| ADAKAH PROMOSI PAPAN IKLAN INI MENYALAHI PERATURAN PBT? | Visual yang dikirim telah disemak. Semua perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa, iaitu: 1. POSTPAID = Pelan Pascabayar 2. @ = DENGAN 3. Careline = Talian Khidmat Pelanggan atau Talian Penting 4. Visual perlu jelas dan terang Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 12.04.2017 |
| ADAKAH PAPAN TANDA INI MENYALAHI TATABAHASA UNTUK PROMOSI? | Visual yang dikirim telah disemak. Semua perkataan dalam bahasa Inggeris perlu diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau buat dwibahasa, iaitu: 1. POSTPAID = Pelan Pascabayar 2. @ = DENGAN 3. Careline = Talian Khidmat Pelanggan atau Talian Penting 4. Visual perlu jelas dan terang Akan tetapi, untuk pengesahan iklan, tuan/puan hendaklah menggunakan Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Tuan/Puan perlu mendaftar terlebih dahulu. Selepas itu, barulah boleh mengirimkan visual iklan ke DBP. Kemudian baharulah visual tersebut disahkan lulus atau perlu dibuat penambahbaikan sebelum dibawa ke PBT untuk tujuan permohonan papan iklan. Berikut laman web yang boleh puan gunakan: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx | Lain-lain | 12.04.2017 |
| Zainuddin Ahmad THU 6:28PM Saya ambil maklum. Butiran lanjut aduan sama telah dikirim secara rasmi kepada Pengarah DBP melalu email: lindasafa@dbp.gov.my hari ini. Ptg ini seorang pegawai dpd KPDNKK Shah Alam telah menghubungi saya melalui talipon tetapi malangnya lemah penjelasannya; bagaikan ribut sudah melanda kelmarin dan hari ini maka terbagunlah dia daripada tidor lena. Fahaman saya KPDNKK mempunyai tanggun jawab emas membertabatkan penggunaan Bahasa Melayu khususnya di pasaraya. Saya lebih minat untuk mempastikan ada dasar penggunaan Bahasa Melayu di pasaraya dan diperkemas dan diperkukuhkan lagi. Saya bincang lagi selepas DBP merumuskan isu ini kemudian. Terima kasih, | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warganegara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP telah melakukan pemantauan di lokasi tersebut dan pihak pengurusan pasar raya tersebut telah memaklumkan bahawa pihak KPDNKK Shah Alam telah ke lokasi. DBP akan menghantar surat teguran kepada pasar raya tersebut kerana tidak mengggunakan bahasa kebangsaan dalam paparan dan peragaan serta memohon supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam sebarang paparan atau maklumat kepada masyarakat. | Lain-lain | 25.08.2016 |
| apakah terjemahan untuk "Sun-roof" (kereta) dalam bahasa Melayu. Terima kasih | Soalan saudara saya ajukan kepada bahagian peristilahan. Jawapan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih. | Istilah | 14.05.2014 |
| nama saya adila sedang belajar universiti fatoni kelas dasar ingin bertannyakan : tentang asal usul perkataan "kena" apakah maksudnya dan memberi contoh dalam ayat. terima kasih | Soalan saudari akan dipanjangkan ke bahagian Perkamusan. Jawapan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih | Makna | 29.09.2014 |
| Assalamualaikum. Adakah terdapat terjemahan yang setara atau nama khas untuk istilah Bahasa Inggeris ini: "Malayan tapir"? Terima kasih. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_tapir | Soalan anda akan dikemukakan ke Bahagian Peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel. | Lain-lain | 23.05.2014 |
| bagaimana cara untuk menghantar artikel ke dalam majalah DBP, sama ada dewasa, pelita bahasa dan sebagainya? saya ada puis, artikel bahasa, komen.. dan apakah kriteria-kriteria yang melayakkan sesuatu karya itu diterbitkan di dalam sesuatu majalah? dan mengeai bayaran.. | Terima kasih kerana berminat menyumbangkan karya dalam majalah DBP. Karya seharusnya bertaip dua langkau, dikirim melalui e-mel , pos, atau faks dan alamatnya ada dinyatakan dalam majalah DBP. Setiap karya yang terbit memungkinkan penulisnya menerima honoraruim mengikut kadar DBP. | Lain-lain | 22.07.2008 |
| Salam.. saya ingin bertanya apakah makna yang tepat untuk 'fountain' ? Yang mana berikut adalah jawapan yang betul :- a) Air pancut itu berada diluar tingkap b) Pancuran air itu berada diluar tingkap c) Air pancuran itu berada diluar tingkap Diharap pihak tuan dapat berikan jawapan serta penjelasan . Terima kasih | Soalan tuan/puan akan dipanjangkan ke Bahagian Peristilahan untuk dijawab. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih. | Istilah | 29.10.2014 |
| Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia? | Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan. Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa. Jawapan akan dikirim melalui e-mel. Terima kasih | Istilah | 26.06.2014 |
| Apakah ejaan yang betul, 'paket' atau 'peket'? Berdasarkan carian saya: 1. Pada 24.07.2008, pihak DBP menyatakan 'paket' 2. Pada 14.02.2011, ia menjadi 'peket' 3. Pada 31.07.2018, kembali menjadi 'paket' 4. Pada 25.12.2019, 'peket' semula. 5. Pada 04.06.2021, menjadi 'uncang' Jadi, adakah perkataan 'paket' atau 'peket' sudah tidak diterima? Atau bagaimana? Mohon pencerahan. Terima kasih. | Ejaan kedua-dua untuk perkataan adalah betul. Menurut Kamus Dewan Perdana paket ialah bungkusan yang dikirim melalui pos. Perhatikan tanda Id yang membawa maksud daripada bahasa Indonesia (Rujukan: Kamus Dewan Perdana). Peket pula membawa maksud bekas atau bungkusan kecil daripada plastik, kertas dan sebagainya yang digunakan untuk mengisi barang (Rujukan: Kamus Dewan Perdana). Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
| Ejaan | 04.10.2021 |