Mohon semak adakah penggunaan bahasa Dilarang Merokok Atau Mengewap No Smoking Or Vaping Terima kasih | "No Smoking or Vaping" boleh diterjemahkan sebagai Dilarang Merokok dan Menghisap e-Rokok | Makna | 16.07.2019 |
No Smoking Announcement in Shopping Complex | Kami ingin mengingatkan pengunjung supaya sentiasa menjaga barang peribadi terutama di kawasan tumpuan ramai. Berjaya Times Square juga ialah Kawasan Dilarang Merokok atau Bangunan Bebas Rokok. Semoga anda gembira dan selesa berada di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.10.2013 |
salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih. | Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis. | Tatabahasa | 18.08.2015 |
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih | 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim) 2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya. 4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga. | Tatabahasa | 29.01.2010 |