Mohon pencerahan, Ayat mana yang sesuai digunakan antara 'bersama-sama ini dilampirkan' atau dilampirkan bersama-sama ini'? Sekian, terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama inidilampirkan | Tatabahasa | 12.12.2017 |
Dilampirkan lampiran kedua. Susulan dari pertanyaan awal tadi. Terima Kasih | Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 12.11.2014 |
Dilampirkan visual paparan iklan untuk kelulusan Dewan. | Untuk pengesahan iklan sila klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 13.06.2011 |
Sila Sahkan ayat manakah yang lebih tepat. Ayat 1: Bersama-sama ini dilampirkan..... Ayat 2: Dilampirkan bersama-sama ini..... Saya mengalami kekeliruan dalam penggunaan ayat berikut di dalam surat rasmi. Mohon bantuan DBP untuk mengesahkan ayat manakah lebih tepat. kerjasama tuan amat dihargai. | Ayat yang tepat dan biasa digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....." | Lain-lain | 12.12.2017 |
Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan berkenaan penggunaaan perkataan bersama atau bersama-sama. Contohnya: Bersama-sama ini dilampirkan atau bersama ini dilampirkan. Terima kasih. | Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Ayat yang tepat digunakan dalam penulisan surat rasmi ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ....." | Tatabahasa | 12.03.2018 |
Mana satu ayat yang betul: 1. Sila akui penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan.... 2. Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan..... 3. Sila beri akuan terima laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan Ingin tahu juga beza akui dan akuan | Ayat kedua merupakan ayat yang lebih tepat untuk digunakan. "Sila beri perakuan penerimaan laporan ini dengan mengisi borang yang dilampirkan." Perakuan menurut Kamus Dewan Edisi Empat ialah proses memperakukan sesuatu; 2. sesuatu yang diperakukan, saranan serta sokongan (untuk dipertimbangkan, diterima, dilaksanakan, dsb): ~-~ Kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan; Akuan pula ialah segala sesuatu yang diakui: ~ ini telah dibuat di hadapan majistret Mahkamah Rendah; 2. hantu jamuan (yang menolong pawang); orang ~ orang yang dilindungi oleh hantu jamuan (pawang yang mujarab ubat atau manteranya);
| Tatabahasa | 14.06.2013 |
Ada dilampirkan bersama visual iklan bagi premis. Permohonan khidmat pengesahan bahasa DBP bagi visual ini dengan nombor pendaftaran 15683/2014 adalah tidak lulus. Saya ingin mengetahui apakah yang perlu dilakukan / ditukar agar visual ini mendapat kelulusan. Terima kasih. | Sila terjemah "chinese cuisine with halal ingredients" kepada bahasa Melayu. Cadangan: masakan cina dengan bahan halal. Setelah dibuat pembetulan, sila hantar semula melalui sistem Khidmat Pengesahan Bahasa DBP untuk mendapat sijil pengesahan bahasa. | Lain-lain | 09.07.2014 |
Yang mana betul: a. Bersama-sama ini dilampirkan... atau b. Bersama ini dilampirkan Yang mana betul: a. Adalah dimaklumkan bahawa tuan telah... atau b. Adalah dimaklumkan tuan telah... Yang mana betul: a. Sehubungan dengan itu .... atau b. Sehubungan itu, ..., Yang mana betul: Di dalam senarai kehadiran mesyuarat perlu ditulis a. YBhg. Dato' Ramli Bin Hamid atau b. Dato' Ramli Bin Hamid (tiada YBhg.) | Frasa yang gramatis ialah "Bersama-sama ini dilampirkan ...", "Sehubungan dengan itu" dan YBhg. Dato' Ramli bin Hamid . | Tatabahasa | 08.05.2012 |
diantara aduan yang dilampirkan atau antara aduan yang dilampirkan | Jawapan yang tepat ialah “antara aduan”. Kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Frasa sendi nama di antara pula digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. | Tatabahasa | 13.05.2020 |
Bersama-sama ini dilampirkan 'soft copy' visual iklan papan tanda berwarna sepertimana menjadi syarat yang perlu dilampirkan dalam borang permohonan lesen premis dan lesen iklan papan tanda DBKL. Dalam hubungan ini, saya mohon pihak tuan dapat mengesahkan dan memberi maklumbalas awal. Segala kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 04.08.2011 |