Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikenang

Puisi
 

Sudah nasib pisang jeranang,
     Berjantung ada berbuah tidak;
Sudah nasib apa dikenang,
     Orang dikenang teringat tidak.


Lihat selanjutnya...(75)
Peribahasa

Mati badan dikandung tanah,
     nama beredar ke mana-mana.

Bermaksud :

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
dikenang-kenangkan atau dikenang-ngenangkan? ada ke kata melebihutamakan?

Perkataan dikenang- kenangkan boleh digunakan namun pastikan dalam konteks yang sesuai. Begitu juga dengan melebihutamakan.

Lain-lain29.10.2010
nama majlis yang sesuai bagi majlis mengenang jasaDalam rujukan kami tiada nama yang khusus berkenaan majlis mengenang jasa. Kami mencadangkan saudara menggunakan "Malam Jasamu Dikenang" atau "Majlis Jasamu Dikenang".Lain-lain18.06.2013
nama majlis bagi mengenang jasaDalam rujukan kami tiada nama yang khusus berkenaan majlis mengenang jasa. Kami mencadangkan saudara menggunakan "Malam Jasamu Dikenang" atau "Majlis Jasamu Dikenang".Lain-lain18.06.2013
jasa para guru yang mendidik kami selama ini (akan dikenang oleh kami). yang manakah satu betul? kami akan kenang, akan kami kenang, kami akan mengenang, akan dikenang oleh kamiYang betul ialah 'akan kami kenang'.Tatabahasa06.08.2008
Boleh tuan cadangkan beberapa tajuk/nama untuk satu majlis persaraan, sebagai contoh "Malam Jasamu dikenang", "Malam Budi Selaut Segunung Intan".

Nama yang biasa digunakan ialah "Majlis/Malam Jasamu Dikenang", selainnya seperti Majlis Perpisahan, Majlis Persaraan atau sebarang nama lain yang sesuai.

Lain-lain16.07.2009
Salam, Bagaimanakah cara penulisan/penggunaan huruf besar dalam pantun popular ini? Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanag, Budi yang baik dikenang juga. Frasa 'Pulau Pandan' dan 'Gunung Daik dijadikan nama khas atau sepatutnya masing-masing ditulis Pulau pandan dan Gunung daik? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Pulau Pandan dan Gunung Daik.Tatabahasa04.09.2014
Apakah padanan istilah dalam bahasa Melayu untuk "Majlis Send Off" yang diadakan pada hari akhir seorang penjawat awam di sesebuah organisasi? Terima kasih.Nama yang biasa digunakan untuk majlis seperti ini ialah Majlis Jasamu Dikenang, Majlis Perpisahan atau Majlis Persaraan.Istilah27.06.2016
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Saya Asma Yadaro , sedang belajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar, ingin bertanya DBP,apakah maksud pantun budi saya minta contohnya juga ,terima kasih.Pantun budi lazimnya cenderung mengetengahkan tentang budi bahasa. Contoh pantun budi ialah:

Bintang di timur cuacanya baik,
   Cahanyanya sampai ke hutan seberang;
Mulut manis hatinya baik,
   Itulah budi dikenang orang.


Puan boleh merujuk buku Kurik Kudi Merah Saga, terbitan DBP untuk mendapatkan lebih banyak lagi contoh pantun Melayu.
Sastera06.11.2013
5. Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada ahli JLAKS yang menerima pingat dan darjah kebesaran seperti berikut: 6. Pengerusi turut mengimbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh enam bulan kedua tahun 2013 seperti berikut: 7. Pengerusi seterusnya memaklumkan terdapat beberapa lagi aktiviti bagi tahun 2013 yang dirancang dan bakal dilaksanakan seperti berikut: a. 15 Nov - Perbarisan Persaraan TPTL, Serah Tugas TPTL dan Majlis Jasamu Dikenang di KDSG. b. 30 Nov - Hari Keluarga Markas Tentera Laut di Kompleks Sukan Air, Putrajaya.Tidak ada pertanyaan yang dikemukakan. Maklumat yang tuan berikan berkaitan dengan minit mesyuarat. Untuk makluman tuan, dalam penulisan minit mesyuarat, Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam 2/1992 menjadi rujukan utama.  Minit mesyuarat ialah dokumen sulit jabatan dan format minit mesyuarat lazimnya ditentukan oleh jabatan masing-masing. Walau bagaimanapun pada kelazimannya dalam ruangan tindakan dimasukkan nama pegawai yang berkenaan (tanpa nama jawatan). Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Bahasa Laporan oleh Asmah Haji Omar, terbitan DBP. Tuan juga boleh merujuk buku tatabahasa atau laman web kami untuk melihat contoh pembentukan dan penggunaan kata yang betul bagi memastikan ayat yang digunakan itu tepat.Lain-lain13.01.2014
12

Kembali ke atas