| adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa. | Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa. | Lain-lain | 19.10.2012 |
| Saya ingin tahu adakah pantun yang dikhususkan untuk pengacara majlis..contohnya sebagai permulaan bicara dalam suatu acara... | Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan. | Lain-lain | 07.10.2008 |
| Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
| 1.Bolehkah menggunakan kata serapan seperti, edutainment, infotainment. 2.Jika tidak, bolehkah dikhususkan makna sebenar dalam bahasa melayu? 3. Adakah DBP KL mempunyai sebarang koleksi perkataan yang terbaharu seperti di atas. terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah edutainment ialah didik hibur dan padanan untuk infotainment ialah maklumat hibur. Kedua-dua istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Untuk makluman DBP telah menerbitkan pelbagai kamus istilah, glosari istilah dan daftar istilah dalam pelbagai bidang ilmu seperti Teknologi Maklumat, Teknologi Angkasa dan sebagainya. Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Istilah | 13.01.2011 |
| Adakah sebarang pertandingan, kursus, sesi dialog,latihan dan seumpanya diadakan pada masa ini? | Kursus dan latihan dalam jabatan dikhususkan untuk staf DBP manakala pertandingan yang melibatkan penulisan bahasa dan sastera biasa nya disiarkan dalam akhbar tempatan.Sesi dialog tidak diadakan pada masa ini.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2008 |
| Apa bezanya "menjarah" dengan "merampas'? Adakah "menjarah" khususnya merujuk kepada merampas harta orang dalam peperangan? | Menjarah sama maksudnya dengan merampas dan tidak dikhususkan kepada rampasan perang, melainkan sebagai contoh perbuatan merampas tersebut. | Makna | 28.10.2011 |
| salam, saya ingin minta penjelasan tentang nama jawatan residen, residen jeneral, residen british, dan penolong residen, adakah perlu ditulis dengan huruf besar dalam penulisan? terima kasih. | Nama-nama jawatan yang dikhususkan seperti Residen, Residen Jeneral dan Residen British ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 09.05.2017 |
| Cadangan ALLAHYARHAMAH digantikan kepada ALLAHYARHUMUHA kerana makna dari terjemahan bahasa Arab lebih tepat kepada ganti diri perempuan. Terima Kasih | Kamus Dewan juga menakrifkan "Allahyarham" sebagai yang telah meninggal dunia, tidak dikhususkan jantina. Kata "mah" (allahyarhamah) bukanlah penanda jamak, tetapi merujuk jantina, iaitu wanita. Walaupun kata "Allahyarhamah" ini kurang tepat dari segi pembentukan kata dalam bahasa sumber (bahasa Arab), namun kata ini telah mantap penggunannya dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, Kamus Dewan Perdana, kamus terbaharu terbitan DBP telah membuat penambahbaikan dengan memasukkan juga bentuk kata yang betul, iaitu "Allahyarhamha". "Allahyarhamha" ialah perempuan Islam yang telah meninggal dunia. | Ejaan | 11.08.2021 |
| Nurhisyam Rashid Oct 22nd, 3:32am Asalamualaikum...saya ada 1kemuskilan tentang perkataan mencemar duli. Selain raja, sultan, permahsuri & tengku mahkota/raja muda,siapakah lg yang layak mengunakan atau digunakan dalam sesuatu ayat? | Menurut Kamus Dewan, penggunaan kata mencemar duli dikhususkan kepada raja atau sultan. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=mencemar+. | Makna | 22.10.2015 |
| pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)? | Frasa “pertubuhan bukan kerajaan (NGO)”, dieja menggunakan huruf kecil pada pangkal perkataan, kecuali nama ini digunakan sebagai tajuk atau dikhususkan untuk sesuatu. | Tatabahasa | 16.08.2025 |