Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikesali


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini?Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. Makna09.07.2020
Salam, apakah imbuhan yang sesuai untuk ayat ini? Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat menyesalkan. Adakah perkataan 'menyesalkan' sesuai digunakan atau perkataan 'dikesalkan' atau 'dikesali'?Atau mungkin ada imbuhan lain yang lebih sesuai. Harap pihak PRPM dapat membantu saya. Terima kasih.Ayat yang boleh digunakan ialah  "Kamu telah mengalami satu peristiwa yang sangat dikesali."Tatabahasa10.10.2013
Ayat : Sikap sesetengah orang Melayu yang memandang rendah terhadap keupayaan bahasa Melayu amat dikesali soalan: sesuaikah perkataan "terhadap" dalam ayat tersebut digunakan. Bukankah sepatutnya perkataan "tentang" digunakan? ini kerana perkataan "keupayaan" ialah kata abstrak/Kedua-dua boleh digunakan.Tatabahasa20.09.2007
Salam, mohon bantuan terjemahan bahasa Melayu istilah 'anonymization'. Terima kasih.Salam sejahtera,

Puan,

Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi puan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan17.10.2019
Salam sejahtera tuan. Minta pendapat mengenai padanan istilah dalam Bahasa Melayu bagi istilah-istilah berikut dalam bidang Keselamatan Makanan: 1. Probe Calibration 2. Sous-Vide 3. Hot Holding 4. Temperature probe 5. Product recall Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Tuan,

Data kami tiada padanan bahasa Melayu terhadap istilah yang dinyatakan. Pihak kami akan menghubungi tuan jika sudah ada padanan dalam bahasa Melayu.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sekian, terima kasih.
Istilah25.09.2018
Selamat Sejahtara, Saya hendak memberitahu yang laman sesawang http://dbp.gov.my/ atau http://prpm.dbp.gov.my/ tidak dapat di akses. Hanya terpampar kod 404 not found, susah cuba mengunakan aplikasi layar yang lain, tetap mendapat Error kod 404 Not Found. Sekia Terima Kasih Fain WahabTerima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami minta maaf atas kelewatan memberi reaksi. Ketika emel tersebut dihantar server DBP menghadapi masalah. Dan selepas itu boleh diakses seperti biasa. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.Lain-lain05.03.2014
Tahniah terlebih dahulu untuk laman web carian v2. Tapi, saya menghadapi masalah dalam portal carian kamus online. Apabila saya cuba memasukkan sesuatu perkataan, ia memberikan saya ‘carian kata tiada dalam kamus terkini’. Hal ini tidak pernah terjadi sebelum ini. Pautan untuk kamus dewan bahasa/edisi 2,3 & 4 tiada. Mohon perbaiki masalah ini secepat mungkin kerana saya amat memerlukan perkhidmatan kamus bahasa melayu.Terima kasih atas keprihatinan  terhadap sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP kami. Kami akan sentiasa memantau dan memperbaik sistem yang sedia ada ini bagi kemudahan masyarakat sebagai rujukan bahasa Melayu. Segala kesulitan amat dikesali. Sekian terima kasih. Lain-lain25.01.2019
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020

Kembali ke atas