Sememangnya diketahui, PCA adalah satu daripada teknik statistik yang telah banyak diaplikasi dalam bidang mampatan data imej. Soalan : Betulkan penggunaan "Sememangnya diketahui" dan "diaplikasi", atau apakah perkataan yang lebih sesuai atau tepat? | "Sememangnya diketahui" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut di atas. Manakala "diaplikasi" sepatutnya "diaplikasikan" dan sesuai dalam konteks ini kerana maksudnya ialah "digunakan secara praktik atau amali". | Tatabahasa | 03.07.2007 |
Boleh Tuan bantu, ayat yang mana satu yang betul? 1) di tempat kediaman terakhir yang diketahui atau 2) di tempat kediaman diketahui terakhir. Terima kasih. | Frasa yang betul ialah ...di tempat kediaman terakhir yang diketahui... | Tatabahasa | 20.08.2013 |
Sebagaimana yang diketahui, perkataan tuan atau puan sekiranya tidak merujuk kata nama khas kepada seseorang adalah ditulis dengan huruf kecil. Sekiranya perkataan YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan berada ditengah-tengah ayat, adakah T dan P juga hendaklah huruf kecil iaitu YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan. Contoh ayat: "Kami berharap dengan sumbangan daripada YBhg. Dato'/Datin/tuan/puan akan memudahkan urusan pengendalian program ini" atau T dan P hendaklah ditulis huruf besar juga. Sekian, terima kasih atas penjelasan tuan. | Dalam surat rasmi, di bahagian kata sapaan permulaan ayat Tuan/Puan perlu dieja dengan huruf besar. Manakala ejaan tuan/puan di tengah ayat ialah huruf kecil. | Ejaan | 05.05.2020 |
Seperti yang diketahui, karya sastera mempunyai lesen puitika yang membolehkan penulis tidak mengikut aturan tatabahasa. Persoalannya, apakah penggunaan 'ia' boleh digunakan dalam penulisan karya kreatif seperti novel? ('ia' merujuk kepada manusia). Kedua, apakah perlu digantikan dengan perkataan 'dia'?. Terima kasih. | Untuk makluman, 'Ia'merupakan kata ganti nama diri ketiga atau kependekan bagi kata 'dia' dan 'ia' boleh merujuk benda yang dibicarakan tetapi bukan binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu...Untuk lebih jelas, sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4. | Tatabahasa | 15.09.2018 |
Apakah erti atau definisi PENGETAHUAN? | Pengetahuan membawa beberapa makna iaitu, 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui 2. perihal tahu, kepandaian 3. = ilmu ~ segala yg (akan) diketahui atau dipelajari bkn sesuatu | Makna | 11.08.2007 |
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah | Saudara, Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Sepanjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas. | Makna | 04.09.2010 |
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiran | Menurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah: 1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu 2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.) 3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian, | Istilah | 23.09.2014 |
Untuk penulisan surat rasmi, adakah kata panggilan "tuan" boleh digunakan untuk merujuk kepada semua penerima surat, sama ada lelaki atau perempuan? | Jika tidak diketahui penerima surat itu sama ada lelaki atau perempuan, maka hendaklah ditulis dengan tuan, tetapi jika penerima surat itu diketahui seorang perempuan, maka hendaklah ditulis dengan puan. | Tatabahasa | 18.07.2011 |
Seperti yang sudah diketahui, perkataan "bagitahu" adalah bahasa pasar. Walau bagaimanapun, saya ingin kepastian sama ada perkataan tersebut harus dicantumkan atau dipisahkan? Adakah maknanya akan berubah jika ianya dipisahkan? Terima kasih! | Cara penulisan yang betul ialah "bagi tahu" kerana perkataan "bagi" dan "tahu" tidak boleh digabungkan menjadi satu perkataan. | Ejaan | 12.03.2020 |
apakah tips yg harus diketahui untuk menghadiri temuduga... | Tidak ada kriteria khusus tentang soalan yang akan ditanya dalam temu duga. Cuma secara umumnya perkara yang perlu diberi perhatian dan dibuat persediaan sebelum menghadiri sesuatu temu duga ialah: i. pengetahuan calon temu duga tentang bidang tugas jawatan yang dimohon; ii. kemahiran calon temu duga dalam bidang tersebut; iii. nilai-nilai peribadi calon termasuklah kematangan, dedikasi, kejujuran, kepatuhan kepada peraturan dan arahan penyelia, kerajinan, keupayaan memberikan pandangan yang bernas dan praktikal dan sebagainya. | Lain-lain | 30.04.2008 |