Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dikunjungi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya ejaan yg betul. Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah Perkuburan Baqi / Di Madinah, salah satu tempat yang perlu dikunjungi ialah perkuburan Baqi? Huruf p pada perkataan perkuburan perlu ditulis dengan huruf besar atau tidak?

Ejaan yang betul ialah Perkuburan Baqi.  Perkuburan Baqi ialah kata nama khas dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 84 dan 85.

Ejaan01.11.2025
saya hendak membeli buku Mukadimah Ibnu Khaldun terbitan DBP...namun telah kehabisan stok di kedai-kedai buku yang telah dikunjungi...Bagaimana caranya?Puan boleh cuba menghubungi Kedai Buku Koperasi DBP melalui talian 03-2147 9677 atau 03-2147 9678 untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain13.07.2016
Pentadbiran Majlis Daerah Mersing sedang dalam proses menaiktaraf papan nama jalan. Adakah wajar kami menggunakan singkatan ejaan "Jalan" kepada "Jln" sahaja. Seperkara lagi ialah wajarkah kami meletakkan perkataan "Rd" (Road) di hujung perkataan kerana, Mersing merupakan sebuah daerah pelancongan yang dikunjungi ramai pelancong asing. Contoh papan nama jalan yang dimaksudkan seperti berikut: Tulisan Jawi (Dieja secara penuh) JLN. TALAPIA RD Kerjasama bakal diberikan amat dihargai dan didahului ucapan jutaan terima kasih.Kami cadangkan ejaan "Jalan" dieja penuh kerana kalau diringkaskan menjadi "Jln.", hanya berbeza dua huruf sahaja. Walaupun Mersing sebuah bandar yang dikunjungi ramai pelancong asing, tetapi masih tertakluk pada undang-undang dan Perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu dan berbangga menggunakan bahasa Melayu. Secara tidak langsung Mersing boleh menjadi "duta" memperkenalkan bahasa Melayu kepada pelancong asing. Semoga kita menjadi seperti bangsa besar lain di dunia seperti Jepun, China dan Perancis yang berbanggsa dengan bahasa ibunda atau bahasa rasmi negara mereka.Lain-lain19.07.2012
maksud safariMaknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu.Makna17.01.2010
1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong asing untuk kunjungan. - Salah Jadi, adakah kunjungan digantikan dengan berkunjung? 2. Oleh sebab keadaan cuaca yang tidak tentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan. - Salah Adakah tentu digantikan dengan menentu? 3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal betul. - Salah Adakah sangat mahal betul digantikan dengan mahal betul? 4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik cerita di dalam buku cerita itu. - Salah Adakah di dalam digantikan dengan dalam? 5. Sejak bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya. - Betul Bukankah perkataan sejak tukar kepada setelah?

Ayat yang betul ialah:

1. Negara bersih akan menjadi tumpuan pelancong untuk dikunjungi.

2. Oleh sebab keadaan cuzca yang tidak menentu, pertunjukan bunga api itu terpaksa ditangguhkan.

3. Kereta buatan negara Jepun ini sangat mahal/Kereta buatan negara Jepun ini mahal betul.

4. Sebelum tidur, ibu suka membacakan adik buku cerita.

5. Sejak/Setelah bersara, Pak Ali menghabiskan banyak masa dengan keluarganya.

Tatabahasa15.07.2024
2 Soalan: 1. Apakah maksud rapat umum? Ayat "ramai menyertai rapat umum untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan"...adalah betul? 2. Apakah kata adjektif yang boleh digunakan untuk mengambarkan ayam? Adakah ayat ini betul, "Oleh sebab ayam Pak Zahir sihat, ramai membeli ayam daripadanya." Jawapan yang diberikan dalam buku ialah salah atas penggunaan perkataan sihat.

Sdr. Piong Sin Yee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga; ~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;  jadi ayat ini betul

kata adjektif yang boleh digunakan bagi ayam antaranya ialah ayam segar, kukus, salai.

ayat yang diberikan tidaklah berapa tepat, biasanya ayam dikaitkan dengan segar/.

Makna12.09.2009

Kembali ke atas