DILARANG MELAKUKAN SEBARANG AKTIVITI YANG TIDAK BERMORAL DAN MAKSIAT DIKAWSAN INI | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 06.09.2016 |
Assalamualaikum. Di bawah saya sertakan beberapa contoh ayat. Mohon tuan betulkan pada ayat-ayat yang memiliki kesalahan tatabahasa. 1.Dilarang membawa masuk motosikal atau kereta. Con: kawasan yang tidak dibenarkankan parkir. 2.Dilarang membuang sampah merata rata gunakan tong sampah disediakan. 3. Dilarang membawa anjing atau binatang peliharaan. (sesuaikah sekiranya binatang diganti dengan ternakan) 4.Dilarang memetik/memusnahkan atau memindah pokok bunga. ( sesuai atau tidak jika memusnahkan diganti dengan merosakkan) 5. Anda sedang diperhatikan, sesiapa yang melanggar tata kelakuan di atas adalah melakukan kesalahan. Terima Kasih. ISMAIL HASHIM ismazubl@gmail.com | 1. Dilarang meletak motosikal atau kereta di sini. 2. Dilarang membuang sampah merata-rata. Gunakan tong sampah yang disediakan. 3. Dilarang membawa haiwan peliharaan. 4. Dilarang menyentuh dan merosakkan pokok bunga. 5. Anda sedang diperhatikan. Sesiapa yang melanggar peraturan di atas, anda dianggap telah melakukan kesalahan. | Tatabahasa | 28.02.2015 |
Salam 1Bahasa, 1. Ayat larangan: a. DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI SINI atau b. DILARANG LETAK KENDERAAN DI SINI 2. Kita hendaklah berbelanja secara hemat ATAU Kita hendaklah berbelanja secara berhemat Mohon pencerahan tuan tentang ayat 1 dan ayat 2 di atas. Terima kasih. | Ayat yang lebih gramatis "meletakkan" dan "berhemat". | Tatabahasa | 28.02.2014 |
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |
Mohon semak adakah penggunaan bahasa Dilarang Merokok Atau Mengewap No Smoking Or Vaping Terima kasih | "No Smoking or Vaping" boleh diterjemahkan sebagai Dilarang Merokok dan Menghisap e-Rokok | Makna | 16.07.2019 |
Adakah ayat ini betul? Kalau salah mengapa salah?Di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai ini. Terima kasih. | Ayat tersebut tidak gramatis kerana tiada pelaku (subjek). Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat tersebut hanya terdiri daripada predikat sahaja. - Remaja/Kanak-kanak di bawah 18 tahun dilarang memasuki kedai ini | Ejaan | 09.08.2006 |
mohon semakan ayat berikut: PERHATIAN DILARANG MENCEROBOH KAWASAN INI. SEBARANG KEMALANGAN/ KECEMASAN ADALAH DI BAWAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI | Letak tanda titik selepas perkataan "PERHATIAN". | Lain-lain | 11.06.2014 |
Betul atau salah pembentukan ayat perintah di bawah? Dilarang menggunakan padang ini untuk sebarang aktiviti sukan. | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa dalam ayat berikut : *(PERHATIAN! KENDERAAN DILARANG MENUNGGU DIATAS PETAK KUNING). Mana satu perkataan yang betul sama ada DIATAS PETAK KUNING atau DIKAWASAN PETAK KUNING? | Puan, Frasa yang betul ialah 'di kawasan petak kuning'. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
bagaimana bahasa tabu wujud dan dipraktikkan dalam masyarakat? | Tabu ialah sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb. Bahasa ini wujud kemungkinan besar disebabkan oleh gejala sosial yg wujud pada hari ini. Misalnya, budaya sesuatu negeri yg diambil oleh negeri lain dalam perbualan walaupun pada asalnya untuk negeri tersebut, tetapi telah disalahertikan oleh komuniti sosial masyarakat negeri lain. Ini ditambah pula dengan masalah bahasa slanga yg kadangkala terdapat ungkapan tabu di dalamnya yg dipraktikkan oleh sebilangan masyarakat lain. Proses integrasi sosial antara penyebab kepada wujudnya bahasa tabu tersebut. T.kasih. | Lain-lain | 21.08.2008 |