Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikenal

Peribahasa

Sebab buah dikenal pohonnya.

Bermaksud :

Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Daun mengenalkan pohonnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan selamat pagi, Antara penggunaan 'dikenali sebagai' dan 'dikenal sebagai', yang manakah lebih tepat? Apakah alasannya? Terima kasih.Perkataan dikenali ialah kata kerja pasif bagi mengenali, manakala dikenal ialah kata kerja pasif bagi mengenal. Mengikut Kamus Dewan mengenali juga bermaksud mengenal. Oleh itu, kedua-dua bentuk kata kerja pasif dikenal dan dikenali adalah betul dan kata kerja dikenali lebih banyak penggunaannya dalam wacana.Tatabahasa06.05.2014
1)dikenal pasti 2)ketidakpuasan 3)disenaraihitamkan1)dikenal pasti 2)ketidakpuasan 3)disenaraihitamkanEjaan29.04.2011
dikenalpasti atau dikenal pasti yang mana satu betul??

Tuan,

Istilah yang tepat ialah dikenal pasti. 

Tatabahasa19.09.2011
1)diguna pakai atau digunapakai 2)dikenal pasti atau dikenalpasti1)diguna pakai 2)dikenal pastiEjaan08.04.2011
Menaiktaraf atau menaik taraf - dikenal pasti atau dikenalpasti - membaik pulih atau membaikpulihEjaan yang betul ialah menaik taraf, dikenal pasti dan membaik pulih.Ejaan02.03.2015
Salam, ingin bertanya tentang perkataan menaik taraf atau menaiktaraf / dikenalpasti atau dikenal pasti. Mana satukah yang merupakan ejaan yang betul dan tepat mengikut penggunaan bahasa terkini. Sekian Terima KasihWaalaikumsalam. Ejaan yang betul ialah "menaik taraf" dan "dikenal pasti".Tatabahasa01.03.2015
apakah kaedah menulis perkataan berikut: (a) "mengenal pasti" atau "mengenalpasti" (b) "dikenal pasti" atau "dikenalpasti" (c) "prefix" sama ada perlu italic atau tidak. (d) "... kategori pekerjaan yang perlu dipertingkatkan (atau ditingkatkan) tahap kemahirannya." Soalannya: mana satu perkataan yang betul, sama ada "ditingkatkan" atau "dipertingkatkan".Kaedah menulis yang betul:

a) mengenal pasti
b) dikenal pasti
c) prefix perlu diitalikkan
d) Jika dirujuk ayat tersebut, ditingkatkan dan dipertingkatkan, kedua-duanya bolah digunakan kerana membawa maksud yang sama.
Lain-lain08.09.2015
Assalamualaikum tuan. Adakah 'dikenal pasti' dan 'mendapat badan yang sihat' tergolong dalam kata kerja tak transitif dengan pelengkap? terima kasih.

Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama:
i. kata kerja transitif
ii. kata kerja tak transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Cth.: Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur.
Contoh kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya.

Sebagai seorang bakal guru saudari perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Oleh itu, untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa04.03.2019
Manakah yang tepat, dikenal sebagai atau dikenali sebagai?Perkataan yang tepat ialah "dikenali sebagai".Tatabahasa21.10.2015
Apakah perbezaan sahabat dan kawan?Maksud "sahabat" ialah "orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya." manakala "kawan" ialah "kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain), sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan. Maka sahabat dan kawan ialah sinonim.

Makna02.01.2023
12345

Kembali ke atas