bahasa Melayu Terima kasih | Waalaikumsalam, Pihak kami mencadangkan pulangan tunai atau wang tunai dikembalikan, bergantung pada konsep dan penggunaan ayat tersebut. | Istilah | 18.08.2020 |
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini. | Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian). Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan). | Istilah | 15.04.2021 |
Salam, adakah e-kamus dbp sudah tiada ejaan jawi? Sebelum ini saya hanya menggunakan kamus ini untuk menyemak ejaan jawi, tetapi hari ini sudah tiada features tersebut. Saya harap features ini tidak dimansuhkan atau dikembalikan kerana ianya menyukarkan saya untuk menyiapkan kerja kursus saya yang perlu ditulis dalam tulisan jawi. Terima kasih | Ejaan Jawi masih disediakan dalam laman web PRPM. Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku. | Ejaan | 12.04.2022 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera pihak DBP bahagian sintaksis/tatabahasa. Saya mengalami kekeliruan dalam bidang ini dan beberapa persoalan untuk diajukan. Seperti yang kita sedia maklum, setiap ayat yang ditulis mahupun diucapkan sama ada panjang atau pendek dapat dikembalikan kepada ayat dasar ataupun ayat ini yang menjadi dasar kepada pembentukan ayat. Saya mempunyai beberapa pertanyaan mengenai sebuah petikan ini: "Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor. SK Kampung Perman di kawasan pedalaman negeri Johor. Kami tiba di Jeti Pelapol pada pukul 6 pagi. Kami menaiki feri untuk ke sana. Bagi menuju ke sekolah tersebut, kami perlu menongkah arus sungai yang deras. Tepat pada pukul 8 pagi, kami telah tiba di sana. Kami gembira pihak sekolah telah mengadakan sambutan untuk meraikan kedatangan kami." Petikan tersebut mengandungi 7 ayat. Namun, saya mengalami kekeliruan untuk: 1. membezakan ayat majmuk dan ayat tunggal dari segi binaan frasa dan binaan klausa. 2. Selain itu, susunan ayat dan ragam ayat ketujuh-tujuh ayat tersebut mengelirukan saya dalam mengklafikasikan mereka. Bolehkah pihak DBP memberikan pencerahan kepada saya? Saya berharap pihak DBP mampu memberikan penerangan yang baik untuk saya dalam memahami perkara di atas. Saya memerlukan maklumat tersebut untuk mamahamkan saya lagi dalam bidang sintaksis. Terima kasih. | Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Contoh: Pasukan bola jaring kebangsaan kita (subjek) bermain bersungguh-sungguh (predikat). Ayat majmuk pula ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan pencantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Contoh: Ali sedang membac buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik. Ayat asal: (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Berdasarkan penerangan dan contoh ayat ini, sila teliti contoh-contoh ayat yang tuan berikan. Perlu diingat, ayat yang panjang tidak bermakna ayat tersebut ayat majmuk, selagi ayat itu hanya mengandungi subjek dan predikat, ayat itu ialah ayat tunggal. Contoh: Pada hari Ahad yang lepas, rombongan SK Kampung Chalok telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor - ayat ini ialah ayat tunggal. (a) Subjek - rombongan SK Kampung Chalok (b) Predikat - telah mengadakan lawatan ke SK Kampung Perman di Johor pada hari ahad yang lepas. Untuk maklumat lanjut sila baca penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 463 - 514. Tuan juga perlu menguasai aspek subjek dan predikat, rujuk halaman 465 dan 467 buku yang sama. | Tatabahasa | 13.09.2023 |
Bolehkan tuan memberikan terjemahan rasmi bagi perkataan-perkataan berikut? 1. Lock In Period 2. Cash Back 3. Reward Points 4. Air Miles 5. Complimentary | Maklumat yang ada dalam sumber rujukan kami ialah: Cash Back - wang tunai dikembalikan, Reward Points - mata ganjaran, dan Complimentary - pujian atau hadiah ikhlas. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.09.2017 |
Salam sejahtera, saya pelajar yang mahu meminta bantuan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menterjemahkan dokumen yang telah saya terjemahkan daripada Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Di sini saya sertakan dokumen yang berkaitan. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah dihargai. | Dokumen yang dilampirkan dalam proses semakan dan akan dikembalikan kepada tuan melalui e-mel dalam tempoh seminggu. | Tatabahasa | 02.12.2015 |
salam, puisi saya telah tersiar di dalam majalah tunas cipta bilangan 11. setelah tersiar saya mendapat email daripada e-banker tentang kemasukan honorarium. Malangnya setelah saya semak dengan bank tersebut. akaun bank saya telah tamat tempoh dah telah dimatikan. pihak bank mengatakan honorarium terbabit tidak masuk ke dalam akaun bank saya tetapi dikembalikan semula pada pihak dbp. persoalannya, bahagian dbp mana yang saya perlu rujuk tentang permasalahan ini? adakah saya tidak akan dapat honorarium tersebut? terima kasih. | Waalaikumussalam tuan. Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Tuan boleh berhubung dengan Puan Siti Noorisa Abdul Khlil, editor majalah Tunas Cipta melalui e-mel sitinoorisa@dbp.gov.my Terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2020 |
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu. Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut. | Lain-lain | 04.07.2013 |