Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diklasifikasikan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perkataan yang diklasifikasikan bp iaitu bahasa percakapan tidak boleh digunakan dalam penulisan. Apakah jenis klasifikasi lain yang tidak boleh digunakan dalam penulisan pelajar sekolah?Perkataan yang dilabel sebagai "bp" tidak digunakan dalam konteks rasmi termasuklah penulisan rasmi dalam pembelajaran. Pelajar hendaklah merujuk dan mengambil contoh perkataan dalam Kamus Pelajar bagi memilih penggunaan kata yang sesuai.Tatabahasa06.11.2015
Kata Majmuk Mantap (KMM)... Mengapa kata "BENDAHARI" tidak diklasifikasikan sebagai kata majmuk mantap? Bukankah kata dasarnya benda + hari? Matahari - gabungan mata + hari dan ia diklasifikasikan sebagai KMM... Mengapa "Bendahari" tidak? saya mohon penjelasanBuku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menyenaraikan hanya beberapa kata majmuk yang mantap tanpa mengehadkan jumlah dan bilangannya. Lembar Bahasa terbitan DBP mengumpulkan sejumlah perkataan yang sering ditemukan dan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Bendahari juga kata majmuk yang mantap, walaupun mungkin tidak tersenarai dalam kumpulan tersebut.Tatabahasa14.01.2017
Adakah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina diklasifikasikan sebagai bahasa rasmi di Malaysia?Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa. Walau bagaimanapun rakyat Malaysia boleh mempelajari bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu. bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua negara kita.Lain-lain24.08.2006
Assalam dan salam sejahtera. Boleh saya tahu kelas kata untuk perkataan 'ada'? Terima kasihBerdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu, ada diklasifikasikan dalam kumpulan kata kerja.Ejaan11.03.2019
perkataan bocor dan pecah - kata adjektif? tidak boleh diuji dengan kata penguat "sangat".Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu DBP, bocor dan pecah diklasifikasikan sebagai kata kerja. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tesaurus Bahasa Melayu.Tatabahasa24.05.2007
assalamualikum saya ingin mengetahu maksud permainan ceki? harap boleh diberi satu perkataan yang jelas. tak ada pun dalam tsesaurus dbp ni. perkataan inn (hotel) boleh diklasifikasikan sebagai perkataan bahasa melayu kah? terima kasihPermainan ceki bermaksud sejenis permainan judi dgn menggunakan daun (kad kecil-kecil), manakala perkataan "inn" dalam bahasa Melayu bermaksud rumah penginapan, inapan pinggir atau rumah inapan atau inapan sahaja.Makna24.07.2007
Salam sejahtera. Merujuk pada frasa berikut: sesudu gula, atau tiga suap nasi, se (satu) dan tiga merupakan kata bilangan, manakala gula dan nasi merupakan kata nama. Adakah suap dan sudu diklasifikasikan sebagai penjodoh bilangan? Terima kasih atas bantuan anda. (djohan A Rahman)Terdapat segolongan kata nama tunggal yang menjadi pasangan pada kata bilangan untuk menjadi sejenis penerang bentuk atau keadaan pada kata nama yang mengikutinya. Oleh itu, kata nama tunggal suap dan sudu merupakan penjodoh bilangan bagi contoh yang diberikan. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2008) halaman 106.Tatabahasa26.06.2024
Ayat mana yang betul a) Hakmilik GRN 1234 dikategori sebagai hakmilik hancur b) Hakmilik GRN 1234 diklasifikasi sebagai hakmilik hancur Yang mana betul a atau bAyat yang betul, Hak milik GRN 1234 diklasifikasikan sebagai hak milik hancur.Tatabahasa17.12.2015
Saya pohon khidmat nasihat tuan untuk perkataan "menakan" seperti contoh bapa menakan atau emak menakan atau anak menakan yang sering digunakan oleh orang utara Semenanjung Malaysia dalam perbualan harian yang membawa maksud saudara. Wujudkah perkataan ini? Terima kasih.Kata 'menakan' diklasifikasikan sebagai kata daerah dan tidak dirakam dalam Kamus Dewan.Istilah18.11.2010
tarian naga adakah sama dengan Tarian Ngajat juga Kata Nama Khas?perlukah huruf besar?Kalau tarian ngajat dalam ayat perlukah huruf besar?(sebab saya mendapati penjelasan arkib soalan mengatakan bahawa dalam ayat tarian ngajat perlu huruf besar sedangkan ia merupakan Kata Nama Khas.)Dalam Kamus Dewan ngajat dieja dengan huruf kecil maka ngajat tidaklah diklasifikasikan sebagai kata nama khas. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa20.06.2013
12

Kembali ke atas