Tuan/Puan, Mohon diterjemahkan perkataan ini. Traceability origin of pepper Jong Chian Lai | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: Asal-usul lada yang dapat dikesan atau maklumat asal-usul lada yang dapat dikesan | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |
Apakah kesalahan yang dapat dikesan pada papan iklan ini: "AIMAN ANEKA NIAGA" | DBP menyemak papan tanda perniagaan yang mempunyai perkataan bahasa Melayu. Jika nama khas yang didaftarkan di Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM), DBP tidak melakukan pertukaran. | Tatabahasa | 25.03.2014 |
terima kasih kerana mengambil tindakan segera.Antara kekeliruan yang dikesan ialah tentang hukum DM dan kekeliruan jawapan yang diberikan bagi kata ganda dan kata majmuk. | Terima kasih menggunakan khidmat nasihat bahasa. | Tatabahasa | 03.12.2010 |
Maksud Detected? | Saudara, Perkataan 'detected' bermaksud dikesan, dijumpai atau didapati. Walau bagaimanapun penggunaan perkataan ini bergantung pada konteks. | Makna | 28.11.2009 |
assalamualaikum,bagaimana kita ingin mengenalpasti kesalahan dalam tatabahasa? | Kesalahan tatabahasa umumnya boleh dikesan dari segi ejaan, penggunaan ayat, pemilihan kata, tanda baca, kata hubung dan hukum D-M. | Lain-lain | 11.05.2007 |
'melentur buluh biarlah dari rebung' 1. adakah peribahasa di atas diterima DBP & Lembaga Peperiksaan? (tak dapat dikesan dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4: yang ada hanyalah 'melentur biarlah waktu rebung') 2. Jika diterima, adakah penggunaan 'dari' dalam peribahasa itu betul? | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu merakamkan peribahasa "Melentur biarlah waktu rebung". Untuk tujuan peperiksaan kami sarankan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia. | Tatabahasa | 19.10.2011 |
Tuan/Puan,saya mahu bertanyakan soalan tentang definis perkataan-perkataan.Apakah maksud jalan-jalan tikus?Terima kasih. Taktik itu dikesan di mana kapal besar dari negara terbabit akan berada di perairan antarabangsa sebelum kapal kecil atau bot nelayan tempatan ini akan ambil seterusnya masuk melalui [jalan-jalan tikus]. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalan tikus bermaksud jalan yang kecil (jalan yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan). | Makna | 29.06.2021 |
Adakah frasa hilang jejak dan apakah maksudnya Teeima kasih | Hilang jejak bermaksud tidak dapat dikesan, tidak dapat dihubungi, tidak diketahui keberadaaan seseorang dan lain-lain. | Makna | 28.06.2020 |
APAKAH KEPENTINGAN PENYUNTINGAN DALAM PROSES PENULISAN? | Penyuntingan dalam penulisan merupakan satu peringkat yang penting kerana melalui cara ini sebarang kelemahan penulisan dari segi bahasa, fakta, kesinambungan idea, kesepaduan, keselaran dapat dikesan dan seterusnya diperbaiki. Penulis perlu mahir dalam aspek penyuntingan kerana apabila manuskrip diserahkan kepada penerbit, urusan penerbitan akan lebih cepat. | Lain-lain | 26.07.2006 |
Penterjemahan Bahasa | Semakan kami terhadap baris yang dimaksudkan adalah seperti yang berikut: "Ketiadaan nama dalam maklum balas SB diutamakan dan dijamin oleh SB sistem dalam talian. Jawapan akan dirahsiakan dan tidak boleh dikesan oleh peserta | Penyemakan dan penterjemahan | 26.05.2014 |