| Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'dilanjutkan' dan 'diselanjutkan'? Contoh ayat, 'Persidangan dilanjutkan/diselanjutkan dengan pembentangan....' Terima kasih. | Tiada perkataan diselanjutkan. Perkataan yang betul ialah “dilanjutkan”. | Tatabahasa | 07.09.2022 |
| Salam Sejahtera, Saya ingin bertanya tentang iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada mac 2020 lalu iaitu sebelum PKP dilaksanakan, adakah iklan jawatan kosong tersebut telah pun ditutp atau dilanjutkan untuk permohonan. Jika dilanjutkan bolehkah pihak DBP update tarikh lanjutan permohonan yang baru di laman web.harap maklum Terima Kasih. | Salam sejahtera, Iklan jawatan kosong DBP. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, iklan jawatan kosong yang telah diiklankan pada Mac 2020 lalu, iaitu sebelum PKP dilaksanakan, tidak dilanjutkan dan telah pun ditutup pada 22 MAC 2020 (AHAD). Sekian, harap maklum. Terima Kasih. | Lain-lain | 31.05.2020 |
| Betulkah ayat berkenaan? "PKP seterusnya diumumkan oleh Perdana Menteri untuk dilanjutkan hingga 28 April pada 10 April, dan hingga 12 Mei pada 23 April." Hari bulan sebelum "pada" merujuk tarikh PKP dilanjutkan. Hari bulan selepas "pada" merujuk kepada hari ia diumumkan. | Binaan ayat yang betul ialah "Pada 10 April 2020, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan dilanjutkan hingga 28 April 2020, manakala pengumuman PKP seterusnya pada 23 April 2020 akan dilanjutkan hingga 12 Mei 2020." | Tatabahasa | 23.09.2020 |
| Pertandingan bola baling itu terpaksa _____ pada hari sabtu kerana padang becak a) dilanjutkan b) ditangguhkan c) direhatkan d) ditundakan dalam kamus, tunda dan tangguh mempunyai maksud yang sama. tetapi jawapan dalam buku (B) | Pertandingan bola baling itu terpaksa ditangguhkan pada hari sabtu kerana padang becak. Tunda juga bermaksud tangguh tetapi dikelaskan sebagai bahasa percakapan yang bermaksud tangguh, oleh itu untuk bentuk rasmi ditangguhkan merupakan jawapan yang paling sesuai. | Tatabahasa | 02.08.2008 |
| Bolehkah menggunakan kata ganti nama diri ketiga ia bagi menunjukkan sebarang situasi, undang-undang dan benda abstrak. Contoh, Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi 'ia' telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020. | Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda atau subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda atau subjek yang dibicarakan. | Tatabahasa | 15.01.2021 |
| Bolehkah kita menggunakan kata ganti nama diri ketiga 'ia' bagi menunjukkan sebarang situasi, undang-undang dan perkara abstrak. Contoh ayat: Pada asalnya, PKPP dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2020, tetapi 'ia' telah dilanjutkan lagi hingga 31 Disember 2020. Perkataan 'ia' merujuk kepada PKPP. Seperti kita tahu, PKPP merupakan undang-undang membendung penularan penyakit. Soalan ini pernah ditanya bulan 12 pada tahun 2020 tetapi masih tidak mendapat sebarang respons daripada pihak DBP. | Ia merupakan kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan | Tatabahasa | 31.01.2021 |
| Assalamualikum, saya ingin bertanya,benarkah tarikh tutup Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-Kanak Dan Remaja DBP adalah 30 Sept 2010? | Ya, tarikh tutup Sayembara Menulis Skrip Drama dan Novel Kanak-kanak dan Remaja DBP telah dilanjutkan sehingga 30 September 2010 disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang dan pengumuman pelanjutan telah disiarkan di laman Dewang Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 11.02.2010 |