Siapakah yang menjawab soalan yang dikemukakan di ruangan ini? Terima kasih. | Untuk makluman puan, setiap soalan yang dikemukakan dalam ruangan ini akan dijawab oleh petugas-petugas KNDBP yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan bahasa, sastera, penerbitan dan korporat DBP. Walau bagaimanapun, jika puan mempunyai masalah-masalah tersebut, puan bolehlah mengemukakan pertanyaan tersebut dalam ruangan ini. | Lain-lain | 05.03.2009 |
Ayat manakah yang lebih gramatis? 1. Dengan ini, dikemukakan bersama-sama ini dokumen-dokumen seperti berikut. 2. Dengan ini, dikemukakan bersama ini dokumen-dokumen seperti berikut. | Ayat yang gramatis ialah: Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen seperti yang berikut: | Tatabahasa | 19.08.2022 |
sila beri apakah itu bahasa melayu kebangsaan | Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon agar saudara dapat memberi penerangan dengan soalan yang ingin dikemukakan agar pihak kami dapat membantu saudara. | Lain-lain | 23.08.2007 |
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan. | Perkataan yang dimaksudkan dalam ayat tersebut ialah extract dalam bahasa Inggeris yang bermaksud cabutan. Sila gunakan perkataan cabutan untuk ayat tersebut. | Makna | 20.08.2021 |
Adakah betul penggunaan perkataan ekstrak dalam ayat ini "Bersama ini dikemukakan Laporan Kewangan (ekstrak) bagi tahun 2020 untuk rujukan tuan." Maksud ayat yang cuba disampaikan adalah Laporan Kewangan yang dikemukakan adalah beberapa bahagian sahaja, bukan keseluruhan. Jika dalam Bahasa Inggeris biasanya dibuat "Financial Statements (extract) for the year ended 31 March 2020". | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "extract" ialah yang cabutan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 02.09.2021 |
Salam, apakah penggunaan yang mana kertas cadangan diangkat ke mesyuarat atau kertas cadangan diangkat kepada mesyuarat | Perkataan yang sesuai digunakan pada masa ini ialah "dikemukakan" contohnya: Kertas Cadangan itu akan dikemukakan dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan. | Lain-lain | 14.06.2017 |
Apa perkataan yang betul: dokumen atau dokumen-dokumen sekiranya kita merujuk kepada beberapa dokumen. Contoh ayat: Bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya: | Berdasarkan contoh ayat di atas, ayat yang tepat ialah Bersama-sama ini dikemukakan dokumen berikut untuk pertimbangan tuan selanjutnya. | Tatabahasa | 21.11.2019 |
1. nenek dibacakan adik sepucuk bingkisan yang dikirimi abah.Tolong nyatakan kesalahan perkataan sekiranya ada. 2. alaf baharu. Boleh digunakan ke? | Ayat yang dikemukakan boleh digunakan. Manakalan kata alaf baharu boleh digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan contoh ayat yang dikemukakan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 28.06.2007 |
adakah penggunaan perkataan "ketidakaturan" tidak boleh digunakan memandangkan saya tidak menjumpai maksudnya dalam PRPM? contoh: ketidakaturan dokumen yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN. | Penggunaan perkataan yang betul ialah "tidak teratur". Ayat yang betul ialah Dokumen yang tidak teratur yang dikemukakan oleh Aboo telah menyebabkan permohonan beliau ditolak oleh pihak LHDN. | Tatabahasa | 17.11.2023 |
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. | 1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul. 2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah. 3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi. Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |