| dikuasakan oleh CIMB | dikuasai oleh CIMB | Tatabahasa | 04.07.2008 |
| Perkataan "powered by" selalu digunakan dalam pengiklanan dan diterjemahkan sebagai "dikuasakan oleh". Tepatkah terjemahan ini? Contoh ayat: This programme powered by Tenaga Nasional Berhad = Program ini dikuasakan Tenaga Nasional Berhad? | Terjemahan yang diberikan adalah betul. Contoh ayat: This programme powered by Tenaga Nasional Berhad Terjemahan: Program ini dikuasakan oleh Tenaga Nasional Berhad. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.12.2021 |
| Apakah perbezaan "dikuasai" dan "dikuasakan"? | Dikuasai ialah bentuk pasif menguasai yang bermaksud berkuasa atas sesuatu; menjalankan atau mengenakan kuasa pada sesuatu. Dikuasakan ialah bentuk pasif menguasakan yang bermaksud memberi kuasa kepada sesuatu. | Tatabahasa | 30.03.2017 |
| Adakah istilah BI bagi nombor dalam tatatanda indeks berikut boleh diterima/benar sebagai terjemahan kepada BM Contoh: (3 kuasa 5)? a)the fifth power of 3 --> Kuasa kelima bagi tiga b)3 raised to the fifth power --> tiga yang dikuasakan lima c)3 to the power of 5. --> Tiga kuasa lima Perkara (c) adalah yang biasa digunakan. Namun, bagaimana dengan perkara (a) dan (b)? Ada cadangan? | Untuik makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "the fifth power of 3" dan "raised to the fifth power". Walau bagaimanapun, kami berpendapat kedua-dua istilah ini adalah sama dengan "3 to the power of 5" dan boleh menggunakan istilah bahasa Melayu yang sama, iaitu tiga kuasa lima. | Istilah | 10.08.2012 |