apakah maksud "tumpul semangat" | Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat. | Makna | 09.01.2011 |
Tuan, Ayat: Afiq seorang pendiam dan berhati bersih. Penggunaan bersih dalam ayat betul atau salah? | Bersih juga dikiaskan kepada sifat jujur dan ikhlas, suci, murni. Berdasarkan makna yang tersebut contoh ayat yang diberikan adalah betul, walau bagaimanapun lazimnya kita mengungkapkan kata "berhati suci". | Tatabahasa | 21.09.2011 |
Adakah penggunaan perkataan "sempadan" bagi menggantikan perkataan had betul? (merujuk kepada kelajuan) | Perkataan yang paling hampir maknanya dengan sempadan ialah batas. Walau bagaimanpun sempadan juga boleh dikiaskan kepada makna had atau takat. | Tatabahasa | 18.10.2012 |
nak minta tlg. bolehkah saya mengetahui maksud "ledakan budaya"? | Tidak ada makna frasa "ledakan budaya" dalam pangkalan data kami. Ledakan bermaksud letupan atau letusan dan juga boleh dikiaskan kepada sesuatu yang terbit atau timbul dariapa pertengkaran, peperangan dan sebagainya. Manakala budaya boleh dikaitkan dengan tamadun, peradaban dan kemajuan akal fikiran. | Makna | 05.03.2013 |
hati gadis itu menjadi kecut apabila melalui lorong yang sunyi itu. adakah perkataan kecut itu sesuai? terima kasih | Kecut bermaksud kering berkedut, manakala kecut hati dan kecut perut lazimnya dikiaskan kepada perasaan takut, ngeri dan sebagainya. Oleh itu, perkataan yang betul ialah kecut perut seperti "gadis itu berasa kecut perut apabila melalui lorong yang sunyi itu". | Tatabahasa | 13.06.2013 |
"tangkai jering" bermaksud "orang yang kedekut" mengapakah ia membawa maksud kiasan demikian? | Tidak ada maklumat dalam sumber rujukan kami yang menyatakan etimologi dan latar cerita 'tangkai jering' dikiaskan kepada orang yang kedekut | Tatabahasa | 06.04.2011 |
Salam, saya ingin bertanyakan penjodoh bilangan yang sesuai untuk gergasi. Gergasi digambarkan sebagai rupa manusia yang bersaiz besar. Adakah 'orang' atau 'ekor' yang lebih sesuai? Sekian, terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
Saya ingin bertanya mengenai penjodoh bilangan bagi 'gergasi' yang berbentuk seperti manusia. Adakah kita menggunakan seorang gergasi atau seekor gergasi? Mohon pencerahan dibalas pada hari ini. Sekian, Terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan gergasi ialah sebangsa makhluk seperti manusia yang sangat besar dan dipercayai memakan orang dan gergasi juga dikiaskan kepada manusia, binatang dan lain-lain yang sangat besar. Penjodoh bilangan menjadi penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya dan tidak semua benda mempunyai penjodoh bilangan. Jika disandarkan kepada manusia penjodoh bilangan yang sesuai ialah seorang, walau bagaimanapun penjodoh bilangan tersebut boleh berubah jika gergasi dikiaskan kepada benda-benda yang lain. | Tatabahasa | 02.04.2013 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah betul tentang penggunaan perkataan dingin dalam ayat " Kedatangan murid-murid ke sekolah pada pagi ini dingin sekali kerana hujan turun dengaan lebat" . Terima kasih | Penggunaan perkataan "dingin" dalam ayat tersebut tidak tepat. Selain bermaksud sejuk, dingin juga dikiaskan dengan maksud kurang mendapat sambutan atau tidak meriah, seperti ayat "Persembahan penyanyi itu mendapat sambutan dingin daripada penonton". | Tatabahasa | 05.03.2022 |
Selamat sejahtera, Menurut kamus dewan edisi keempat, 'sekangkang kera' bermaksud (tanah, kawasan, tapak, dsb) yg tidak luas. Jadi, 'sekangkang kera' itu digunakan untuk keluasan menurut maksudnya Namun, bolehkah 'sekangkang kera' digunakan untuk konteks jarak? Ayat contoh: Jarak yang dahulunya dirasakan amat jauh kini hanyalah sekangkang kera. Sekian, terima kasih. | Sekangkang kera dikiaskan kepada Tanah atau kawasan yang tidak luas. Sekangkang kera tidak sesuai digunakan bagi menyatakan maksud jarak. | Tatabahasa | 20.05.2015 |