mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |
Ayat mana yg betul 1. Pak Ali menurut sahaja kemahuan isterinya yang hanya mahu mengikis hartanya. 2. Kucing kesayangan Ali telah dilanggar oleh kereta pada pagi tadi. | Ayat pertama adalah betul. Ayat kedua perlu dibetulkan seperti yang berikut: Kucing kesayangan Ali telah dilanggar kereta pagi tadi. | Tatabahasa | 08.05.2019 |
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Assalamualaikum, Ekoran pertanyaan saya berkaitan penggunaan -nya keada bukan manusia, bolehkan -nya digunakan untuk merujuk binatang atau tumbuhan. Contohnya dalam ayat yang berikut: a. Binatang: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkainya dibiarkan di tepi jalan. b. Tumbuhan 1. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harganya meningkat dengan mendadak. Terima kasih | Waalaikummussalam saudara Mohd Januri, Nya ialah kata ganti diri nama orang ketiga. Oleh itu, penggunaan "nya" merujuk kepada manusia bukannya merujuk kepada haiwan dan tumbuhan. Menerusi contoh ayat yang diberikan memadai sekiranya diganti dengan menggunakan perkataan di bawah: 1. Anjing itu mati dilanggar kereta. Bangkai anjing itu dibiarkan di tepi jalan. 2. Bawang semakin sukar didapati di pasaran. Harga bawang meningkat dengan mendadak. Selain bertindak sebagai kata ganti nama diri orang ketiga 'nya' juga bertindak sebagai kata pembenda/penekan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui maklumat lanjut. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
Tajuk buku yang mempunyai kata depan atau perkataan berimbuhan harus ditulis dalam huruf kecil atau besar? contoh : Singapura dilanggar Todak | Tajuk buku boleh ditulis dengan huruf besar bagi pangkal perkataan termasuk kata imbuhan kecuali untuk kata hubung dan kata sendi nama. | Tatabahasa | 04.08.2024 |
Adakah perkataan 'nyaris-nyaris' sama maksud dengan perkataan 'cemas-cemas'? Bolehkah perkataan 'nyaris'nyaris' dalam ayat 'Malek nyaris-nysris dilanggar sebuah kereta ketika mengayuh basikal ke sekolah' diganti dengan perkataan 'cemas-cemas'? Sekian. | Dalam Kamus Dewan, nyaris-nyaris sama maksudnya dengan cemas-cemas. Oleh itu, salah satu daripada perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Makna | 08.04.2013 |
versi penuh peribahasa biar mati anak jangan mati adat | Saudara Muhammad Ali Sobri, Makna peribahasa tersebut ialah adat yang tidak boleh dilanggar. | Makna | 10.03.2010 |
1. Awangku Merali sering termenung sejak BELAKANGAN ini kerana kecewa akan sikap keluarganya. Adakah penggunaan BELAKANGAN di atas betul? Apakah perbezaan BELAKANGAN dan KEBELAKANGAN? 2. Pemantauan harga barang-barang perlu dibuat secara mengejut terutamanya DI musim-musim perayaan? Adakah penggunaan DI di atas betul? 3. Pasu bunga itu pecah kerana IA dilanggar oleh adik. Bolehkah perkataan IA digunakan dalam ayat di atas? Terima kasih! | 1. Kedua-duanya sama, iaitu belakangan dan kebelakangan. 2. Yang betul ialah "pada musim-musim perayaan". 3. Penggunaan "ia" untuk merujuk manusia sahaja. Walau bagaimanapun, ayat boleh ditulis "Pasu bunga itu pecah kerana dilanggar oleh adik" | Tatabahasa | 06.10.2009 |
bolehkah kita menggunakan perkataan siarkaki itu bagi menggantikan perkataan koridor | Saudara, Saudara, Perkataan siar kaki ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'pavement' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud sidewalk, laluan jalan kaki: he jumped onto the ~ to escape the van, dia melompat ke laluan jalan kaki utk mengelak dr dilanggar oleh van itu; 2. paved area, kawasan berturap, turapan: the students sat on the ~ around the monument and started sketching, pelajar-pelajar itu duduk di atas kawasan berturap di sekeliling tugu itu dan mulai melakar; 3. (US) hard surface of road, permukaan jalan yg berturap: the ~ is pitted with holes, permukaan jalan yg berturap itu berlubang-lubang. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Perkataan koridor pula ialah padanan bahasa Melayu bagi istilah 'corridor' dalam bahasa Inggeris yang bermaksud : the ~s of the building, koridor bangunan itu; the Polish C~, Koridor Poland; Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. Oleh yang demikian berdasarkan kedua-dua makna ada perbezaan makna dan konteks penggunaan kedua-dua perkataan ini. | Istilah | 05.01.2010 |
Kemalangan | Pertanyaan saudara tidak jelas. Jika yang dimaksukan ialah definisi kemalangan, berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kemalangan ditakrifkan sebagai 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). | Istilah | 18.02.2009 |