Dalam peruntukan di bawah ini, kedua-dua perkataan “pasted” dan “affixed” telah dipadankan dengan perkataan "dilekatkan". Bolehkah perkataan “pasted” dipadankan dengan “ditampalkan” dan “affixed” dipadankan dengan “dilekatkan”? “6. (2) Where a food sample is divided into three parts one of such label as specified in subregulation (1) shall be pasted on each part of the sample while the remaining label is to be affixed to the request for analysis form. (2) Jika sesuatu sampel makanan dibahagikan kepada tiga bahagian satu daripada label yang dinyatakan dalam subperaturan (1) hendaklah dilekatkan pada tiap-tiap bahagian sampel itu manakala label yang tinggal hendaklah dilekatkan pada borang permintaan bagi analisis.”. | Padanan bahasa Melayu yang diberikan bagi "pasted" sebagai ditampalkan dan "affixed" sebagai dilekatkan adalah betul dan boleh digunakan bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
Salam, saya ingin meminta padanan bahasa bagi "hook with suction cup" iaitu penyangkut yang dilekatkan menggunakan tekanan udara. Saya dahulukan jawapan pihak tuan/puan dengan ucapan terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah suction cup hook ialah cangkuk lekap.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 17.08.2022 |
Adakah wujud perkataan " Skirt" di dalam Bahasa Melayu. Boleh perjelaskan.Terima kasih. | Perkataan 'skirt' terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Skirt ialah pakaian luar perempuan (cara Barat) yang dilekatkan di pinggang dan labuhnya berbeza-beza. | Makna | 29.07.2008 |
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih. | Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Makna | 24.10.2018 |
Untuk menandatangani MOU yang mana satu perkataan yang betul sama ada "memeterai", "mementerai" atau "mematerai" | Frasa yang betul ialah "memeterai perjanjian...", iaitu daripada kata meterai (disebut - me.met.rai) yang bermaksud lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada sesuatu dokumen, dan memeterai bermaksud membubuh meterai pada sesuatu. Perkataan memeterai tidak sama dengan perkataan mematerikan (bukan mematerai) yang berasal daripada kata pateri. | Tatabahasa | 02.10.2015 |
As-salam, Saya dari Perpustakaan Negara Malaysia ingin mohon penjelasan penggunaan perkataan dan istilah yang digunakan untuk tempat penyimpanan buku rak tertutup yang sebelum ini kami namakan 'Bilik Stek'. Timbul persoalan di sini adakah istilah 'Bilik Stek' itu boleh diguna pakai untuk dilekatkan sebagai papan tanda, istilah 'Bilik Stek' tersebut adalah terjemahan dari perkataan Inggeris 'Stack Room' yang digunakan oleh perpustakaan luar negara. Mohd Izani Che Jaafar Pusat Rujukan Malaysiana Dan Luar Negara | Untuk makluman, tidak terdapat istilah "stek" dalam bahasa Melayu. Dalam istilah bidang Perpustakaan, padanan bahasa Melayu untuk "stack" ialah rak atau rak simpanan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "stack room" ialah bilik rak atau bilik rak simpanan. | Istilah | 03.09.2015 |
Soalan berkaitan istilah bagi barangan tembikar. Adakah ayat dalam bahasa melayu bagi " Slip-painted calligraphic bowl" adalah "Mangkuk berhias slip berkaligrafi"? | Sekiranya "slip painted" merupakan teknik menghias tembikar, maka pihak kami mencadangkan istilah "slip-painted calligraphic bowl" diterjemahkan sebagai "mangkuk bercat kaligrafi gelincir". Namun, sekiranya "slip" merujuk kepada kepingan kertas yang dilekatkan pada tembikar, padanan yang tepat bagi istilah tersebut ialah "mangkuk berhias kepingan kaligrafi" atau "mangkuk berhias kepingan khat". | Istilah | 21.08.2020 |
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasih | Salam sejahtera, Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud: 1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll 2. kupon (untuk membeli barang-barang); menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.) Sekian untuk makluman.
| Makna | 28.11.2017 |
Apa khabar, Memandangkan pemayur adalah istilah dan kosa kata baharu dalam Bahasa Melayu bagi padanan vegetarian, bolehkah saya tahu akan kaedah DBP membina istilah tersebut? Adakah DBP menggunakan perkataan mayur dalam sayur - mayur dengan awalan pe- atau adakah mayur merupakan singkatan makan sayur beranalogikan istilah lama karnivor (maging =makan daging), herbivor (maun= makan daun) dan omnivor (maserba = makan serba) dilekatkan awalan pe- menjadi pemayur iaitu pemakan sayur. | Untuk makluman tuan, istilah pemayur dibina oleh Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dengan kerjasama pakar bidang Teknologi Makanan. Tatacara pembinaan istilah telah diperhalusi oleh pakar bidang sebelum sesuatu keputusan dicapai. Dewan Bahasa dan Pustaka menyebarkan istilah yang telah dibina untuk kegunaan khalayak. Tanggungjawab kita sebagai pengguna ialah menyebarkan dan menggunakan istilah yang telah dibina. Walau bagaimanapun jika tuan bercadang untuk membuat kajian tentang pembentukan istilah bolehlah berhubung terus dengan bahagian yang berwenang, iaitu Bahagian Peristilahan dan Leksikologi. | Istilah | 13.03.2018 |
Salam sejahtera, mohon tuan/puan untuk semak tatabahasa pada ayat ini: Gunakan tag "Terjemahan Bahasa Melayu" pada halaman lirik yang anda telah terjemah. "Tag" bermaksud satu label yang terikat pada sesuatu, dalam konteks ayat ini, "Tag" merupakan satu label halaman lirik lagu pada halaman lirik bahasa asing yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, "tag" bermaksud sesuatu yang disemat atau dilekatkan untuk memberikan maklumat nama, harga dan sebagainya bagi seseorang atau sesuatu. Oleh itu, tag boleh digunakan dalam ayat di atas. | Makna | 19.05.2023 |