Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikuburkan

Peribahasa

Di mana api padam,
     di situlah (= di sanalah) puntung tercampak;
di mana periuk pecah,
     di situlah tembikar tinggal.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan, Jenazah negarawan yang terkenal itu akan ______________ pada tengah hari esok. A dikuburkan C disemadikan B ditanamkan D dikebumikan Mana satukah jawapan yang sesuai? Adakah jawapan C dan D, kedua-dua boleh diterima? Terima kasih atas bimbingan tuan. Daripada Sin Mee, SibuSalam sejahtera,

Jenazah negarawan terkenal itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok.
Lain-lain31.07.2015
Adakah DBP sudah tidak berminat dengan istilah kejuruteraan kerana setiaap kali saya menaipnya tidak ada jawapan (tiadda rekod). Apa sudah jadi dengan istilah itu adakah sudah dikuburkan bersama perkembangan IT atas talian.Apakah yang dimaksudkan dengan istilah kejuruteraan? Adakah perkataan kejuruteraan itu atau perkataan lain dalam bidang kejuruteraan? Berdasarkan semakan kami data kamus dan istilah bagi perkataan kejuruteraan dan perkataan lain dalam bidang kejuruteraan masih wujud dalam pangkalan data kami.Lain-lain09.08.2017
Tolong bantu saya untuk memastikan penggunaan perkataan bagi ayat-ayat berikut. Harap berikan penjelasan. Terima kasih. 1. Tok Wan (memotong/menebas) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan ( disemadikan /dimakamkan/dikuburkan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren/kek oren ). 9. rapuh/rangup/garing a) biskut yang __________. b) keropok yang ________. c) ikan yang digoreng sehingga ___________. 8. Kertas soalan ini disedia/disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak/disemakkan oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai.1. Tok Wan (memotong) rumput dengan sebilah sabit. 2. Cik Julia berjalan sambil (mengepit/mengelek) sebuah fail peribadinya. 3. "Jangan sekali-kali (kamu/kalian) melanggar peraturan sekolah," kata Puan Lai kepada anak-anaknya. 4. "Tekanan darah (awak/kamu/engkau/anda) masih tinggi. Oleh itu, berehatlah," kata doktor kepada pesakitnya. 5. Jenazah negarawan ulung itu akan (disemadikan/dikebumikan) pada tengah hari esok. 6. Kedua-dua ekor ayam itu sedang (berlaga/beradu). 7. Ular sawa yang besar telah (melilit/membelit) badan anak kambing itu sehingga mati. 8. Saya suka makan (kek berperisa oren). atau Kek Oren (nama kek) 9. a) biskut yang rangup. b) keropok yang rapuh/garing. c) ikan yang digoreng sehingga garing. 8. Kertas soalan ini disediakan oleh Cikgu Ali dan disemak oleh Cikgu Abu. 9.Pasar itu sangat riuh-rendah dengan suara orang ramai. - sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat kesesuaian pilihan perkataan yang diberi pada setiap soalan.Tatabahasa05.10.2008

Kembali ke atas