| Ayat seperti ini: Apa yang dapat dilakukannya adalah berdasarkan keupayaannya. Kata pemeri "adalah" sebelum perkataan "berdasarkan" dalam ayat ini boleh dikekalkan ataupun harus digugurkan? Jika digugurkan, ayat itu menjadi seperti berikut: Apa yang dapat dilakukannya berdasarkan keupayaannya. Adakah ayat ini akan menjadi ayat tergantung atau ayat yang janggal? | Kata pemeri adalah diikuti oleh kata adjektif atau kata sendi nama. Dalam contoh yang diberikan tidak perlu kata adalah dalam ayat tersebut kerana berdasarkan bukan kata adjektif atau kata sendi nama. | Tatabahasa | 26.12.2011 |
| 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? | 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 05.06.2010 |
| 1. Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya. ( atau ) Budak nakal itu memohon maaf daripada ayahnya atas kesalahan yang dilakukan. Sila tanya ayat yang mana lebih tepat. terima kasih | Ayat yang betul ialah “Budak nakal itu memohon maaf kepada ayahnya atas kesalahan yang dilakukannya.” | Tatabahasa | 27.11.2022 |
| Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
| Bagaimana ayat yang betul bagi ayat ini: I. Kutu-kutu rayau itu masih melepak di tepi-tepi jalan walaupun sudah larut malam. II. Strategi yang dilakukannya belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Kutu rayau-kutu rayau itu masih melepak di tepi jalan walaupun sudah larut malam. 2. Strategi yang dilakukannya masih belum berjaya membolosi gawang gol pasukan lawan itu. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.11.2018 |
| Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasih | Bayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
| Orang yang jahat pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal dengan apa-apa yang dilakukannya. MUnsyi,, adakah ganjaran salah dalam ayat ini? Terima Kasih | Ganjaran boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana ganjaran juga bermaksud balasan bagi perbuatan jahat. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
| Kebaikannya mengaburi mata masyarakat. Adakah ayat ini gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "Kebaikan yang dilakukannya hanya untuk mengaburi mata rakyat."
| Lain-lain | 28.10.2018 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya, dalam ayat di bawah: ... sudah terlambat bagi Safwan untuk menyesali semua yang pernah dilakukannya; berhutang! berhutang! berhutang! Pertanyaan saya, apakah kedudukan huruf 'b'selepas tanda seru itu huruf kecil ataupun huruf besar? Sebagai contoh: Berhutang! Berhutang! Bderhutang!? Seperti juga penggunaan tanda tanya Berhutang? Behutang? Berhutang? ataupun berhutang? berhutang? berhutang? sekian terima kasih. | Huruf "B" dalam ayat yang diberikan perlu menggunakan huruf besar apabila memulakan ayat sama ada ditutup dengan tanda soal atau tanda seru. | Tatabahasa | 17.09.2015 |
| Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih. | Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Contohnya: 1. Kesihatannya sekarang bagaimana? 2. Bagaimankah kesihatannya sekarang? 3. Yang di dalam kotak itu apa? 4. Apakah yang di dalam kotak itu? Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.
| Tatabahasa | 11.02.2014 |