Muncul juara (johan) atau muncul sebagai juara; dilantik pengerusi atau dilantik sebagai pengerusi? Mohon penjelasan. | Ayat yang betul ialah 'muncul sebagai juara' dan 'dilantik sebagai pengerusi'. | Tatabahasa | 26.05.2007 |
1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Ayat 1 atau 2 lebih baik? Ada cadangan lain? | 1. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris. 2. Juri yang dilantik hendaklah fasih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi yang lazim digunakan ialah ayat yang kedua. | Tatabahasa | 10.11.2010 |
A - Pengawas yang dilantik hendaklah dari kalangan guru sekolah. B - Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Ayat A atau B betul? | Saudara, Ayat yang betul ialah " Pengawas yang dilantik hendaklah daripada kalangan guru sekolah. Kata sendi "dari" digunakan untuk arah, tempat dan masa. | Tatabahasa | 30.11.2010 |
Yang mana betul/tepat, ' Tuan yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan' atau ' Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan...' | Tuan yang dilantik layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah memenuhi tempoh percubaan ... | Tatabahasa | 25.02.2011 |
Seorang ADUN dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO). Jawatan ADUN ialah hakiki, sedangkan EXCO ialah lantikan, lebih tinggi dari jawatan ADUN. Bolehkan disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun? | Boleh disebut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Dungun. | Lain-lain | 01.10.2014 |
Calon yang dilantik kedalam perkhidmatan awan perlu pengeluaran surat pengesahan dalam lantikan setelah berjaya. Adakah boleh Surat Pengesahan Pelantikan tidak perlu di tandatangani oleh mana-mana pegawai hanya sekadar perkataan cetakan berkomputer. Adakah istilah Pengesahan tersebut valid. | Lazimnya sebarang surat rasmi apatah lagi yang melibatkan pelantikan atau pengesahan jawatan memerlukan surat pelantikan khusus yang ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab untuk tujuan perekodan. Walau bagaimanapun sila rujuk pihak pentadbiran dalam hal ehwal perjawatan di organisasi puan untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 29.01.2010 |
Salam sejahtera tuan. Ayat pasif yang berikut yang manakah betul? Harap diberi penjelasan jua. Terima kasih. ① Wanita itu telah dilantik sebagai setiausaha oleh Datuk Mustafa. ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. Ayat Aktifnya : Datuk Mustafa telah melantik wanita itu sebagai setiausahanya. | ② Wanita itu telah dilantik oleh Datuk Mustafa sebagai setiausaha. | Tatabahasa | 08.06.2015 |
mohon penjelasan 1. takrif perkataan :" pencerahan" 2. Perbezaan di antara perkataan : dipilih dan dilantik | 1. Pencerahan membawa maksud perihal (perbuatan) mencerahkan sesuatu. 2. Dalam konteks politik Malaysia, ahli Dewan Rakyat dipilih oleh orang ramai melalui pilihan raya, manakala, ahli Dewan Negara dilantik oleh Kerajaan.
| Lain-lain | 08.01.2015 |
Salam sejahtera, Adakah ayat ini betul. "Hakimi dilantik sebagai ketua ke atas 10 orang pekerja"? Adakah "ke atas" hanya boleh merujuk kepada tempat? Mohon penjelasan. Terima kasih banyak | Frasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas. Ayat yang betul ialah Hakimi dilantik sebagai ketua bagi 10 orang pekerjanya. | Tatabahasa | 24.06.2016 |
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 minggu | Pengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan yg lain, sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih. | Lain-lain | 11.09.2008 |