Taman permainan yang dilengkapi dengan pelbagai jenis mainan moden seperti kuda berspring, jongkang-jongket dll bolehkah digelar sebagai permainan landskap? | Soalan saudara akan saya kemukakan kepada bahagian Peristilah untuk mendapatkan pandangan. Jawapan akan diberi kepada saudara melalui e-mel. Terima kasih. | Istilah | 05.05.2014 |
dilengkapisi atau dilengkap isi? | Jawapan yang betul ialah dilengkapi dengan isi... | Ejaan | 04.11.2021 |
Adakah ayat yang dimulakan dengan kata hubung "biarpun", "walaupun", "meskipun" dan "sungguhpun" mesti dilengkapi dengan kata hubung "tetapi" di pertengahan ayat? Contoh ayat: Biarpun dia dah mengetahui hal tu, tapi dia tak marah. Ini konteks sari kata. Adakah ayat ini tidak gramatis jika kata hubung "tapi" digugurkan? Terima kasih. | Dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 517, contoh penggunaan kata hubung keterangan dalam ayat seperti walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun dan sekalipun tidak memerlukan penggunaan perkataan tetapi. Tanpa perkataan tetapi, ayat sudah gramatis. Contoh ayat: 1. Sungguhpun badannya letih, Ali tetap menghadiri majlis perayaan itu. 2. Meskipun hari sudah lewat, pemuda itu masih mahu meneruskan perjalanannya. | Tatabahasa | 12.10.2017 |
maksud TRANSMISI | (Kej) sistem gear, aci dsb (pd kereta dsb) yg menghantar kuasa drpd enjin utk memutarkan roda kenderaan: model kereta ini dilengkapi dgn sistem ~ gear automatik empat kelajuan. (Sila rujuk KD4 halaman 1713) | Makna | 27.09.2009 |
Saya mempunyai beberapa pertanyaan. 1. Selepas penggunaan perkataan menghadap - adakah perlu letak kata sendi 'ke' 2. Self catering: layan diri atau katering sendiri? 3. Adakah Affordable itu berpatutan atau mampu inap (dalam konteks hotel) 4. Mana yang betul, "dilengkapi dengan" atau "dilengkap dengan" Sekian terima kasih. | 1. Dalam Kamus Pelajar, menghadap bermaksud 1 menghala; mengarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dengan panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dalam surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yang dikasihi. Berdasarkan takrifan tersebut, kata sendi nama ke perlu diletakkan atau tidak berdasarkam konteks ayat. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi self catering ialah makan sendiri. 3. Padanan yang sesuai ialah berpatutan. 4. dilengkapi dengan... | Tatabahasa | 02.10.2014 |
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja? | 1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
| Tatabahasa | 14.05.2020 |
Soalan saya berdasarkan ayat nombor 1 berikut: 1. Selamat pagi. Apakah subjek dan predikat bagi ayat nombor 1 di atas. | 'Selamat pagi' bukan ayat tetapi frasa dan frasa tidak perlu dilengkapi subjek dan predikat. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur, Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuhraya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di pusat Kuala Lumpur, dilengkapi dengan peralatan yang terkini, kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalukan anda dipersonakan di dalam dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Sime Darby Auto Performance dengan bangganya mengalu-alukan kedatangan anda ke Porsche Centre 3S yang terbesar di Malaysia. Lokasi strategik yang terletak berhampiran dengan pusat perdagangan Kuala Lumpur. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mudah dihubungi melalui rangkaian lebuh raya utama. Bangunan ikonik ini tersergam megah di bnandar raya Kuala Lumpur dan dilengkapi dengan peralatan yang terkini. Kemewahan Porsche Centre Sungai Besi jelas mencerminkan gaya Porsche. Porsche Centre Sungai Besi terbaru mengalu-alukan kedatangan anda ke dunia Porsche. Kunjungi kami hari ini untuk mengalami 911 Targa 4S dan rangkaian Cayenne baharu di Porsche Centre Sungai Besi. | Tatabahasa | 01.06.2015 |
Salam sejahtera. 1. Apakah istilah yang lebih sesuai bagi makmal/bengkel kemahiran hidup. jika makmal tidak melibatkan kajia sains. Jika bengkel bukan pula tempat membaiki tambahan pula bukan tukang yang bekerja Ia hanya sebuah kelas tempat belajar yang dilengkapi dengan peralatan. Terima Kasih. | Makmal bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains atau teknikal, manakala maksud bengkel antaranya termasuklah kilang kecil, iaitu tempat perkerja melakukan tugas yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau kerja-kerja fizikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan setakat kelas akademik biasa tetapi juga melibatkan kerja-kerja kemahiran. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah bengkel Kemahiran Hidup.
| Tatabahasa | 09.05.2011 |
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot. | Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.11.2006 |